Sunday, December 21, 2008

CADANGAN PROJEK NAIK TARAF (FASA) DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 14 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CADANGAN PROJEK NAIK TARAF (FASA) DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama penaung kelab dan ahli kelab puncak berkaitan untuk menaik taraf pusat tuisyen kampung belau merbok. Ini adalah kerana bangunan tuisyen yang di bina sejak bulan april yang lalu perlu di baiki.
Ini adalah kerana bumbung kanvas sudah kelihatan rosak dan bocor. Selain itu alang buluh yang di gunakan juga menunjukkan tanda-tanda reput. Maka, perbincangan tersebut telah membuat ketetapan untuk mengendalikan kertas kerja berperingkat (FASA) untuk membangunkan secara teratur.
FASA 1 – tandas pusat tuisyen
FASA 2 –bangunan perpustakaan dan ruang perbincangan
FASA 3-menaik taraf bangunan tuisyen ke 2 (teratak buluh)
FASA 4-menaik taraf bangunan tusiyen 1 (teratak huzamir)


***SEMOGA USAHA KITA DI BERKATI..........

IRINGAN SAMBUTAN KAWAD TAMAT LATIHAN DI PORT DICKSON


TARIKH : 13 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
IRINGAN SAMBUTAN KAWAD TAMAT LATIHAN DI PD.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama wakil telah sama-sama ke port Dickson, negeri Sembilan. Ini adalah mengiringi pak lang abdul hamid (tunas harapan-persatuan seni silat minagkabau) ke kem sri rusa sempena perbarisan tamat latihan perajurid muda sesi 2008. 5 orang telah kesana dan pulang dengan selamat.
Diharapkan perkara seperti ini akan diteruskan untuk sama-sama mengeratkan silaturrahim disamping dapat menjalankan aktiviti konvoi/rombongan berfaedah.








LAWATAN TIDAK RASMI KE PUSAT TUISYEN KAMPUNG BATU BESI.

TARIKH : 11 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN TIDAK RASMI KE PUSAT TUISYEN KAMPUNG BATU BESI.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama wakil telah sama-sama ke pusat tuisyen kampung sungai batu besi di pengkalan bujang. Lawatan ini sempena majlis korban yang diadakan disini.
Disini juga lawatan turut melihat pusat tuisyen terapung, surau, kolam ikan dan jeti bot. Disini tuisyen percuma juga dijalankan. 3 pusat tuisyen utama dimerbok ini bergabung sama-sama untuk memberi sumbangan terbaik kepada warga kampung.
Diharapkan perkara seperti ini akan diteruskan untuk sama-sama mengeratkan silaturrahim disamping dapat menjalankan aktiviti konvoi/rombongan berfaedah.