Tuesday, July 22, 2008

KELAB KITA...






KELAB PENDIDIKAN, SUKAN DAN KEBAJIKAN,
(PUSAT GIAT ILMU),
KAMPUNG BELAU, MERBOK.


DASAR PENUBUHAN

Penubuhan Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau (NGO) adalah bertujuan untuk menjalankan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan, sukan dan kebajikan di Kampung Belau dan sekitarnya. Kelab ini di anggotai oleh Belia dan Remaja kampong yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Penubuhan kelab ini juga berdasarkan kepada semangat kerjasama dan muafakat dikalangan Belia untuk berkhidmat bersama masyarakat berdasarkan kemampuan yang ada. Disamping mengeratkan kerjasama dan hubungan silaturrahim, diharapkan penubuhan kelab ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat kampong dan kawasan sekitarnya.

AKTIVITI

Penubuhan kelab ini berdasarkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti dan selaras dengan objektif berikut :

a) Menyuburkan budaya ilmu dikalangan masyarakat Luar Bandar.
b) Perlaksanaan apa-apa aktiviti secara percuma.
c) Menyediakan kemudahan-kemudahan aktiviti berdasarkan kemampuan yang ada.
d) Menyediakan aktiviti-akiviti seminar/ program untuk kalangan pelajar.
e) Menyuburkan semangat sukan dikalangan belia kampung.
f) Sedia bekerjasama dengan masyarakat kampung atau mana-mana pertubuhan lain atas dasar kebajikan dan manfaat masyarakat.
g) Melaksanakan apa-apa aktitivi bukan atas dasar untuk mendapatkan keuntungan.
h) Melaksanakan aktiviti atas dasar keikhlasan kerana Allah.


SINOPSIS

Penubuhan Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau Merbok akan melaksanakan aktiviti yang di rancang sebaik mungkin. Pelaksanakan ativiti adalah berdasarkan kepada kebolehan dan kerjasama erat antara golongan belia. Kelab ini akan menjadikan Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak (PUNCAK), Kampung Bujang sebagai Role Model di dalam perlaksanakan aktiviti-aktivitinya. Kelab ini sedia bekerjasama dengan kelab tersebut dalam apa juga program dan aktiviti yang akan dijalankan. Penubuhan kelab ini tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966 seperti pertubuhan-pertubuhan NGO yang lain.

kelas matematik & bahasa inggeris sekolah rendah


















kelas matematik yang dianjurkan adalah bagi kelas darjah 4 sehingga darjah 6. dimana subjek dan silibus berpandukan kepada kementerian pelajaran malaysia. bab di mulakan adalah dari bab 1 darjah empat. dalam bentuk dwi bahasa.



bahasa inggeris dijalankan untuk darjah 1 hingga darjah 6 dimana merangkumi 2 bahagian. iaitu tahap 1 dan 2. di bahagikan kepada 2 kelas utama.




kelas telah dimulakan sejak sebulan yang lalu.....



mengisbat ilahi mendaulat martabat bangsa

tuisyen kita....


tuisyen percuma untuk pelajar kampung......

KELAB PENDIDIKAN, SUKAN & KEBAJIKAN KG BELAU MERBOK

BULAN SABIT MUNCULKAN DIRI MENGINGATKAN BUMI AGAR MENEGUR INSAN YANG MEREMEHKAN...........