Wednesday, March 10, 2010

PROGRAM PERKHEMAHAN DAN MOTIVASI BERSAMA UITM MERBOK UNTUK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.

TARIKH :12 FEBRUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM PERKHEMAHAN DAN MOTIVASI BERSAMA UITM MERBOK UNTUK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama UITM merbok dengan ini menganjurkan program perkhemahan dan motivasi khas bahasa inggeris. Program diadakan di perkarangan pusat giat ilmu cawangan kampung bujang. Program berjalan selama 3 hari yang berakhir pada 14/02/2010.

Program ini disertai oleh pelajar dan kakitangan uitm merbok. Program memfokuskan cara pembelajaran yang berkesan unt sybjek bahasa inggeris.
Seramai 70 orang pelajar tuisyen yang terlibat dalam program kali ini. Program ini diadakan disini kerana infrastruktur di tapak summer camp kelab di kampung sungai batu besi dalam proses penyelenggaraan teratk terapung.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

CERAMAH OLEH WCC PENANG MOTIVATION BERKAITAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK.

TARIKH :05 FEBRUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CERAMAH OLEH WCC PENANG MOTIVATION BERKAITAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama WCC (women comitee care) cawangan penang dengan ini menganjurkan ceramah berkaian pendidikan untuk kanak-kanak. Ceramah ini mendedahkan kepad kaum ibu dan bapa berkaitan cara berkesan mendidik kanak-kanak.

Ceramah telah di bahagian kepada 2 bahagian. Dimana bagi ceramah untuk ibu bapa diadakan di dewan orang ramai kampung bujang. Ceramah bagi kanak-kanak di adakan di pusat giat ilmu cawangan kampung bujang. Majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan yang ramai. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

CERAMAH AGAMA OLEH ULAMA INDONESIA

TARIKH :04 FEBRUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CERAMAH AGAMA OLEH ULAMA INDONESIA

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau merbok telah di jemput menghadiri ke majlis ceramah agama oleh habib riziq, ulama terkenal dari Jakarta Indonesia. Kehadirannya ke Malaysia adalah bertujuan lawatan di maahad tahfiz dan juga sekolah pondok di sekitar negeri kedah darul aman.


Di samping itu, beliau meluangkan masa berceramah di pusat tarbiyah islam kampung belau merbok. Kehadiran hadirin memenuhi ruang dalam pusat tarbiyah. Ceramah berkisar isu semasa dan juga menyentuh kehidupan rasulullah s.a.w.

Selain itu, kehadiran beliau juga menyuntik semangat baru kepada saudara islam (mualaf) yang kini sedang belajar pengajian agama di sini di bawah bimbingan tuan guru hj abdul majid.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”