Saturday, August 23, 2008

TAHNIAH KEDAH.....


Sekali lagi pasukan kedah (KFA) melakar sejarah apabila menang di stadium bukit jalil dengan membenamkan selangor dengan jaringan 3 - 2 di hadapan 50,000 lebih penonton. Kedah melakar sejarah baru tanah air apabila membuat "Double Treble" dengan mengekalkan kemenangan 3 piala (piala malaysia, piala FA dan piala super) untuk dua musim berturut-turut.

Pihak Kelab KPSDK kg belau hanya menghantar wakil ke stadium melalui biro pembangunan dan perlaksanaan program untuk memeriahkan suasana dan sebagai wakil kelab. ini kerana pihak kelab terlibat dalam penganjuran projek bantuan buku dan pakaian di pusat giat ilmu kampung belau merbok bersama rombongan kakitangan dan staff daripada Universiti Sains Malaysia dan Universiti Of California, San Diego.

0 comments: