Sunday, February 22, 2009

MEMBINA PERPUSTAKAAN MINI DI KELAB BELAU.

TARIKH : 12 FebruarI 2009 / 14 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MEMBINA PERPUSTAKAAN MINI DI KELAB BELAU.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama pelajar tuiysen telah memulakan kerja-kerja untuk menyiapkan perpustakaan mini untuk pelajar. Perpustakaan mini ini terletak bersebelahan dengan mini muzium padi. Oleh kerana budget kewangan telah digunakan untuk menyiapkan bangunan tuisyen fasa 3, dan baki yang ada akan di gunakan untuk projek fasa 4.

Maka dengan cara yang ada, langkah berikut di laksanakan. Kayu-kayu dan peralatan terpakai di gunakan untuk menyiapkan juga bangunan mini perpustakaan ini. Bangunan ini bina dengan seunik-uniknya untuk menyimpan buku. Di sekitanya juga di sediakan kerusi dan bangku meja serta pelantar untuk pelajar melakukan study group. Daya kreativiti dan inovasi di gunakan untuk menyiapkan projek ini.

Sekian untuk makluman.

PERJUMPAAN KUMPULAN GENDANG DI GUAR CHEMPEDAK.

TARIKH : 11 FebruarI 2009 / 14 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERJUMPAAN KUMPULAN GENDANG DI GUAR CHEMPEDAK.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK melalui perwakilan telah bersama-sama ahli majlis mesyuarat penasihat kelab pergi ke perjumpaan kumpulan gendang silat di guar chempedak, yan. Perjumpaan ini bertempat di rumah orang kuat gendang silat kedah (pakar buat gendang).

Lebih dari 50 orang berkumpul disini. Semuanya datang dari pelbagai pelosok daerah. Antaranya dari teloi, yan, alor setar, pendang,penang dan lain-lain yang mempunyai minat yang sama. Setiap wakil dan kumpulan akan di beri peluang untuk melakukan pertunjukkan alunan kompang sendiri.

Sekian untuk makluman.

KERJA PEMBERSIHAN TAPAK GELANGGANG SILAT DI KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 11 FebruarI 2009 / 14 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA PEMBERSIHAN TAPAK GELANGGANG SILAT DI KAMPUNG BELAU MERBOK.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di tapak yang di kenal pasti untuk di jadikan gelanggang silat minangkabau iaitu di sebelah rumah rosidi/fauzi baharuddin. Hutan bersebelahan (milik tuan rumah) adalah sesuai memandangkan jauh dari kawasan perumahan lain.

Kerja-kerja tersebut juga akan menggunakan jentolak/back hoe untuk memudahkan dan mencepatkan lagi kerja-kerja pembersihan tersebut. Langkah ini merupakan langkah permulaan sebelum kerja-kerja timbunan pasir di lakukan.
Sehubungan itu, sesiapa yang kelapangan adalah dialu-laukan untuk menyertai tujuan tersebut. Semoga kerja-kerja kita mendapat berkat Allah swt.

Sekian untuk makluman.

MAKLUMAN GOTONG-ROYONG SAPU LANTAI BANGUNAN TUISYEN FASA – 3 PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 10 FebruarI 2009 / 14 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAKLUMAN GOTONG-ROYONG SAPU LANTAI BANGUNAN TUISYEN FASA – 3 PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK akan melaksanakan kerja-kerja menyapu lantai bangunan tuisyen baru yang di naik taraf fasa 3. Oleh kerana bangunan baru itu agak luas, maka penambahan lantai perlu di laksanakan dan di siapkan.

Maka pihak kelab berpendapat perlu melaksanakan kerja gotong-royong sesame ahli kelab dan ahli mesyuarat kelab serta waris pelajar. Perkara ini juga pernah di laksanakan pada awal tahun yang lalu semasa pembukaan kelab. Ini akan mengeratkan lagi hubungan sesame ahli kelab dan waris keluarga. Kerja-kerja ini akan di laksanakan pada malam selasa 10/02/2009, selepa isyak.

Sehubungan itu, sesiapa yang kelapangan adalah dialu-laukan untuk menyertai tujuan tersebut. Semoga kerja-kerja kita mendapat berkat Allah swt.

Sekian untuk makluman.

