Monday, August 10, 2009

LAWATAN KE KAMPUNG LUBUK KIAB, SIDAM UNTUK BERSAMA-SAMA MENYAMBUT PROGRAM AKHIR SEBELUM PUASA.

TARIKH : 31 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN KE KAMPUNG LUBUK KIAB, SIDAM UNTUK BERSAMA-SAMA MENYAMBUT PROGRAM AKHIR SEBELUM PUASA.


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama-sama ahli silat minangkabau telah sama-sama ke kampung lubuk kiab, sidam untuk sama-sama menyambut program terakhir sebelum bulan puasa.

Majlis tersebut termasuk pertemuan sahabat-sahabat gendang untuk sama-sama berjumpa bertukar pandangan dan pendapat. Ini merupakan perjumpaan terakhir sebelum menyambut kehadiran ramadhan. Dalam pertemuan tersebut seramai hampir 150 orang. Pertunjukkan silat juga diadakan.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

KENDURI KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT UNTUK TAWARAN BEKERJA DI SHEN ZIEN, CHINA.

TARIKH : 30 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KENDURI KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT UNTUK TAWARAN BEKERJA DI SHEN ZIEN, CHINA.

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama-sama jawatankuasa pusat tarbiyah islam kampung belau merbok telah sama-sama meraikan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk penduduk seta ahli kelab yang telah mendapat tawaran bekerja di Negara china.


Seramai lima orang termasuk seorang jawatankuasa kelab belau akan bertolak kesana pada 31 julai 2009 dengan menaiki kapal terbang di bayan lepas, pulau pinang. Pemergian ke Negara tersebut adalah selama 5 bulan bermula ogos 2009 dan berakhir pada 31 disember 2009. Ini bertujuan bagi membangunkan sector peindustrian kilang disana yang dahulunya beroperasi di merbok iaitu MDF merbok. Semoga pergi dan pulang dengan selamat....
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR.

TARIKH : 23 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR.


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dengan ini ingin mengucapkan selamat menghadapi peepriksaan percubaan UPSR bagi pelajar terbabit khasnya bagi pelajar di pusat giat ilmu kampung belau khasnya dan pelajar di bawah tuisyen kelab puncak amnya.
Semoga pelajar-pelajar terbabit dapat menjawab dengan tenang serta dengan baik. Bagi palajar terbabit juga di nasihatkan agar bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan terbabit kerana ianya adalh hampir sama dengan kertas peperiksaan sebenar. Selain itu juag, statistic dan kajian terdahulu peepriksaan percubaan ini merupakan kayu ukur sebenar dalam menghadapi peepriksaan kebangsaan tersebut.
Jangan lupa baca doa. Jangan lupa berusaha dan bertawakkal.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROJEK SAPU LANTAI TINGKAT BAWAH BANGUNAN PUSAT TARBIYAH ISLAM DI KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 19 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROJEK SAPU LANTAI TINGKAT BAWAH BANGUNAN PUSAT TARBIYAH ISLAM DI KAMPUNG BELAU MERBOK.




DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama-sama dengan MKK serta penduduk kampung mengadakan mmajlis projek sapu lantai tingkat bawah bangunan pusat tarbiyah islam kampung belau merbok. Hasil sumbangan orang ramai, bangunan ini terus di naik taraf bagi menyiapkannya sepenuhnya.




Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini telah dilaksanakan oleh tukang-tukang berpengamalan secara berperingkat. Kerja-kerja ini dilaksanakan pada hari cuti hujung minggu kerana ramai penduduk cuti dan boleh sama-sama member sumbangan dalam melaksanakan kerja ini.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”