Monday, February 28, 2011

PROJEK BAKAU CIMB-PUNCAK: MESYUARAT & PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CIMB BANK KG BARU, SP



perjumpaan bersama wakil cimb bank cawangan kampung baru sungai petani kedah iaitu encik ahmad asri osman, berkaitan projek bakau cimb care. projek ini telah masuk bulan ke 3 perlaksanaannya. sehingga kini sebanyak 37,000 pokok bakau telah di semai dan akan mencapai target 60,000 pokok sehingga penghujung mac 2011.

JAMUAN HI-TEA KEBAJIKAN BERSAMA YTM TUNKU PUTERI INTAN SYAFINAZ ...

program jamuan hi-tea kebajikan anjuran yayasan sultanah bahiyah dan lions club sungai petani kedah, bertempat di padang golf kelab sungai petani...



program di sempurnakan oleh, Yang Teramat Mulia panglima besar kedah Dato` Seri Tunku Puteri Intan Syafinaz Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah...







dalam program tersebut, kelab puncak induk turut menerima sumbangan dari yayasan sultanah bahiyah sebanyak rm 2,700.



turut hadir ialah anak-anak yatim, penderma sumbangan, syarikat GLC, NGO lain, Ajk Lion club dan sp club serta penyelaras parlimen merbok, Dato` Tajul Urus Mat Zain.

JAMUAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2011 ...


jamuan nasi berlauk di sediakan bagi sama-sama menyambut maulidul rasul...




majlsi juga di iringi dengan selawat dan nasyid oleh pelajar dari sabah bagi memeriahkan majlis...







terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung....

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT KG BELAU ...

sambutan maulidur rasul peringkat kampung belau merbok bagi tahun 2011, anjuran jemaah pusat tarbiyah islam dan kelab belau...


kehadiran orang kampung serta jemaah memenuhi segenap ruang di dalam pusat tarbiyah tersebut...




majlis ceramah berkaitan junjungan besar nabi muhammad s.a.w. ceramah di sampaikan oleh tuan guru hj. abdul majid taib...







majlis bermula pada waktu magrib sehingga isyak.... majlis berjalan lancar..

KERJA-KERJA ANGKUT PASIR KE GELANGGANG



satu lagi projek tajaan kelab belau. menyediakan pasir untuk tapak gelanggang silat minangkabau...


angkut dengan motor lagi tu. time penat, rilex-rilex dan makan dulu apa yang ada....


rajin sungguh. tengok badan pun dah tau. paling kurang 20 trip sekali angkut tu...

PROJEK : KAMPIT PASIR UNTUK GELANGGANG SILAT ...

pasir projek sudah sampai selori 6 ela. maka kerja-kerja penyediaan kampit pasir sebanyak 50 beg perlu di sediakan...



maka, pelajar-pelajar tuisyen terdekat telah di panggil untuk meberi bantuan untuk menyediakan bin pasir tersebut...






oleh kerana tenaga kerja yang ramai... kerja tersebut berjaya di siapkan dalam tempoh 2 jam...

terima kasih kepada yang terlibat dalam kerja gotong royong ini. buat kerja banyak, merapu pun banyak jugak...


JAMUAN MAKAN SEMPENA PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK ....

walaupun tewas dalam kejohanan bola sepak 8 sebelah, namun kenduri jamuan kesyukuran tetap diadakan...



di kedah abg aji, jalan sekolah, semua pemain dan penyokong di bawa makan bersama. kelab sponsor tu...



macam-macam depa makan, meriah sungguh....



fuhh... tu kalah main. kalau menang kejohanan tu, sahih heboh satu kampung. kenduri sehari semalam la nampak gayanya....

PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 8 SEBELAH, PIALA Y.B DATO` DR. HJ HAMDAN

TARIKH : 06 FEBRUARY 2011
TEMPAT : PADANG AWAM, KG BUJANG
PERKARA : KEJOHANAN BOLA SEPAK 8 SEBELAH, PIALA Y.B DATO` DR. HJ HAMDAN


padang awam kg bujang yang menjadi venue kejohanan bola sepak gerbuka 8 sebelah piala...
kelab belau menghantar mewakili BELAU FC. kali pertama dalam sejarah kg belau belau menghantar wakil 100% anak tempatan...
kehadiran penyokong belau fc yang sungguh ramai dan memberangsangkan. 32 pasukan berentap untuk menang....






namun, BELAU FC / kelab belau tewas dengan dengan pasukan gabungan pilihan lembah bujang. 5-0 tu. terima kasih pada penyokong belau fc yang memberi sokongan yang tinggi..

PINDAH MINI MUZIUM PADI ......


muzium padi mini terpaksa di pindahkan ke tapak baru. ini merupakan kalu ke tiga muzium berusia hampir 80 tahun ini di pindahkan....
oleh kerana ia barang sejarah dan artifak tertua, maka harta ini di jaga dengan sesungguhnya...
pelbagai cara di gunakan untuk pindahkannya. ini kerana sebahagian bangunan ini hampir reput di mamah usia...







bangunan ini berjaya dipindahkan dengan 8 orang beserta 3 orang pembantu. berat sungguh bangunan ini....



CADANGAN PROJEK BARU DI BELAU ....


tengah percerah kawasan untuk projek terbaru. geng-geng kelab belau turun kawasan meninjau tapak....
tugu mercu tanda kelab belau di robohkan bagi memberi laluan kepada projek baru kepada pusat giat ilmu cawangan kampung belau merbok...
pokok-pokok sekitar mini muzium padi di tebang. antaranya pokok asam gelugur, pokok langsat, pokok rambutan, pisang, tongkat ali dan lain-lain...







mini muzium padi juga terpaksa di pindahkan untuk projek gelanggang silat minangkabau yang baru...


keluasan lebih kurang 30 kaki darab 30 kaki...