Friday, December 16, 2011

AKTIVITI DI PERPUSTAKAAN DESA KG BELAU...





pelajar-pelajar perempuan MRSM merbok yang lain di tugaskan mengemaskan perpustakaan desa kampung belau serta menjalan apa-apa aktiviti yang di arahkan oleh pengawas perpustakaan tersebut.

PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK ...



pelajar perempuan mrsm menganjurkan permainan untuk kanak-kanak tuisyen yang hadir pada hari tersebut.

permainan di buat di gelanggang mini seni silat minangkabau. permainan berlangsung dengan meriah sehingga tamat ...

PEMBINAAN TITI MINI DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU ...



di sini pelajar lelaki di bahagiakan kepada 4 kumpulan. di mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang. para pelajar menggunakan kepakaran dan kerja kumpulan tersendiri bagi menyiapkan 4 buah titi di sekitar bangunan tuisyen di kelab belau.





2 titi jenis kok besar di bina bagi laluan kanak-kanak dan pelajar tuisyen ke bangunan utama. manakal 2 kok jenis kecil di bina bagi laluan ke tanaman herba dan kawasan penanaman sayur kajian kelab.

tahniah kepada pelajar berkenaan yang dapat menyiapkan dengan jayanya titi-titi serta melengkapkan tugas yang di berikan....

ILMU CARA MEMBACUH SIMEN UNTUK PEMBINAAN ...



latihan ala-ala giat mara di mulakan dengan cara-cara membacuh simen. di tunjukkan oleh ahli jawatankuasa kelab puncak cawangan belau. di sini para pelajar dapat mempelajari cara membacuh simen dengan betul.






di sini juga para pelajar mrsm dapat membuat praktikal terus cara membuat binaan dan juga skill bagaimana untuk menggunakan peralatan untuk pembinaan batu-bata...

MEMASANG KARPET DI MAKMAL KOMPUTER KELAB BELAU ...

tunjuk ajar mula kepada pelajar mrsm cara-cara melekatkan karpet ke lantai. seramai 5 orang pelajar mrsm di tugaskan bagi menyiapkan lantai makmal komputer ini.






karpet adalah sumbangan dato` shahrom ahmad, manakala sebahagian lagi adalh sumbangan tuan rumah. karpet ini berjaya di sipakan dalm tempoh 3 jam...