Sunday, April 26, 2009

PROGRAM RIADAH: MAIN FUTSAL ANTARA AHLI KELAB .

TARIKH : 19 APRIL 2009 / 223rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM RIADAH: MAIN FUTSAL ANTARA AHLI KELAB .


DImaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dengan ini memaklumkan telah mengadakan perlawanan futsal antara ahli kelab. Aktiviti yang tidak di rancangkan ini Berjaya di laksanakan.

Perlawanan ini bermula pada jam 9.00 malam di billion sungai petani tingkat 4. Lama tak main, rasa penat tahap apa ntah. Dah berapa tahun tak main futsal nie. Banyak gol jugak la kena. Tapi tak pa, lain kali kita pi main lagi. Kali ni gerenti menang...


Sekian untuk makluman.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

KERJA-KERJA MEMBINA PONDOK UNTUK LATIHAN GENDANG SILAT DI GELANGGANG .

TARIKH : 18 APRIL 2009 / 22 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA-KERJA MEMBINA PONDOK UNTUK LATIHAN GENDANG SILAT DI GELANGGANG .










DImaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dengan ini memaklumkan bahawa kerja-kerja membina dan menyiapkan pondok untuk latihan gendang silat sedang giat dilaksanakan. Sesiapa yang kelapangna adalah di alu-alukan untuk sama-sama menyertainya.
Utnuk makluman lanjut boleh berhubung terus dengan tukang terbabit.


Sekian untuk makluman.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

LATIHAN GENDANG SILAT DI GELANGGANG .

TARIKH : 17 APRIL 2009 / 21 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LATIHAN GENDANG SILAT DI GELANGGANG .


DImaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dengan ini memaklumkan bahawa latihan gendang telah dilaksanakan di gelanggang silat. Hampir setiap malam latihan tersebut di laksanakan.

Sesiapa yang berminat boleh terus hadir ke gelanggang untuk sama-sama menyertainya.
Sekian untuk makluman.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

KERJA-KERJA MENAIK TARAF BANGUNAN PROSES AYAM .

TARIKH : 11 APRIL 2009 / 15 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA-KERJA MENAIK TARAF BANGUNAN PROSES AYAM .



Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dengan ini member sokongan sepenuhnya kepada pemilik perniagaan proses ayam dalam usaha untuk meningkatkan lagi produktiviti dan perniagaan.
Bangunan tambahan dicadangkan untuk meluaskan lagi kawqasan perniagaan serta aktiviti yang lain. Kita sama-sama doakan semoga usaha ini berjaya

Sekian untuk makluman.

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MAKAM LAMA SULTAN .

TARIKH : 10 APRIL 2009 / 14 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MAKAM LAMA SULTAN .



Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama ahli KELAB PUNCAK dan juga orang kampung pengkalan langgar, sungai batu besi dan kampung bujang telah bersama-sama dalam kerja gotong-royong membersihakan makam sultan kedah yang lama.

Makam sultan tersebut mengikut sejarah adalah milik sultan muzaffar shah, sultan pertama bagi negeri kedah darul aman yang memeluk islam pada ketika itu. Makam tesebut terletak di kampung pengkalan langgar.
Usaha ini adalah sebagai memulihara sejarah yang amat bernilai bagi kampung dan mukim ini khasnya serta negeri kedah amnya.

Sekian untuk makluman.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

GOTONG-ROYONG ROBOHKAN RUMAH LAMA.

TARIKH : 10 APRIL 2009 / 14 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
GOTONG-ROYONG ROBOHKAN RUMAH LAMA.




Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama ahli yang lain akan memberi kerjasama dalam cadangan untuk merobohkan rumah lama. Ini bertujuan untuk mendapatkan kayu dan zink yang boleh di gunakan lagi.
Selain itu, ahli biro yang terlibat akan membeli kayu terpakai tersebut. Rumah tersebut ialah rumah tinggalan lama di kampung ini. Kayu ini akan di gunakan untuk menaik taraf bangunan proses ayam milik pak tam dan keluarga.

Sekian untuk makluman.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”