Monday, August 22, 2011

Al- fatihah.... perginya seorang novelis.....

SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG SUDAH MENINGGALKAN KITA !

Pada 29 Mei lepas ramai tersentuh perasaan hadirin yang mengenali penulis Orang Tua Di Kaki Gunung apabila kisah kehebatan beliau dalam penulisan dibacakan untuk diperdengarkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Budayawan Kedah 2011, sedangkan beliau pada masa itu terlantar di hospital selepas menjalani pembedahan jantung.

Semalam 21 Ogos 2011 Novelis Azizi Abdullah Selamat Dikebumikan

KULIM: Jenazah novelis Azizi Abdullah yang meninggal dunia pada Ahad akibat komplikasi buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.

Gambar: Sasterawan Negara yang juga bekas Anggota Parlimen Sik Datuk Shahnon Ahmad (dua dari kiri) melawat jenazah Allayarham Azizi Abdullah di Taman Bersatu, hari ini.

Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini kira-kira 11.30 pagi dan disambut oleh beratus-ratus orang jiran dan sahabat handai serta rakan-rakan penulis dari Kedah dan Pulau Pinang.

Antara yang menziarahi jenazahnya ialah Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad bersama keluarganya.

Allahyarham meninggal kira-kira pukul 7.50 pagi tadi.

Azizi, 69, dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu untuk menjalani pembedahan jantung.

Beliau turut menjalani rawatan buah pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama enam bulan sebelum meninggal dunia.

Isterinya Zubaidah Yusuff, 64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam, Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat dan tidur.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Alor Setar disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Pemenang Sea Writes Award, Azizi Haji Abdullah, adalah anak kelahiran Bukit Meriam, 69, sepanjang berkarya telah menghasilkan lebih 50 buah novel, 200 cerpen di samping drama televisyen dan drama radio.

Novelnya Sangeetha telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Seorang Tua Di Kaki Gunung diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.

Beliau telah memenangi pelbagai hadiah sastera peringkat kebangsan dan antarabangsa. Bekas guru ini mendapat pendidikan sekolah agama Dairatul Maarif Al-Wataniah Kepala Batas Seberang Perai dan Penulisan Kreatif dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
P/S: Allahyarham Azizi Hj Abdullah pernah bertandang ke Pusat Giat Ilmu Kampung Bujang mengadakan sesi motivasi kepada pelajar kampung bersama Tuan Hj Romli Bakar sekitar awal tahun 2008. Kehadiran bersama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). pada majlis tersebut juga Allahyarham menyumbangkan karya novel beliau bertajuk "Ku Gapai Cintamu Suriati" untuk kegunaan perpustakaan. Sehingga kini novel tersebut masih lagi ada. termasuk di perpustakaan mini pusat giat ilmu cawangan kampung belau merbok.