Monday, February 2, 2009

KEMPEN BELAJAR MEMBACA...


kempen belajar membaca. ada kalangan kita yang baca pun tak berapa nak reti lagi. tak tau pasai apa. bagi pelajar tuisyen, jangan dok segan baca. nak ilmu...kena banyak membaca. ilmu tak mai bergolek macam tue ja..kena usaha....

kalau tak tau baca..kena belajaq. kita ada tuisyen free setiap minggu. kita ada buku ngan perpustakaan mini sendiri.kalau hangpa sefan jugak..tak tau la nak buat macam mana. orang pun bagi buku kat kita, kalau tak baca..sapa nak baca. blajaq la rajin-rajin..kalau tak tau tanya....

FOTO: gotong royong naik taraf bangunan tuisyen fasa 3 di kelab belau...

gotong-royong membangunkan dan menaik taraf bangunan tuisyen bagi fasa 3. projek ini di sertai oleh ahli kelas dan waris termasuk pelajar tuisyen. pembangunan ini di ketui oleh pakar tukang abg awg jamaluddin.










KENDURI KESYUKURAN PERNIAGAAN

TARIKH : 30 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KENDURI KESYUKURAN PERNIAGAAN


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama Ahli Majlis Mesyuarat kelab telah bersama-sama jemaah pusat tarbiyah islam kampung belau telah memeriahkan majlis kenduri kesyukuran pada malam jumaat lalu.

Kenduri ini di kendalikan oleh seorang ahli kelab yang telah Berjaya memulakan perniagaan proses ayam daging di kampung belau. Sejak pembukaannya, perniagaan semakin maju dan mendapat sambutan. Berikutan itu beliau membuat kenduri sebagai tanda kesyukuran.
Usaha tangga kejayaan...........

Konvoi Rombongan : program ceramah isu Palestine/ Pejuang Hamas si di Stadium Suka Menanti, Alor Star.

TARIKH : 26 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
Konvoi Rombongan : program ceramah isu Palestine/ Pejuang Hamas si di Stadium Suka Menanti, Alor Star.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama Ahli Majlis Mesyuarat kelab telah bersama-sama mengadakan rombongan ke stadium suka Menanti Alor Star, Kedah. Seramai 14 orang menyertai konvoi tersebut terdiri dari van dan kereta.
Ceramah ini mendedahkan isu semasa berkaitan Negara islam Palestine. Majlis ini juga di sertai oleh M.B kedah,exco, wakil Yayasan amal Malaysia serta wakil pejuang hamas. Di sini juga di lancarkan derma untuk gaza.

BERSAMA KEICARMANIA : program membakar dan memakan haiwan di Hutan Lipur Tupah terlampau, Merbok.

TARIKH : 26 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
BERSAMA KEICARMANIA : program membakar dan memakan haiwan di Hutan Lipur Tupah terlampau, Merbok.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah menghadirkan diri bersama kelab keicarmania.com di dalam program perjumapaan/toot`s di hutan lipur tupah. Program tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab kereta kompak tersebut. (Malaysian compact community).








Lebih dari 30 buah kereta menyertai program kali ini. Program ini merangkumi membakar ayam dan ikan serta berkelah beramai-ramai antara ahli kelab. Cuti umum (hari raya cina) ini di gunakan sebagai aktiviti berfaedah.

SUMBANGAN BOLA UNTUK KANAK-KANAK.

TARIKH : 20 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SUMBANGAN BOLA UNTUK KANAK-KANAK.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah menggunakan tabung kelab dari sumbangan untuk memberi/membeli bola untuk kanak-kanak kampung yang ingin bermain bola pada setiap petang.
Ini atas dasar aktiviti berfaedah untuk kanak-kanak termasuk peajat tuisyen dari pusat giat ilmu ini. Aktiviti menyihatkan ini harus di sokong agar mereka dapat menanam sikap bersukan. Selain menyihatkan badan, aktiviti ini mencerdaskan otak.

badan sihat..otak cerdas....


KERJA MENAIK-TARAF BANGUNAN TUISYEN KELAB BELAU.

TARIKH : 19 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA MENAIK-TARAF BANGUNAN TUISYEN KELAB BELAU.

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf bangunan tusiyen untuk kelab belau sedang dilaksanakan di pusat giat ilmu kampung belau di bawah pengurusan kelab pendidikan, sukan dan kebajikkan kampung belau merbok.
Perlaksanaan ini selaras dengan pelan yang di kemukakan berkaitan projek naik taraf bagi fasa 3. Projek ini dilaksanakn secara gotong royong mengikut kelapangan yang ada. Walau bagaimanapun, barang keprluan yang di perlukan telah siap di sediakan dengan menggunakan sumbanagn peruntukkan yang ada.

Kesulitan amat di kesali....