Tuesday, October 6, 2009

PEMINDAHAN MINI MUZIUM PADI

TARIKH : 19 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMINDAHAN MINI MUZIUM PADI


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU akan menaik taraf mini di tapak baru yang dikenal pasti bersebelahan dengan bangunan tuisyen. Di mana tapak ini akan di gunakan sepenuhnya untuk barang-barang berkaitan muzium padi.

Bangunan jelapang padi diubah dengan mengusung ke tapak baru dengan kerjasama ahli kelab belau. Segala barang lain juga di ubah ke tapak baru bangunan mini muzium padi.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MINI MAKMAL KOMPUTER : PROJEK NAIK TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK

TARIKH : 18 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MINI MAKMAL KOMPUTER : PROJEK NAIK TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU akan di naik taraf dengan pembinaan bangunan baru untuk mini makmal komputer. Bangunan yang berukuran 16 X 10 kaki di atas tapak sedia ada.

Pembinaan ini amat di perlukan atas faktor semasa. Selain itu, di harapkan pembangunan dan kemudahan computer yang akan di sumbangkan oleh pihak us mini akan memberi manfaat kepada pelajar tuisyen di sini.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MINI PERPUSTAKAAN : PROJEK NAIK TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK

TARIKH : 17 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MINI PERPUSTAKAAN : PROJEK NAIK TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU akan di naik taraf dengan pembinaan bangunan baru untuk mini perpustakaan. Bangunan yang berukuran 20 X 10 kaki di atas tapak sedia ada.

Pembinaan ini amat di perlukan atas faktor semasa. Selain itu, bangunan sedia ada iaitu jelapang padi yang telah di ubah suai adalah tidak lagi bersesuaian dengan masa kini atas keselesaan dan pertambahan pelajar tuisyen.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”