Tuesday, November 18, 2008

MESYUARAT KHAS UNTUK PROGRAM KESIHATAN DAN SAINS ANJURAN USM DI KAMPUNG BELAU MERBOK

TARIKH : 09 NOVEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MESYUARAT KHAS UNTUK PROGRAM KESIHATAN DAN SAINS ANJURAN USM DI KAMPUNG BELAU MERBOK












Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU dan warga kampung belau di beri tanggungjawab untuk menganjurkan dan menguruskan program kesihatan dan sains untuk masyarakat kampung belau PADA 15/1/2008 dan sekitarnya bertempat di tanah lapang berhadapan pusat tarbiyah islam kampung belau. Mesyuarat ini diadakan bagi melicinkan system pengurusan dan pentadbiran pada hari tersebut kerana program ini julung-julung kalinya diadakan di kampung belau.
SEMUA AHLI/AJK/BIRO ADALAH WAJIB HADIR SEBAGAI MEMEGANG TANGGUNGJAWAB INI BERSAMA. BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:

HARI: SELASA MALAM RABU
TARIKH: 11 NOVEMBER 2008
TEMPAT: PUSAT TUISYEN KG BELAU

SAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM KITA BERSAMA,,,,,,,,,,,,,,

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

LAWATAN DARI USM (PUSAT SEJAHTERA), PERHUBUNGAN AWAM, PUSAT RACUN NEGARA DAN CETREE KE PUSAT GIAT ILMU KG BELAU

TARIKH : 07 NOVEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN




Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah menerima lawatan daripada USM iaitu dari Pusat Sejahtera (pusat kesihatan dan pergigian), pejabat perhubungan awam USM, Pusat racun Negara dan CETREE ke pusat giat ilmu kampung belau merbok.














Semasa lawatan tersebut di lakukan, mesyuarat telah diadakan antara pihak USM dan Kelab pendidikan, sukan dan kebajikan kampung belau merbok bersama ahli majlis penasihat kelab.















Dalam mesyuarat tersebut, pihak USM bercadang unuk mengadakan program khidmat masyarakat di kampung belau. Program tersebut akan dinamakan sebagai program kempen kesihatan dan sains untuk masyarakat anjuran bersama kelab. Butiran perjumpaan tersebut adalah seperti berikut:
















HARI: JUMAAT
TARIKH: 07 NOVEMBER 2008
TEMPAT: PUSAT TUISYEN KG BELAU

SAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM KITA BERSAMA,,,,,,,,,,,,,,

PERBINCANGAN CADANGAN PEMBINAAN TANDAS DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK UNTUK PELAJAR TUISYEN

TARIKH : 02 NOVEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN

PERBINCANGAN CADANGAN PEMBINAAN TANDAS DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK UNTUK PELAJAR TUISYEN
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama waris pelajar dan pengasas kelab (kelab puncak lembah bujang) telah mengadakan perbincangan mengenai draf awal untuk membina tandas di pusat giat ilmu kampung belau merbok. Ini bertujuan untuk kemudahan pelajar. Ini selaras dengan peningkatan pelajar di pusat tuisyen ini.
Cadangan yang di kemukakan adalah untuk membina 3 unit tandas. 2 unit untuk pelajar lelaki dan perempuan. Manakala yang satu lagi adalah untuk tetamu vip/oku. Cadangan draf ini akan di kemukakan kepada pihak asian-pasific-organisation untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.
Maka pihak kelab akan menyediakan pelan dan langkah kerja-kerja spesifikasi untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, langkah ini adalah peringkat permulaan. Diharapkan dapat berjalan dengan lancar. Semoga langkah dan usaha tersebut Berjaya.

SEKIAN, UNTUK MAKLUMAN................

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”