Sunday, February 22, 2009

MEMBINA PERPUSTAKAAN MINI DI KELAB BELAU.

TARIKH : 12 FebruarI 2009 / 14 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MEMBINA PERPUSTAKAAN MINI DI KELAB BELAU.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama pelajar tuiysen telah memulakan kerja-kerja untuk menyiapkan perpustakaan mini untuk pelajar. Perpustakaan mini ini terletak bersebelahan dengan mini muzium padi. Oleh kerana budget kewangan telah digunakan untuk menyiapkan bangunan tuisyen fasa 3, dan baki yang ada akan di gunakan untuk projek fasa 4.

Maka dengan cara yang ada, langkah berikut di laksanakan. Kayu-kayu dan peralatan terpakai di gunakan untuk menyiapkan juga bangunan mini perpustakaan ini. Bangunan ini bina dengan seunik-uniknya untuk menyimpan buku. Di sekitanya juga di sediakan kerusi dan bangku meja serta pelantar untuk pelajar melakukan study group. Daya kreativiti dan inovasi di gunakan untuk menyiapkan projek ini.

Sekian untuk makluman.

PERJUMPAAN KUMPULAN GENDANG DI GUAR CHEMPEDAK.

TARIKH : 11 FebruarI 2009 / 14 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERJUMPAAN KUMPULAN GENDANG DI GUAR CHEMPEDAK.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK melalui perwakilan telah bersama-sama ahli majlis mesyuarat penasihat kelab pergi ke perjumpaan kumpulan gendang silat di guar chempedak, yan. Perjumpaan ini bertempat di rumah orang kuat gendang silat kedah (pakar buat gendang).

Lebih dari 50 orang berkumpul disini. Semuanya datang dari pelbagai pelosok daerah. Antaranya dari teloi, yan, alor setar, pendang,penang dan lain-lain yang mempunyai minat yang sama. Setiap wakil dan kumpulan akan di beri peluang untuk melakukan pertunjukkan alunan kompang sendiri.

Sekian untuk makluman.

KERJA PEMBERSIHAN TAPAK GELANGGANG SILAT DI KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 11 FebruarI 2009 / 14 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA PEMBERSIHAN TAPAK GELANGGANG SILAT DI KAMPUNG BELAU MERBOK.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di tapak yang di kenal pasti untuk di jadikan gelanggang silat minangkabau iaitu di sebelah rumah rosidi/fauzi baharuddin. Hutan bersebelahan (milik tuan rumah) adalah sesuai memandangkan jauh dari kawasan perumahan lain.

Kerja-kerja tersebut juga akan menggunakan jentolak/back hoe untuk memudahkan dan mencepatkan lagi kerja-kerja pembersihan tersebut. Langkah ini merupakan langkah permulaan sebelum kerja-kerja timbunan pasir di lakukan.
Sehubungan itu, sesiapa yang kelapangan adalah dialu-laukan untuk menyertai tujuan tersebut. Semoga kerja-kerja kita mendapat berkat Allah swt.

Sekian untuk makluman.

MAKLUMAN GOTONG-ROYONG SAPU LANTAI BANGUNAN TUISYEN FASA – 3 PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 10 FebruarI 2009 / 14 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAKLUMAN GOTONG-ROYONG SAPU LANTAI BANGUNAN TUISYEN FASA – 3 PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK akan melaksanakan kerja-kerja menyapu lantai bangunan tuisyen baru yang di naik taraf fasa 3. Oleh kerana bangunan baru itu agak luas, maka penambahan lantai perlu di laksanakan dan di siapkan.

Maka pihak kelab berpendapat perlu melaksanakan kerja gotong-royong sesame ahli kelab dan ahli mesyuarat kelab serta waris pelajar. Perkara ini juga pernah di laksanakan pada awal tahun yang lalu semasa pembukaan kelab. Ini akan mengeratkan lagi hubungan sesame ahli kelab dan waris keluarga. Kerja-kerja ini akan di laksanakan pada malam selasa 10/02/2009, selepa isyak.

Sehubungan itu, sesiapa yang kelapangan adalah dialu-laukan untuk menyertai tujuan tersebut. Semoga kerja-kerja kita mendapat berkat Allah swt.

Sekian untuk makluman.

WAJAH BARU BANGUNAN TUISYEN-FASA 3

INI DIA....
bangunan tuisyen baru untuk pelajar. dahulunya hanya bangunan bertiangkan buluh dan di kenali sebagai teratak buluh. kini telah bertukar wajah kepada bangunan yang lebih baik. terima kasih atas semua yang terlibat terutamanya En. Pisol dan keluarga atas sumbangan untuk bangunan tersebut.
kini teratk ini dengan rasminya di namakan sebagai teratak belau.
teratak huzamir ( bangunan pertama) akan di laksanakan pembaharuan dalam projek fasa 4. terima kasih semua dari kelab belau...