Saturday, October 4, 2008

PERLAKSANAAN KELAS TUISYEN PADA BULAN PUASA DAN CUTI HARI RAYA DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN














foto 1 : tingkatan 3 : kehadiran 80% - yg lain tolong buat kuih raya di rumah kot











foto 2 : pelajar tahap 2 : kehadiran 70% - yg lain semangat kurang bulan posa









foto 3 : pelajar tahap 1 - kehadiran bulan puasa 55 %-letih posa kot

PERLAKSANAAN KELAS TUISYEN PADA BULAN PUASA DAN CUTI HARI RAYA DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah meneruskan kelas tuisyen seperti biasa yang termaktub dalam jadual ketika dan sepanjang bulan ramadhan ini. Kelas – kelas tersebut di laksanakan seperti biasa tanpa ada apa-apa perubahan waktu dan jadual sehingga minggu ketiga (3).
Ini berikutan permintaan ibu bapa pelajar terbabit sebagi mengisi masa lapang cuti sekolah. Walau bagaimanapun ada kelas yang di tamatkan awal sedikit (sebelah petang) kerana penyediaan waktu berbuka. Kehadiran pelajar agak kurang mungkin di sebabkan keletihan berpuasa terutamnya bagi pelajar/murid tahap 1 (darjah 1 hingga darjah 3). Walaubagaimana pun kejadiran kelas lain memuaskan.
Suasana kelas tuisyen terbabit di albumkan dalam dalam gambar. Boleh rujuk kepada album kelab atau blogger kelab.

CUTI HARI RAYA BAGI KELAS TUISYEN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TAHAP 1: CUTI BERMULA 26/09/2008 SEHINGGA 10/10/2008
TAHAP 2: CUTI BERMULA 26/09/2008 SEHINGGA 10/10/2008
KELAS PMR: CUTI SEHINNGA RAYA KE-4(KECUALI TINGKATAN 3)
KELAS SPM: CUTI SEHINGGA RAYA KE-4(KECUALI TINGKATAN 5)
Sekian, untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS DI SEKITAR PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.

TARIKH : 23 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN











foto 1 : home love bird & teratak huzamir










foto 2 : pangkin 1 & sign-board











foto 3 : teratak buluh & meja rehat









foto 4 : pangkin rehat 2 & titi berpangkin









foto 5: titi & pangkin 3













foto 6 : kolam air tawar & buaian kanak-kanak










foto 7 : telaga air tawar & jelapang padi/mini perpustakaan








foto 8 : taman herba/ kebun herba dalam proses

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS DI SEKITAR PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah membangunkan infrastruktur / kemudahan di sekitar bangunan tuisyen pusat giat ilmu kampung belau merbok. Gerak kerja ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memudahkan pelajar untuk berehat dan berborak bersama kawan-kawan. Terutamanya sebelum memulakan kelas dan beakhirnya kelas tuisyen bagi sesi pagi dan petang. Dengan tidak langsung dapat mengelakkan mereka bermain di tepi jalan raya semasa menunggu kehadiran ibu bapa mereka.
Antara yang dibangunkan ialah seperti berikut:

-dua baNgunan utama pusat tuisyen (teratak huzamir & teratak buluh)
-meja / kerusi rehat (bersama permainan chess)
-pangkin rehat 1 dan pangkin rehat 2(menggunakan buluh)
-jambatan/titi merengtangi parit bersama pangkin rehat (kreativiti buluh)
-taman/kebun herba perubatan (pokok-pokok ubatan tradisional)
-landskap puding/pokok orkid sekitar pusat tuisyen
-telaga/perigi/kolam mini ikan air tawar (ikan darat/sungai/sawah)
-toilet/tandas sedia ada untuk kemudahan
-mini perpustakaan/muzium/smart study space(sedang dibangunkan)

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MAJLIS TAHLIL DAN DOA DI PUSAT TARBIYAH KG BELAU.

