Sunday, March 1, 2009

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA INDUK KELAB PUNCAK.

TARIKH : 25 FebruarI 2009 / 27 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA INDUK KELAB PUNCAK.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah bermesyuarat bersama jawatankuasa pysat giat ilmu kampung bujang dan pusat giat ilmu kampung sungai batu besi berkaitan penubuhan jawatankuasa induk yang di kenalai sebagai KELAB PUNCAK.

KELAB PUNCAK ini masih lagi sah pendaftarannya sejak 2004. Maka mesyuarat diadakan untuk memantapkan lagi kelab induk ini yang melalui penjanamaan semula untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang di rancangakan oleh ketiga-tiga gabungan pusat giat ilmu ini.
Sekian untuk makluman.

KERJA-KERJA MERATAKAN PASIR DI TAPAK GELANGGANG.

TARIKH : 25 FebruarI 2009 / 27 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA-KERJA MERATAKAN PASIR DI TAPAK GELANGGANG.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah melaksanakan kerja-kerja meratakan pasit di tapak gelanggang yang dicadangkan. Pihak kelab telah menyewa jentolak untuk tujuan tersebut. Kerja-kerja ini Berjaya dilaksanakan sehingga siapnya tapak tersebut dan tersedia untuk manjalankan aktiviti.
Sekian untuk makluman.

WIRING LAMPU DI GELANGGANG SILAT MINANGKABAU.

TARIKH : 23 FebruarI 2009 / 25 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
WIRING LAMPU DI GELANGGANG SILAT MINANGKABAU.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah melaksanakan kerja-kerja memasang wiring lampu di gelanggang silat minangkabau. Lampu tersebut di pasangkan disekeliling bahagian tersebut. Sebanyak 4 lampu kalimantang di letakkan di tempat tersebut.
Ini bertujuan untuk mencerahkan kawasan terbabit. Selain itu ini bertujuan untuk mencerahkan kawasan tersebut. Wiring itu dilaksanakan oleh fauzi baharuddin. Ini kerana latihan silat akan dilaksanakan pada waktu malam.
Sekian untuk makluman.

WIRING LAMPU DI MINI PERPUSTAKAAN DAN MINI MUZIUM.



TARIKH : 22 FebruarI 2009 / 24 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
WIRING LAMPU DI MINI PERPUSTAKAAN DAN MINI MUZIUM
.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah melaksanakan kerja-kerja memasang wiring lampu di mini perpustakaan dan mini muzium. Lampu tersebut di pasang di tengah-tengah antara kedua-dua bahagian tersebut.

Ini bertujuan untuk mencerahkan kawasan terbabit. Selain itu ini bertujuan untuk mengindahkan kawasan tersebut. Wiring itu dilaksanakan oleh rozaimi. Lampu hiasan tersebut menyala dengan tujuh warna.
Sekian untuk makluman.

BAIK PULIH PAGAR TANAMAN HERBA.


TARIKH : 21 FebruarI 2009 / 23 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
BAIK PULIH PAGAR TANAMAN HERBA.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih pagar taman herba yang rosak di ancam haiwan. Pagar Taman ini rosak akibat dilanggar haiwan terbabit.

Maka kerja-kerja baik pulih dilaksanakan. Malah pagar tersebut diganti dengan buluh sepenuhnya untuk melambangkan keasliannya. Pagar ini Berjaya disiapkan pada petang tersebut. Pagar ini bertujuan melindungi pokok-pokok yang di tanam. Tanaman herba ini amat tinggi nilainya serta banyak khasiatnya.
Sekian untuk makluman.

PENYUSUNAN AKHIR BUMBUNG MINI PERPUSTAKAAN.

TARIKH : 20 FebruarI 2009 / 22 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENYUSUNAN AKHIR BUMBUNG MINI PERPUSTAKAAN.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah mendapatkan atap daripada pusat giat ilmu sungai batu besi dalam usaha menyiapkan sepenuhnay bumbung mini perpustakaan yang tertangguh. Berikutan itu, kerja-kerja penyusunan akhir dilaksanakan.

