Wednesday, June 10, 2009

VIDEO: program tanam bakau anjuran Sahabat alam Malaysia (SAM) & Kelab Puncak Lembah Bujang ...


video memaparkan program menanam benih pokok bakau di sekitar pesisir sungai merbok. program ini disertai ahli sahabat alam, fasilitator program, sukarelawan, pelajar universiti, ajk kelab puncak, penduduk kampung, aktivis serta kanak-kanak tuisyen yanbg menyertai program ini. aktiviti ini adalah lanjutan dalam program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan paya bakau anjuran sahabat alam malaysia (SAM) dan kelab puncak lembah bujang (Kelab Puncak) di kampung sungai batu besi merbok. program ini menanamlkan rasa sayangkan hutan paya bakau serta sungai yang memberi rezeki kepada manusia serta berkhidamat untuk hidupan. selain dapat mempertahankan warisan hutan serta kepentingan ekosistemnya nya, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara NGO dan penduduk setempat....

SEKITAR PROGRAM SAM BERSAMA KELAB PUNCAK DI SG BATU BESI MERBOK ...



di antara gambar-gambar asing yang sempat di rakamkan semasa program sabahat alam malaysia dan puncak sebelum kehabisan bateri. tengok budak-budak ni syok habis, nama saja budak kampung...tapi tak tinggai tepi laut...tu yang perak buih sikit tue....





ada yang memandai-mandai pi kayuh perahu tengah-tengah sungai. tak penah try...mai sini jumpa pakat nak kayuh perahu la pulak..naib baik tak dak apa-apa.... yang menjala ikan waktu malam pun ada. udang-undang yang dapat tue berjaya di goreng bersama mee hun pada pagi esoknya untuk santapan di raja bersama....












ada yang sempat posing lagi..ambik port baik untuk buat kenangan. untuk makluman.....ini kali pertama program tersebut diadakan berkaiatan hutan paya bakau. tak penah la pulak budak-budak ni terjun dalam paya bakau. harap-harap lepas ni SAM buat programn lagi kot. biaq satu kampung turun dalam paya bakau ....

PERKHEMAHAN DI TEPI SUNGAI KAMPUNG BATU BESI ...



sempena program kelab puncak bersama sahabat alam malaysia tersebut dan program untuk kanak-kanak yang dilaksanakan, pameran berkaitan juga di buat. dimana 2 buah khemah besar dididirikan untuk tujuan tersebut termasuk dewan makan.





untuk makluman, sepanjang program tersebut berlangsung ( 4hari), program camping juga di lakukan. iaitu sekitar 2 hari program kesedaran untuk kanak-kanak tuisyen itu pada 31 haribulan malam. maka, bergotong royong lah kanak-kanak tersebut besama fasilitatot masing-masing mendirikan khemah untuk bermalam.












di sini, pihak kelab belau mewakili seluruh cawangan pusat giat ilmu di bawah naungan kelab puncak lembah bujang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sahabat alam malaysia serta sukarelawan yang terlibat di dalam menjayakan program pemuliharaan dan pemelihraan hutan bakau di sungai merbok kedah...

PROGRAM BERSAMA SAHABAT ALAM MALAYSIA ...

seperti makluman terdahulu berkaitan program kelab puncak bersama sahabat alam malaysia yang mengadakan program berkaitan di pusat giat ilmu kampung batu besi. dimana program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan. program tersebut anjuran sahabat alam malysia bersama aktivis dan sukarelawan.










program yang diadakan juga adalah berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau. dimana kanak-kanak disini di bimbing berkaitan perkara berkenaan berserta program riadah lain seperti motivasi, latihan dalam kumpulan, tazkirah dan lain-laian program pendidikan lain...




PROJEK LAGI : MENAIK TARAF BANGUNAN MINI PERPUSTAKAAN KELAB BELAU ...


di waktu ini satu lagi projek tajaan kelab sedang di bangunkan. iaitu dengan dengan menaik taraf bangunan mini perpustakaan antik yang sedia ada. bangunan yang ada kini hanya berbumbungkan atap dan kanvas. dengan sedikit sumbangan yang ada, maka bangunan ini akan di naik taraf.
walau bagaimanapun keaslian asal bangunan mini perpustakaan di kekalkan. ini kerana, seluruh pusat tuisyen di bawah naungan kelab puncak iaitu pusat giat ilmu bujang dan sungai batu besi masing masing telah memiliki bangunan pepustakaan tersendiri,maka di kg belau bangunan tersebut masih dalam proses pembangunan. semoga usaha tersebut berjaya....




PROJEK: PEMBANGUNAN 2 TUISYEN -TERATAK BELAU


wajah baru bangunan tuisyen ke 2 milik kelab yang di namakan teratak belau. bangunan ini yang dahulunya keseluruhan buluh telah juga di naik taraf kepada zink. projek lain bersebelahan juga sedang di bangunkan secara berperingkat




PROJEK : NAIK TARAF BANGUNAN 1 TUiSYEN

gambaran sebenar bangunan tuisyen 1 - teratak huzamir setelah selsai proses naik taraf. di mana bumbung lama jenis kanvas telah digantikan dengan zink.



terima kasih di ucapkan kepada mereka-mereka serta waris yang terlibat dalam menjayakan pembangunan di pusat giat ilmu ini...