Sunday, December 21, 2008

CADANGAN PROJEK NAIK TARAF (FASA) DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 14 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CADANGAN PROJEK NAIK TARAF (FASA) DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama penaung kelab dan ahli kelab puncak berkaitan untuk menaik taraf pusat tuisyen kampung belau merbok. Ini adalah kerana bangunan tuisyen yang di bina sejak bulan april yang lalu perlu di baiki.
Ini adalah kerana bumbung kanvas sudah kelihatan rosak dan bocor. Selain itu alang buluh yang di gunakan juga menunjukkan tanda-tanda reput. Maka, perbincangan tersebut telah membuat ketetapan untuk mengendalikan kertas kerja berperingkat (FASA) untuk membangunkan secara teratur.
FASA 1 – tandas pusat tuisyen
FASA 2 –bangunan perpustakaan dan ruang perbincangan
FASA 3-menaik taraf bangunan tuisyen ke 2 (teratak buluh)
FASA 4-menaik taraf bangunan tusiyen 1 (teratak huzamir)


***SEMOGA USAHA KITA DI BERKATI..........

IRINGAN SAMBUTAN KAWAD TAMAT LATIHAN DI PORT DICKSON


TARIKH : 13 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
IRINGAN SAMBUTAN KAWAD TAMAT LATIHAN DI PD.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama wakil telah sama-sama ke port Dickson, negeri Sembilan. Ini adalah mengiringi pak lang abdul hamid (tunas harapan-persatuan seni silat minagkabau) ke kem sri rusa sempena perbarisan tamat latihan perajurid muda sesi 2008. 5 orang telah kesana dan pulang dengan selamat.
Diharapkan perkara seperti ini akan diteruskan untuk sama-sama mengeratkan silaturrahim disamping dapat menjalankan aktiviti konvoi/rombongan berfaedah.








LAWATAN TIDAK RASMI KE PUSAT TUISYEN KAMPUNG BATU BESI.

TARIKH : 11 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN TIDAK RASMI KE PUSAT TUISYEN KAMPUNG BATU BESI.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama wakil telah sama-sama ke pusat tuisyen kampung sungai batu besi di pengkalan bujang. Lawatan ini sempena majlis korban yang diadakan disini.
Disini juga lawatan turut melihat pusat tuisyen terapung, surau, kolam ikan dan jeti bot. Disini tuisyen percuma juga dijalankan. 3 pusat tuisyen utama dimerbok ini bergabung sama-sama untuk memberi sumbangan terbaik kepada warga kampung.
Diharapkan perkara seperti ini akan diteruskan untuk sama-sama mengeratkan silaturrahim disamping dapat menjalankan aktiviti konvoi/rombongan berfaedah.















Saturday, December 20, 2008

CADANGAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.


TARIKH : 11 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CADANGAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah berbincang mengenai untuk melaksanakan aktiviti silat di kampung belau merbok. Program ini akan di laksanakan pada waktu malam. Cadangan ini berikutan timbul rasa minat di kalangan ahli kelab melalui program kerjasama yang di laksanakan ketika program kesihatan dan sains bulan lalu.
Program tersebut telah menjemput pasukan seni silat minangkabau di bawah pimpinan pak lang abdul hamid. Perbincangan awal telah di laksanakan. Perbincangan susulan akan dilakukan selepas mesyuarat kelab dalam tempoh terdekat.
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan demi memupuk semangat di kalangan ahli kelab dan belia kampung seterusnya mengembalikan kegemilangan silat di dalam jiwa orang melayu khususnya remaja dan penduduk kampung amnya.

ROMBONGAN RAYA KE RUMAH PENGANTIN BARU.



TARIKH : 10 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
ROMBONGAN RAYA KE RUMAH PENGANTIN BARU.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah mengadakan rombongan raya ke rumah pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan pada minggu lalu.
Rombongan ini disertai sebahagian besar ajk/biro dan ahli-ahli majlis penasihat kelab. Rombongan ini sebagai memeriahkan majlis hari raya dan rumah terbuka di rumah pengantin.

PROGRAM KORBAN BERSAMA KELAB PUNCAK.

TARIKH : 09 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM KORBAN BERSAMA KELAB PUNCAK.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah sama-sama menyertai dan memeriahkan majlis program ibadah korban di kampung sungai batu besi merbok bersama orang kampung tersebut. Program tersbut anjuran pihak kelab puncak bujang bersama pusat giat ilmu kampung bujang.


Tetamu istimewa juga di jemput iaitu dari university sains Malaysia serta wakil kerajaan negeri kedah. Program tersebut dilaksanakan di pusat giat ilmu kampung batu besi berdekatan dengan surau.
Program tersebut berjalan dengan lancar dan meriah hasil kerjasama penduduk kampung setempat dan para jemputan yang lain. Sekor lembu di korbankan pada hari tersebut.