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN







MAJLIS TAHLIL DAN DOA DI PUSAT TARBIYAH KG BELAU.
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah dijemput untuk menghadiri majlis tahlil, berbuka puasa dan terawih bersama masyarakat kampung serta ahli majlis mesyuarat kelab . Pihak penganjur dengan ini telah menjemput ahli kelab untuk sama-sama menyertai majlis tersebut.
Majlis tersebut di laksanakan di Pusat Tarbiyah Kampung Belau Merbok. Dengan ini, ahli/biro/Ajk/ahli majlis mesyuarat bersama kelab telah dijemput menghadiri majlis tersebut yang bermula pada pukul 6.30 petang. Majlis tahlil ini dihafdiahkan kepada tuan empunya tanah yang mewakafkan untuk pembinaan bangunan tersebut.
Sesiapa yang ada kelapangan adalah dialu-alukan ke majlis tersebut untuk sama-sama meriahkan suasana bulan ramadhan al Mubarak yang mulia ini.
Sekian, untuk makluman.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA Y.B EXCO, PEGAWAI D.O SERTA MAXCARE SUCCESS SDN BHD.





TARIKH : 18 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA Y.B EXCO, PEGAWAI D.O SERTA MAXCARE SUCCESS SDN BHD.
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa, terawih dan penyampaian sumbangan kepada warga sekitar tanjung dawai. Pihak penganjur dengan ini telah menjemput ahli kelab untuk sama-sama menyertai majlis tersebut.
Majlis tersebut dianjurkan oleh maxoil/maxcare success sdn bhd sebuah syarikat milik penuh bumiputra untuk meraikan masyarakat kawasan ini. Majlis tersebut di sempurnakan oleh ahli exco kerajaan negeri kedah, Y.b Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib serta exco yang lain. Turut serta adalah pegawai Daerah Kuala Muda iaitu Dato` Khazali Hj Din serta staff yang lain.
Majlis tersebut di laksanakan di Madrasah Az-zubaidiah, Yayasan Pengajian Islam Merbok. Dengan ini, ahli/biro/Ajk/ahli majlis mesyuarat bersama kelab telah menghadiri majlis tersebut yang bermula pada pukul 5.00 petang.
Sekian, untuk makluman.


p/s-gambar/foto lambat di siarkan. belum di proses-harap maaf....

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG DI PUSAT TARBIYAH KG BELAU.

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG DI PUSAT TARBIYAH KG BELAU.
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan terawih bersama masyarakat kampung serta ahli majlis mesyuarat kelab . Pihak penganjur dengan ini telah menjemput ahli kelab untuk sama-sama menyertai majlis tersebut.
Majlis tersebut di laksanakan di Pusat Tarbiyah Kampung Belau Merbok. Dengan ini, ahli/biro/Ajk/ahli majlis mesyuarat bersama kelab telah dijemput menghadiri majlis tersebut yang bermula pada pukul 7.00 petang.
Sesiapa yang ada kelapangan adalah dialu-alukan ke majlis tersebut untuk sama-sama meriahkan suasana bulan ramadhan al Mubarak yang mulia ini.
Sekian, untuk makluman.

PROJEK MEMBAIK-PULIH JELAPANG PADI UNTUK DI JADIKAN MINI PERPUSTAKAAN.

TARIKH : 13 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN











PROJEK MEMBAIK-PULIH JELAPANG PADI UNTUK DI JADIKAN MINI PERPUSTAKAAN.
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU akan melaksanakan projek yang telah dicadangkan padamesyuarat yang lalu. Projek yang akan dilaksanakan iaitu merekabentuk dan menyiapkan serta membaikpulih jelapang padi untuk dijadikan mini perpustakaan berdekatan bangunan pusat tuisyen kedua (teratak buluh) di pusat giat ilmu kampung belau merbok.
Dengan kerjasama ahli majlis mesyuarat kelab,ahli kelab serta pelajar-pelajar tuisyen, projek tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat pada pagi dan petang bergantung kepada keadaan semasa, mini perpustakaan ini di bina bagi memudahkan para pelajar untuk mencari rujukan di pusat giat ilmu ini.
Sesiapa yang ada kelapangan adalah di alu-alukan untuk memberi kerjasama dalam melaksanakn kerja-kerja kebajikan tersebut.
Sekian, untuk makluman.