Saturday, May 29, 2010

LAWATAN DAN TEMUBUAL WARTAWAN NST DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU

TARIKH :25 APRIL 2010

KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENALAWATAN DAN LAWATAN DAN TEMUBUAL WARTAWAN NST DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK telah menerima kunjungan dan lawatan berikutnya ke pusat giat ilmu kampung belau oleh wartawan canada / NST , mr. david dan mrs. mariam.

lawatan turut didedahkan berkaitan sejarah awal penubuhan pusat tuisyen di kampung belau yang bermula pada april tahun 2008. ini merupakan cawangan yang ke tiga selepas kampung bujang dan kg sungai batu besi.

cawangan kampung belau lebih dekat dengan kawasan hutan dan dusun. turut di lawati ialah taman herba, mini peprustakaan, mini makmal komputer, mini muzium dan landskap barang terpakai.

Sekian untuk makluman.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

LAWATAN SUSULAN KE CHALET TERAPUNG PERTUBUHAN PELADANG MERBOK

TARIKH :25 APRIL 2010

KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN

LAWATAN SUSULAN KE CHALET TERAPUNG PERTUBUHAN PELADANG MERBOK

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK telah membawa lawatan wartawan canada Mr. David ke pelantar terapung dan chalet milik pertubuhan peladang kawasan merbok. pelantar ini meyediakan tempat untuk bermalam dengan bayaran berpatutan.

tempat ini juga menyediakan pakej untuk memancing. pelbagai jenis perkhidmatan di sediakan. pelancong juga boleh memancing ikan sangkar atau ikan laut. lawatan ini memberi pendedahan kepada wartawan tentang kerjasama kelab puncak dengan pertubuhan lain.

Chalet ini juga di tawarkan kepada pengunjung yang berminat untuk beriadah, memancing atau melaksanakan apa-apa aktiviti berkaitan.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

LAWATAN WARTAWAN DARI CANADA / NEW STRAITS TIME KE KELAB PUNCAK MERBOK

TARIKH :25 APRIL 2010

KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN WARTAWAN DARI CANADA / NEW STRAITS TIME KE KELAB PUNCAK MERBOK



DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini menerima lawatan warwatan dari canada merangkap wartawan new straits time. lawatan ini pernah di buat setelah 10 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2000.

lawatan Mr. David juga disertai oleh isteri beliau Mrs. Meriam. lawatan untuk membuat laporan berkaitan perkembangan terkini berkaitan kelab puncak. 10 tahun lalu, kelab puncak hanya wujud di pusat giat ilmu kampung bujang sahaja. kini telah berkembang kepada 3 cawangan.

lawatan di mulakan dengan lawatan di puswat giat ilmu kg bujang, kemudian ke kampung sungai batu besi. jamuan sambutan makan malam dan perjumpaan bersama ahli kelab puncak di buat pada malam hari ketibaan. wartawan canada tersebut di tempatkan di resort damai park merbok.

lawatan tersebut juga di muatkan ke dalam akhbar news straits time keluaran bulan mei 2010 dengan 2 muka penuh akhbar. sila rujuk di blog http://kelabpuncak.blogspot.com. terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan kali ini...

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

WAKIL KE PROGRAM USAHAWAN ANJURAN WCC PENANG

TARIKH :24 APRIL 2010

KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN

WAKIL KE PROGRAM USAHAWAN ANJURAN WCC PENANG

dimaklumkan bahawa kelab puncak merbok telah menghantar 5 orang wakil wanita ke program ushawan. program tersebut adaah anjutan pusat kesedaran wanita pulau pinang.

tujuan program ini adaah untuk memberi gambaran dan penerangan kepada wanita dan ibu tunggal berkaitan peluang dan cara me
mbina kerjaya sendiri di samping mendapatkan pendapatan sampingan.


wcc ini lebih di kenalin dengan program kesedaran wanita serta program motivasi lain. ia banyak mededahkan kepada wanita tentang maklumat terkini serta berkaitan dengannya.


Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

LAWATAN DAN SUMBANGAN USM KE PUSAT GIAT ILMU KG BT BESI

TARIKH :18 APRIL 2010

KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENALAWATAN DAN SUMBANGAN USM KE PUSAT GIAT ILMU KG BT BESI

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK telah menerima kunjungan dan lawatan oleh Universiti Sains Malaysia. pihak USM jyga menyerahkan sumbangan RM 3,400.00 untuk bantuan untuk membeli alat pendengaran untuk seorang ibu miskin.

sumbanagn juga di berikan untuk membina dan menyiapkan rumah rasmi kelab sebanyak RM2,000.00. rumah tersebut adalah di bersebelahan dengan sungai merbok iaitu tapak perkhemahan dan summer kelab.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR "ANTI PENCEMARAN" DI HOSPITAL METRO SP