SANA SINI IBADAH KORBAN

TARIKH : 08 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM IBADAH KORBAN DI KAMPUNG BELAU MERBOK.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah sama-sama menyertai dan memeriahkan majlis program ibadah korban di kampung belau merbok bersama orang kampung. Pada tahun ini, banyak program korban serta banyak lembu di tumbangkan. Diantaranya:


*rumah tok tih wahab (1 ekor)
*rumah pak su lazim (1 ekor)
*rumah cikgu rahman (1 ekor)
*rumah pak cik pin (1 ekor)





*rumah abg non kedai (1 ekor)
*rumah pak chaq mokhthar (2 ekor)
*rumah pak mud (2 ekor)
*rumah pak lang kob (1 ekor)







---mewah kampung kita. Zaman kemelesetan ekonomi pun korban berlambak. Alhamdulillah..... amin........

PERUTUSAN HARI RAYA KORBAN



TARIKH : 07 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERUTUSAN HARI RAYA KORBAN.
PIHAK KELAB PENDIDIKAN,SUKAN DAN KEBAJIKAN KAMPUNG BELAU MERBOK DENGAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA AHLI, BIRO DAN AJK KELAB. TIDAK DI LUPAKAN JUGA KEPADA AHLI MAJLIS MESYUARAT KELAB, PENYOKONG DAN SELURUH PENDUDUK KAMPUNG BELAU MERBOK.
DENGAN INI, PIHAK KELAB MEWAKILI BELIA DAN REMAJA KELAB DENGAN INI MEMOHON MAAF DIATAS APA-APA KETELANJURAN SEPANJANG PENUBUHAN KELAB SEHINGGA KINI. PIHAK KELAB JUGA INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KORBAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR TUISYEN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU, KAMPUNG BUJANG DAN KAMPUNG SUNGAI BATU BESI.
SEMOGA IBADAH KORBAN KITA DI BERKATI ALLAH S.W.T

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT...

***”Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya di cintai”





"wahai manusia, sembahlah tuhan yang menjadikan kamu, dan orang sebelum kamu agar akamu bertaqwa"

video

MAJLIS KENDURI KAHWIN AHLI/BIRO KELAB.

TARIKH : 06 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAJLIS KENDURI KAHWIN AHLI/BIRO KELAB.






















Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah sama-sama menyertai dan memeriahkan majlis perkahwinan ahli/biro kelab yang Melangsungkan perkahwinan pada 06/12/2008 di kampung hilir merbok. Majlis perkahwinan tersebut aadalah diantara wardi dan ejA.
Perarakkan pengantin bermula di semeling sehingga ke rumah pengantin di kampung hilir. Pengantin kemudiannya berjalan kira-kira 30 meter sambil diiringi oleh pengapit dan alunan kompang kereta audio. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan majlis dan kelancaran majlis tersebut.

***Pihak kelab KPSDK Kg Belau mengucapkan selamat pengantin baru Disoakan semoga bahagia sehingga ke anak cucu. Amin.....
***Ya Allah, Ya Rahim...dari setinggi dan seluas kasih sayangmu, kepada pengantin suami isteri, berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirannya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinmu. Mudah-mudahan perkongsian hidupnyang dibina berkekalan hingga ke akhir usia. Dengan taufik dan hidayahmu. Beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Amin ya rabbal al amin...

Wednesday, December 17, 2008

FOTO: KEDAH FC DI MRSM MERBOK











SELEPAS INI KEDAH FC AKAN MEMULAKAN KEMPEN MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN BERGANDA DOUBLE TRIBLE.
HIDUP SKUAD HIJAU KUNING

Tuesday, December 9, 2008

KEMPEN MEMBACA...

video

"ILMU PELITA HIDUP"

sesungguhnya ilmu itu bertambah dengan bacaan. bangsa di hormati kerana ilmu. hidup bahagia kerana ilmu. ilmu perlu di cari dan di kaji. "apabila kita ketahui sesuatu hal yang baru, ini bermakna lebih banyak lagi yang kita tidak ketahui".

jangan segan membaca. jangan baloq belek buku. jangan dok buat dek jek. bacalah....

BERSAMA MERENTASI MASA....

Di waktu zaman kini, iaitu zaman yang kian mencabar dari pelbagai aspek, kita mesti sama-sama bersaing mengikuti peredaran zaman. Adalah tidak wajar bagi kita membiarkan zaman itu merentasi kita. maknanya disini, kita harus berusaha dari semasa ke semasaa membuat perubahan diri demi agama, bangsa dan negara...
jangan biarkan diri kita terus dalam ketinggalan dan dilema. tiada yang misteri di waktu kini. belajarlah sentiasa. "tuntulah ilmu hingga ke liang lahat"

video

CUTI KELAS TUISYEN SESI 2008

CUTI KELAS TUISYEN
DIMAKLUMKAN BAHAWA KELAS TUISYEN PERCUMA ANJURAN KELAB KAMPUNG BELAU DENGAN INI MENGUMUMKAN CUTI SELAMA SEBULAN UNTUK TUISYEN PERCUMA ANJURAN KELAB.
CUTI INI SEMPENA CUTI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.KELAS TUISYEN MUSIM BARU AKAN BERMULA PADA TAHUN DEPAN IAITU
(BULAN 1) JANUARI 2009.
(CUTI TUISYEN: 01/12/2008 – 01/01/2009)

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN...............
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”