WAJAH BARU BANGUNAN TUISYEN-FASA 3

INI DIA....
bangunan tuisyen baru untuk pelajar. dahulunya hanya bangunan bertiangkan buluh dan di kenali sebagai teratak buluh. kini telah bertukar wajah kepada bangunan yang lebih baik. terima kasih atas semua yang terlibat terutamanya En. Pisol dan keluarga atas sumbangan untuk bangunan tersebut.
kini teratk ini dengan rasminya di namakan sebagai teratak belau.
teratak huzamir ( bangunan pertama) akan di laksanakan pembaharuan dalam projek fasa 4. terima kasih semua dari kelab belau...








Wednesday, February 11, 2009

HIMPUNAN DOA...

Tuesday, February 10, 2009

MEMBINA DAN MEWUJUDKAN MINI MUZIUM PADI DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK

TARIKH : 07 FebruarI 2009 / 11 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MEMBINA DAN MEWUJUDKAN MINI MUZIUM PADI DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK

-----------
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama AJK kelab dan pelajar –pelajar tuisyen telah sama-sama bergotong-royong untuk mewujudkan sebuah Mini Muzium Padi di Pusat Giat Ilmu Kampung Belau Merbok. Tempatnya terletak bersebelahan tapak mini perpustakaan kelab.
Mini muzium padi ini menempatkan barang-barang dan bahan yang di gunakan untuk kerja-kerja sawah. Antaranya sisir besi, penggiling sawah, basikal tua, basikal mini lama, sangkar burung buluh, tempayan lama, periuk tanah, tempayan air lama, batu penumbuk, kukur kelapa, cupak beras,kok kerbau dan lain-lain.
-----------
Ini bertujuan untuk pameran kepada anak-anak dan pelajar tuisyen tentang latar belakang kelurga serta pekerjaan utama masyarakat disini yang nbergantung kepada penanaman padi. Ini kerana peralatan tersebut kian pupus dan di lupakan kesan perkembangan teknologi semasa yang lebih moden

MESYUARAT BERSAMA PUSAT GIAT ILMU BUJANG & BATU BESI

TARIKH : 04 FebruarI 2009 / 08 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MESYUARAT BERSAMA PUSAT GIAT ILMU BUJANG & BATU BESI







Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah bermesyuarat bersama ahli dan jawatankuasa pusat giat ilmu kampung bujang dan pusat giat ilmu kampung sungai batu besi di rumah Tn. Hj. Romli. Mesyuarat ini pertama kali diadakan dalam sejarah penubuhan kelab.

Mesyuarat ini membincangkan hubungan antara ketiga-tiga pusat giat ilmu. Di sini turut mebincangkan untuk menubuhkan satu badan induk bertaraf NGO sebagai hubungan kerjasama serta untuk memantapkan lagi aktiviti sesama kelab. Langkah ini juga akan mengeratkan hubungan antara ahli dan AJK antara kampung.
Usaha tangga kejayaan...........

Sekian untuk makluman.

Sunday, February 8, 2009

BAHAYA!!! anda mungkin telah minum CARLSBERG!!


Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM....

MACAM MANA NAK DAPAT HASANAH......

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.


5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Doa.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

Saturday, February 7, 2009

SEKOLAH: TERKENANG KENANGAN YANG TERINDAH.....

budak2 yg lahir pd thn 80'an mesti ingat mase skola rendah dulu:
(dah besaq da rupenyer kita nie)

kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.

kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.
Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, kesatria baja hitam, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. doraemon sampai la nie...
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent.


(bahasa yg di gunakan adalah bahasa rojak/SMS)

Monday, February 2, 2009

KEMPEN BELAJAR MEMBACA...


kempen belajar membaca. ada kalangan kita yang baca pun tak berapa nak reti lagi. tak tau pasai apa. bagi pelajar tuisyen, jangan dok segan baca. nak ilmu...kena banyak membaca. ilmu tak mai bergolek macam tue ja..kena usaha....

kalau tak tau baca..kena belajaq. kita ada tuisyen free setiap minggu. kita ada buku ngan perpustakaan mini sendiri.kalau hangpa sefan jugak..tak tau la nak buat macam mana. orang pun bagi buku kat kita, kalau tak baca..sapa nak baca. blajaq la rajin-rajin..kalau tak tau tanya....

FOTO: gotong royong naik taraf bangunan tuisyen fasa 3 di kelab belau...

gotong-royong membangunkan dan menaik taraf bangunan tuisyen bagi fasa 3. projek ini di sertai oleh ahli kelas dan waris termasuk pelajar tuisyen. pembangunan ini di ketui oleh pakar tukang abg awg jamaluddin.