TARIKH :18 APRIL 2010

KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR "ANTI PENCEMARAN" DI HOSPITAL METRO SP

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK menerima jemputan rasmi menghadiri seminar "anti pencemaran" di hospital pakar metro sungai petanin kedah. program tersebut adalah anjuran ahli bersekutu kelab iaitu metro hoispital specialist dan lion cub sungai petani.

program berlangsung di bilik seminar hospital metro. program ini diadakan atas kesedaran dan tanggungjawab kepada alam sekitar yang kini do rosakkan sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi mengejar keuntungan semata-mata.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MESYUARAT/PERJUMPAAN MINGGUAN KELAB PUNCAK MINGGUAN

TARIKH :03 APRIL 2010

KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN MESYUARAT MINGGUNA KELAB PUNCAK MERBOK


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK sentiasa mengadakan perjumpaan dan mesyuarat mingguan. iaitu setiap malam jumaat atau di maklumkan setiap minggu. seringkali setiap wakil daripada cawangan di wajibkan hadir bagi melancarkan program yang diadakan setiap minggu dsan bulan.

kini, mesyuarat kerap diadakan pada malam hari. ini kerana kebanyakkan ahli kelab bekerja pada siang hari. hujung minggi atau malam hari sentiasa di aturkan pertemuan antara ahli kelab dan wakil cawangan.

di makumkan disini, sekiranya ada ahli yang mahu mengetahui perkembangan terkini dan perjumpaan terdekat, boleh menghubungi jawatankuasa kelab terdekat atau menghubungi mana-mana cawangan terdekat atau menghubungi nombor telefon tertera di aman web.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MENGHADIRI PROGRAM MESRA RAKYAT ANJURAN JASA DI UITM KEDAH

TARIKH :25 MAC 2010

KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MENGHADIRI PROGRAM MESRA RAKYAT ANJURAN JASA DI UITM KEDAH


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini telah di jemput menghadiri program mesra rakyat di uitm merbok kampus kedah. Program ini adalah anjuran JASA Kedah.

progr

am ini di mulakan dengan doa, ucapan perasmian, pemberian saguhati dan sumbangan kepada mereka-mereka yang terpilih. program dirasmikan oleh menteri uar bandar dan wilayah, dato seri shafie afdal.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR DARI KG CHEROK TOK KUN

TARIKH :14 MAC 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM MOTIVASI PELAJAR DARI KG CHEROK TOK KUN

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini telah mengadakan program bertajuk "penghayatan dan kesyukuran" khas untuk pelajar-pelajar dari kampung cherok tuk kun. program ini diadakan dengan kerjasama persatuan kebajikan nelayan pulau pinang (PIFWA). program di sertai lebih 40 orang pelajar. moderator utama ialah tuan hj romli bakar.

program ini diadakan di pusat giat ilmu kampung bujang. program khas berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang. pengisian program ini lebih kepada motivasi kepada pelajar agar berubah bagi menjamin masa depan yang cemerlang.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PAMERAN KELAB PUNCAK DI UITM MERBOK SEMPENA EKSPO SISWA 2010

TARIKH :03 hingga 06 MAC 2010

KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PAMERAN
KEAB PUNCAK DI UITM MERBOK SEMPENA EKSPO SISWA 2010

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini telah di jemput bersama-sama memeriahkan majlis ekspo siswa 2010 di uitm merbok. program ini diadakan bagi mendedahkan pelajar dalam bidang bidang perniagaan.

pelbagai jualan dan pameran termasuk dari swasta dan agensi kerajaan. majlis ini di rasmikan oleh Dato`Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir selaku timbalan menteri berkaitan. di iringi oleh pengarah uitm kampun prof. Dr. Zaleha.


majis ini berlangsung selama 4 hari. majlis di selangi program pada malam hari seperti ceramah agama, seni silat, seni lukis, wayang kulit dan lain-lain lagi. majlis di akhiri pada 12 malam akhir dengan pertunjukkan bunga api.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

SUMBANGAN KELAB PUNCAK MERBOK KEPADA WARGA EMAS

TARIKH :01 MAC 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERKARA : SUMBANGAN KELAB PUNCAK MERBOK KEPADA WA
RGA EMAS

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini telah telah mengadakam majlis ringkas pemberian bantuan kepadan warga emas.

ini bertujuan sedikit sebanyak membantu mereka meringankan beban harian. bantuan ini di laksanakan setiap bulan kepada mereka-mereka yang layak menerimanya. ini berikutan amanah perseorangan yang diberi tanggungjawab kepada kelab untuk tujuan tersebut. terima kasih di ucapkan kepada mereka-mereka yang teribat bagi menjayakan program ini.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”