Wednesday, July 1, 2009

MEMBINA PONDOK TERATAK BULUH DI KELAB BELAU.

TARIKH : 17 june 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MEMBINA PONDOK TERATAK BULUH DI KELAB BELAU.


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dalam proses pembinaan sebuah pondok teratak buluh untuk tempat rehat pelajar tuisyen. Pondok ini di buat dengan menggunakan seratus peratus bahan hutan. Ianya di bina seperti ran yang menghubungkan pokok yang ada. Pondok ini di didikan di atas permukaan parit untuk menimbulkan panorama yang menarik.


Bumbung juga akan disediakan. Atap menjadi pilihan. Pondok teratak buluh ini juga bertujuan menjadi model kepada kanak-kanak tuisyen tentang kehidupan kampung serta bagaimana boleh kita menggunkan kayu kayan dan barangan hutan secara berfaedah. Selain itu ia juga menjadi lambang kepada tempat tuisyen ini yang berada di tengah-tengah kawasan dusun.

Sekian untuk makluman.

MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI KELAB PUNCAK.

TARIKH : 16 june 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI KELAB PUNCAK.



DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK telah mengadakan mesyuarat berkaitan idea untuk menubuhkan koperasi bagi kelab puncak. Tujuan koperasi ini adalah untuk menjana sendiri ekonomi dan permodalan bagi pihak kelab. Dengan cara ini, selain dapat memantapkan kelab, ia juga akan member manfaat kepada penduduk tempatan.
Penubuhan koperasi ini masih lagi dalam peringkat mesyuarat dan akan diperbincangkan lagi berkaitan cara perniagaan,penubuhan, pelaburan serta aktiviti yang dijalankan. Sebarang makluman berkaitan akan di maklumkan kemudian untuk sebarang pelaburan yang ingin di buat oleh sesiapa yang berminat.


Sekian untuk makluman.

LAWATAN OLEH UNDP KE KELAB PUNCAK.

TARIKH : 14 june 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN OLEH UNDP KE KELAB PUNCAK.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK telah menerima kunjungan daripada pihak UNDP – United Nation Developement Project. Wakil tersebut ialah Mr. David dan Isteri serta keluarga. Pihak KELAB PUNCAK amat berbesar hati menerima kunjungan tersebut.





Lawatan tersebut mendapat penerangan awal berkaitan kelab, dasar kelab, pejuangan kelab dan hala tuju kelab daripada pengasas kelab di pelantar tuisyen di pusat giat ilmu kg sg batu besi. Kemudiannya lawatan tersebut ke pusat tuisyen kg belau, dimana di perkenalkan pusat giat ilmu didalam dusun sambil menjamu buah-buahan tempatan. Kemudiannya lawatan tersebut ke pusat giat ilmu kg bujang di mana dapat melihat tempat asas penubuhan pusat giat ilmu pertama yang penuh sejarah sejak di usahakan pada 14 tahun yang lalu. Seterusnya lawatan kembali ke kg sg batu besi melibat panaurama hutan paya bakau dan ekosistem serta projek ketam dan pembuatan perahu. Lawatan berakhir dengan jamuan ala kampung nelayan.
Pihak kelab puncak mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas lawatan tersebut. Pelbagai perkara di bincangkan bersama demi memantapkan perjuangan ini.


Sekian untuk makluman.

program lalu: PROJEK MENDIRIKAN PONDOK JUALAN BUAH TEMPATAN .

TARIKH : 21 may 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROJEK MENDIRIKAN PONDOK JUALAN BUAH TEMPATAN .



DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK bersama perbincangan dengan jawatankuasa pusat giat ilmu kampung batu besi telah bersetuju untuk mendirikan sebuah pondok untuk jualan buah-buahan tempatan di depan pintu masuk ke kg sungai batu besi iaitu di persimpangan berdekatan mrsm merbok.

Ini adalah sebagai usaha untuk menjana ekonomi tempatan bagi penduduk disini. Selain itu belia disini juga turut terlibat dalam menjayakan usaha ini. Pondok disini akan menjual buahan seperti durian, manggis, rambutan,cempedak dan lain-lain.


Sekian untuk makluman.

program lalau: KERJA-KERJA MEROBOHKAN BANGUNAN PONDOK LAMA DAN MEBERSIHKAN KAWASAN BAKAU DI SG BATU BESI .

TARIKH : 17 may 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA-KERJA MEROBOHKAN BANGUNAN PONDOK LAMA DAN MEBERSIHKAN KAWASAN BAKAU DI SG BATU BESI .








DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK BERSAMA penduduk kampung sg batu besi bersama penduduk kampung telah merobohkan bangunan lama atap minangkabau di perkarangan pintu masuk ke pelantar terapung pusat giat ilmu batu besi.



Atap-atap yang terpakat tersebut di gunakan semula dan di bawa pulang ke kampung belau bersama kayu kayan lain untuk pembinaan bangsal sebagai tapak mini perpustakaan. Manakala bahan terpakai lain yang tidak boleh digunakan telah bakar bagi pembersihan.


Sekian untuk makluman.

program lalu: SEMINAR PROGRAM ASIA HERBS .

TARIKH : 11 may 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SEMINAR PROGRAM ASIA HERBS .


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU telah menghadiri satu program anjuran asia herbs industries di Hotel Swiss Inn Sungai Petani. Ianya di hadiri oleh hampir separuh ahli dan AJK Kelab Belau. Seminar ini adalah berkaitan perniagaan.
Jadi sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi ahli kelab belau yang berkaitan untuk mendengar taklimat berkaitan hal berkenaan.

Sekian untuk makluman.