Saturday, August 16, 2008

WIKIMAPIA DI BLOG KELAB


dengan ini pihak kelab telah memasukkan link wikimapia di blog kelab. wikimapia tersebut memaparkan peta sebenar (pandangan atas) peta dunia. tujuan wikimapia ini di link bersama blog kelab adalah bertujuan bagi ahli kelab dan pelajar yang melayari blog untuk menggunakan wikimapia tersebut.
wikimapia juga dapat menunjukan secara jelas plan, jalan ataupun bentuk geografi muka bumi secara detail. logo link tersebut seperti yang di paparkan pada gambar diatas dan pada blog kelab.

sekian untuk makluman.

LAWATAN KE PUSAT GIAT ILMU KG BELAU




Satu rombongan daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan kuala lumpur akan mengadakan lawatan ke pusat giat ilmu lembah bujang, pusat motivasi batu besi dan pusat giat ilmu kampung belau merbok. rombongan tersebut terdiri daripada sebuah bas dan di sertai oleh bekas kakitangan USM dan swasta yang telah bersara. tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat aktiviti kelab sekitar kawasan merok.
Rombongan tersebut juga akan mengadakan program bantuan buku dan pakaian di pusat giat ilmu kampung belau merbok.
butiran adalah seperti berikut :
hari : sabtu
tarikh : 23/08/2008
waktu : tengahhari
tempat: pusat giat ilmu kampung belau merbok
pihak kelab & ahli penasihat kelab mengalu-alukan lawatan tersebut