Wednesday, August 26, 2009

tazkirah : program penghayatan dan kesyukuran di summer camp batu besi


tazkirah siri - 001 semasa program anjuran kolej komuniti sungai petani dan kelab puncak di summer camp tepi sungai kg sg batu besi merbok , kedah. tazkirah untuk pelajar tuisyen yang menyertai program tersebut.

Tuesday, August 25, 2009

PROGRAM GANTUNG BENDERA MALAYSIA SIMBOLIK SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE 52 BAGI TAHUN 2009 / 1340 HIJRAH ....

TARIKH : 25 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM GANTUNG BENDERA MALAYSIA SIMBOLIK SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE 52


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dengan ini menganjurkan program kempen kibar jalur gemilang untuk kampung belau dan kawasan sekitarnya. Program ini mendapat kerjasama daripada pelajar tuisyen di kelab belau.
Bendera Malaysia ini adalah sumbangan pejabat wakil rakyat Dun Tanjung Dawai. Bendera akan di pasang pada malam hari selepas solat terawih...

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

SELAMAT BERPUASA - RAMADHAN 1430 HIJRAH ... TAHUN 2009 MASEHI






Dengan Nama AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganyaYa Allah, sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan pembeda. Bulan Ramadhan telah datang , maka selamatkan kami di dalamnya, alirkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu.

Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit.Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Engkau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan kejelekan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku karena perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

CERAMAH PENCEGAHAN H1N1 ANJURAN IPPT USM DAN KELAB PUNCAK.

TARIKH : 21 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CERAMAH PENCEGAHAN H1N1 ANJURAN IPPT USM DAN KELAB PUNCAK.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK BERSAMA DENGAN INTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU USM telah mengadakan ceramah pencegahan H1N1. Oleh kerana wabak ini kian menular dan amat merbahaya kepada manusia, maka iniaiatif ini di ambil untuk member kesedaran kepada orang kampung.

Ceramah berkaitan di sampaikan olah timbalan pengarah ippt usm iaitu dr narazah serta ketua jururawat ippt usm. Turut hadir iaiald exco kerajaan negeri iaitu dr hj hamdan mohammad khalib, mkk bujang dan pengkalan langgar serta jkkp bujabg. Majlis berjalan dengan lancarnya.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MOTIVASI DAN PROGRAM UNTUK PELAJAR TUISYEN OLEH FARMASI USM DAN PELAJAR LUAR NEGARA DARI CALIFORNIA, JERMAN DAN JEPUN.

TARIKH : 21 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MOTIVASI DAN PROGRAM UNTUK PELAJAR TUISYEN OLEH FARMASI USM DAN PELAJAR LUAR NEGARA DARI CALIFORNIA, JERMAN DAN JEPUN.


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU telah menerima kunjungan serta program motivasi oleh pihak farmsi usm yang dilaksanakan oleh pelajar luar Negara iaitu California, german dan jepun.

Program ini diadakan untuk merapatkan hubungan kanak-kanak tuisyen disini dengan pelajar luar Negara. Disamping mengadakan program dan motivasi, cara ini juga dapat mendedahkan pelajar disini dengan dunia luar.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

LAWATAN DARI FARMASI USM DAN PELAJAR CALIFORNIA DAN PERANCIS.

TARIKH : 15 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN DARI FARMASI USM DAN PELAJAR CALIFORNIA DAN PERANCIS.


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU telah menerima kunjungan dari pihak farmasi usm dan pelajar asing dari California dan perancis. Lawatan dari usm kerap di lakukan untukmeninjau situasi semasa program disini. Selain itu pelajar luar Negara terbabit dapat melihAT sendiri program tuisyen serta aktiviti lain yang dilaksanakan oleh pihak kelab.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

KEM MOTIVASI DAN PERKHEMAHAN KESYUKURAN DAN PENGHAYATAN ANJURAN KOLEJ KOMUNITI S.P & KELAB PUNCAK.

TARIKH : 13 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KEM MOTIVASI DAN PERKHEMAHAN KESYUKURAN DAN PENGHAYATAN ANJURAN KOLEJ KOMUNITI S.P & KELAB PUNCAK.


DImaklumkan bahawa KOLEJ KOMUNITI DAN KELAB PUNCAK akan menganjurkan kem motivasi kesyukuran dan penghayatan untuk pelajar tuisyen. Pelajar yang terlibat adalah dari ketiga-tiga pusat tuisyen iaitu pusat tuisyen sungai batu besi, pusat giat kampung bujang dan pusat giat ilmu kampung belau.

Perkhemahan juga diadakan selama 2 hari 1 malam. Kem tersebut diadakan di tepi sungai tapak kem sungai batu besi. Kem tersebut adalah motivasi berkaitan agama dan pelajaran untuk pelajar tuisyen.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Tuesday, August 11, 2009

DOA SELAWAT PENAWAR WABAK VIRUS INFLUENZA A - H1N1 ... insya-Allah ..

DOA / SELAWAT PENAWAR ...


Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkatbaginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan jugamemberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….Marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ diatas moga2 allah melindungi kita darinya.Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit.

Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat.
Sebab itu selawat ada dlm doa.

MAI NAK BAGI TAU PASAI H1N1 : SELIMUTKAN HIDUNG DAN MULUT ANDA SEBELUM ANDA DISELIMUTKAN SEPENUHNYA ....

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa yg perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.
Siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2
day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)day
3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .
day 5 and above lung collapse @ koma

JEMPUTAN CERAMAH ANJURAN RISDA DI KG PAYA KELADI HUJUNG, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

TARIKH : 08 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN CERAMAH ANJURAN RISDA DI KG PAYA KELADI HUJUNG, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK telah dijemput menyampaikan ceramah berkaitan modal insan bertajuk akal budi anjuran kementerian pembanguan luar Bandar dan RISDA bertempat di surau kg paya keladi, seberang perai utara, pulau pinang.

Ceramah di sampaikan oleh pengasas kelab puncak iaitu tn. Hj. Romli bakar. Ceramah tersebut berkaitan pembangunan modal insan. Ceramah juga mengandungi motivasi dan Nasihat untuk remaja dan jemaah serta semua yang hadir.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”