Kerja-kerja tersebut dilaksanakan pada puncak bumbung yang tidak sempat disiapkan pada awal pembinaan yang lalu. Akhirnya, mini perpustakaan yang tidak seberapa ini dapat disiapkan sepenuhnya bermotifkan traditional.
Sekian untuk makluman.

PENANAMAN POKOK HERBA JENIS MAHKOTA DEWA.

TARIKH : 19 FebruarI 2009 / 21 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENANAMAN POKOK HERBA JENIS MAHKOTA DEWA.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah membeli dan menanam sejenis pokok herba yang berkualiti tinggi yang di kenali sebagai mahkota dewa. Pokok ini dipercayai berasal dari Indonesia. Pokok ini di tanam di taman herba milik kelab.

Dipercayai pokok ini mempunyai pelbagai khasiat dan berpotensi tinggi sebgai enawar kepada pelbagai penyakit. Tujuan pokok ini di tanam disini adalah untuk pengenalan kepada pelajar dan kanak-kanak tuisyen. Selain itu, disini juga penyelidikan berkaitan kesesuain tanah juga dilakukan.
Sekian untuk makluman.

PENYUSUNAN BUKU RUJUKAN DI MINI PERPUSTAKAAN.

TARIKH : 17 FebruarI 2009 / 19 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENYUSUNAN BUKU RUJUKAN DI MINI PERPUSTAKAAN.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah melaksanakan satu langkah baru dalam usaha pembangunan akedemi kanak-kanak dan pelajar tuisyen. Kerja-kerja memasukkan buku dan penyusunan telah di laksanakan. Kerja-kerja inijuga di bnatu oleh para pelajar pusat giat ilmu disini.


Pelbagai buku di letakkan disini termasuklah buku rujukan upsr, pmr dan spm. Selain itu buku-buku lain juga terdapat disini seperti buku kartun, majalah hiburan, dokumentari, buku cerita bahasa melayu, buku cerita bahasa inggeris, buku cerita bersiri, surat khabar dan lain-lain lagi.

Buku-buku dan majalah disini adalah daripada sumbangan pihak USM, korporat serta individu perseorangan yang lain. Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembangunan ini. Sesiapa yang berminat untuk mnderma buku boleh;ah berbuat demikian dengan menghubungi pihak kelab.

Sekian untuk makluman.

KERJA-KERJA MERATAKAN TANAH DI PUSAT TARBIYAH.

TARIKH : 15 FebruarI 2009 / 17 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA-KERJA MERATAKAN TANAH DI PUSAT TARBIYAH.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama dengan ahli majlis mesyuarat kelab telah sama-sama member kerjasama dalam pembangunan pusat tarbiyah. Ini kerana aktiviti keagamaan dan keilmuan untuk kanak-kanak di laksanakan disini.

Terbaru, kerja-kerja meratakan tanah telah dilaksanakn dan di selia oleh pihak jemaah pusat tarbiyah bersama dengan ahli kelab. Tanah tersebut di beli dengan menggunakan sumbangan orang ramai dalam membangunkan bangunan tersebut.

Sekian untuk makluman.

PEMBELIAN PASIR UNTUK GELANGGANG SILAT DI KELAB BELAU.

TARIKH : 13 FebruarI 2009 / 15 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMBELIAN PASIR UNTUK GELANGGANG SILAT DI KELAB BELAU.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK melaksanakan pembelian satu lori pasir (lori besar) untuk kegunaan di gelanggang silat. Oleh kerana lori tersebut terlalu besar, maka pasir tersebut telah di letakkan di luar kawasan terbabit.

Maka dengan ini kerja-keja pemindahan pasir ke tempat yang di rancangkan akan di laksanakan kemudian. Sebarang makluman kaan di maklumkan kemudian.

Sekian untuk makluman.