Sunday, November 29, 2009

PERBINCANGAN PENUBUHAN PERPUSTAKAAN DESA DI KAMPUNG BELAU MERBOK, KEDAH.

TARIKH : 29 OKTOBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERBINCANGAN PENUBUHAN PERPUSTAKAAN DESA DI KAMPUNG BELAU MERBOK, KEDAH.

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kg Belau menerima jemputan untuk bersama-sama pada mesyuarat penubuhan perpustakaan desa bagi kampung-kampung di kawasan merbok. Mesyuarat di adakan di perpustakaan merbok. Dipengerusikan oleh Y.B Dr. Hj. Hamdan, turut hadir pengarah perpustkaan kedah Dr. Zahidi.

Mesyuarat adalah berkaitan cadangan bagi menubuhkan perpustakaan desa di kampung belau, kampung sungai gelam dan estet tai eng, semeling. Mengikut perancangan, kesemua perpustkaan ini akan dilancarkan seawall bulan 12 tahun ini. Ini berikutan keperluan bagi pelajar-pelajar di sekitar kawasan merbok khususnya mereka yang berada di luar Bandar dan pedalaman.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”