Thursday, July 24, 2008

JADUAL RASMI KELAS TUISYEN

JADUAL KELAS TUISYEN PERCUMA .

KELAS BAHASA INGGERIS (UPSR – DARJAH 1 HINGGA 6)
SETIAP JUMAAT & SABTU. JAM : 9:45 PAGI

KELAS MATEMATIK ( UPSR – DARJAH 4 HINGGA 6)
SETIAP JUMAAT JAM : 3:00 PETANG

KELAS MATEMATIK ( PMR – TING 1 HINGGA 3)
SETIAP JUMAAT JAM : 8:30 PAGI



“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBUKAAN KELAS TUISYEN PERCUMA

PEMBUKAAN KELAS TUISYEN
kelab dengan ni malaksanakan dan menganjurkan kelas tuisyen percuma unuk pelajar kampung belau dan kawasan sekitarnya. kelas permulaan adalah kelas bahadsa inggeris dan matematik untuk tahap satu dan dua merangkumi darjah satu hingga enam. kelas dijalankan pada hari jumaat dan sabtu. peringkat pertama pelajar adalah seramai 70 orang tetapi pada minggu kedua peningkatan kepada 120 orang. kelab sedang memimikirkan kesesuaian kelas tersebut demi menjamin keselesaan....









PEMBUKAAN KELAS TUISYEN PERCUMA .

HARI : JUMA`AT (JAM 9:30 PAGI)
TARIKH : 27/06/2008 (23 JAMADILAKHIR 1429)
TEMPAT : PUSAT GIAT ILMU KG BELAU ( F 319)
OLEH : AJK KELAB BERSAMA TN. HJ. ROMLI

PROJEK BAIKI KERUSI/MEJA UNTUK KELAS TUISYEN

SEPINTAS LALU GOTONG ROYONG



PROGRAM MAMBAIKI KERUSI MEJA DILAKSANAKAN UNTUK PENYEDIAAN KEPADA PELAJAR TUISYEN.

ahli kelab bergotong royong menyiapkan kerusi meja sebaik mungkin untuk kegunaan pelajat tuisyen. disini juga pihak kelab mengucap setinggi perhargaan terima kasih kepada pihak sekolah kebangsaan merbok pusat dan sekolah kebangsaan kampung pasir.











PROJEK BAIKI KERUSI/MEJA UNTUK KELAS TUISYEN.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau akan melaksanakan kerja-kerja baik-pulih KERUSI/MEJA di Pusat Giat Ilmu Kg Belau. KERUSI/MEJA terpakai tersebut adalah sumbangan dari SEKOLAH KEBANGSAAN MERBOK PUSAT DAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PASIR. Sesiapa yang punyai masa kelapangan adalah dialu-alukan untuk melaksanakan tujuan tersebut.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

HARI : KHAMIS (JAM 5:00 PETANG)
TARIKH : 02/07/2008 (28 JAMADILAKHIR 1429)
TEMPAT : PUSAT GIAT ILMU
KG BELAU MERBOK

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROJEK SAPU LANTAI PUSAT TUISYEN

KELAB TELAH MELAKSANAKAN PROJEK SAPU LANTAI DI BANGUNAN TUISYEN KAMPUNG BELAU.
perlaksanaan kerja tersebut dilakukan pada waktu malan kerana masa yang ada hanyalah 2 ari sebelum tuisyen di laksanakan. maka pihak kelab dan penduduk/ahli majlis mesyuarat bersama kelab kg belau terpaksa bertukus lumus menyiapkan kerja sapu lantai tersebut malam itu juga. kerja siap sepenuhnya pada jam 2.00 pagi. bahan lantai disumbangkan oleh perseorangan.









PROJEK SAPU LANTAI PUSAT TUISYEN KG BELAU .
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau bercadang untuk membina/membangunkan bangunan persendirian untuk pembinaan Pusat Giat Ilmu sebagai melaksanakan program tuisyen percuma. Projek sapu lantai pusat tusiyen akan dilaksanakan.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

HARI : RABU (JAM 9:00 MALAM)
TARIKH : 25/06/2008 (16 JAMADILAKHIR 1429)
TEMPAT : PUSAT GIAT ILMU
KG BELAU MERBOK

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROJEK MEMBANGUNKAN/MENDIRIKAN BANGUNAN TUISYEN

KELAB MELANCARKAN PROGRAM PROJEK MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN BANGUNAN TUISYEN UNTUK MELAKSANAKAN KELAS TUISYEN.

dengan masa yang singkat dan atas sokongan penduduk kampung, projek tersebut berjalan lancar dalam masa yang amat singkat iaitu 5 hari sahaja. lantai bangunan dilaksanakan pada malam hari iaitu sehari sebelum kelas tuisyen bermula. kerja-kerja sapu lantai tamat pada jam 2.00 pagi.










PROJEK MEMBINA/MEMBANGUNKAN PUSAT TUSIYEN .
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau bercadang untuk membina/membangunkan bangunan persendirian untuk pembinaan Pusat Giat Ilmu sebagai melaksanakan program tuisyen percuma.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

HARI : AHAD (JAM 5:00 PTG)
TARIKH : 22/06/2008 (13 JAMADILAKHIR 1429)
TEMPAT : DI ALAMAT F 319
KG BELAU MERBOK

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”