Tuesday, April 14, 2009

GOTONG ROYONG DI PUSAT GIAT ILMU SUNGAI BATU BESI.

TARIKH : 01 APRIL 2009 / 5 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
GOTONG ROYONG DI PUSAT GIAT ILMU SUNGAI BATU BESI.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama kelab puncak akan melaksanakan gotong-royong mengubahsuai pelantar terapung di pusat giat ilmu batu besi. Ini berikutan lawatan VIP yang di cadangkan pada minggu akan datang.

Selain itu, gotong royong ini juga akan mengubahsuai serta mengalihkan papan sedia ada kepada lebih teratur. Cadangan pembinaan bilik rehat/chalet juga di buang bagi memperbesarkan ruang tengah pelantar tersebut.
BUTIRAN:
HARI: SABTU
TARIKH: 04/04/2009
JAM : 10:00 PAGI HINGG 1:00 PETANG
TEMPAT: PELANTAR TUISYEN SUNGAI BATU BESI

Sekian untuk makluman.

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBELIAN PERKAKASAN PROJEK FASA 4.

TARIKH : 23 MAC 2009 / 25 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMBELIAN PERKAKASAN PROJEK FASA 4.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK sedang melaksanakan pembelian perkakasan barangan kayu kayan dan bumbung untuk projek fasa 4 iaitu menaik taraf bangunan tuisyen teratak huzamir. Pembelian akan di laksanakan secara berperingkat bergantung kepada keadaan.

Sebagai makluman, modal yang di gunakan adalah lebihan daripada projek fasa 3 (teratak belau) sumbangan wakaf en. Fisol dan keluarga. Projek naik taraf ini di lakukan atas sebab kerosakkan bumbung yang semakin terkoyak dan rosak. Sebagai makluman berkaitan gotong royong untuk menyiapkannya akan di maklumkan kemudian.

Sekian untuk makluman.

JEMPUTAN KE MAJLIS KEBAJIKAN ANJURAN KELAB SUNGAI PETANI.

TARIKH : 21 MAC 2009 / 24 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN KE MAJLIS KEBAJIKAN ANJURAN KELAB SUNGAI PETANI.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK BERSAMA KELAB PUNCAK LEMBAH bersama-sama pelajar pusat giat ilmu Kampung Belau Merbok, Kampung bujang dan ungai Batu Besi telah menghadirkan diri di majlis penyampaian sumbangan kebajikan kepada pelajar miskin di kelab golf sungai petani.

Majlis tersebut adalah anjuran bersama kelab sungai petani, giant supermarket dan lion`s club. Dalam majlis ini, pihak penganjur menyampaikan sumbangan baucer kepada pelajar miskin sebagai aktiviti kebajikan mereka. Majlis tersebut dirasmikan olek y.B Dr. Hj. Hamdan Mohammed Khalib selaku exco kerajaan negeri kedah darul aman.
Sekian untuk makluman.

MEMBINA PAGAR UNTUK POKOK DUKUNG ANAK.

TARIKH : 17 MAC 2009 / 20 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MEMBINA PAGAR UNTUK POKOK DUKUNG ANAK.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama pelajar pusat giat ilmu Kampung Belau Merbok akan memulakan pembinaan pagar untuk pokok dukung anak tersebut untuk kajian.
ini kerana bagi mengelakkan gangguan haiwan. Kesesuaian bagi tanah tersebut juga masih dalam kajian dan perlukan perlindungan yang sempurna.

Sekian untuk makluman.

FOTO GALERI: PROGRAM QIAMULAIL

Alhamdulillah..kali pertama dalam sejarah program qiamulail berjaya dilaksanakan dengan pnyertaan kanak-kanak dan golongan dewasa di pusat tarbiyah kampung belau.
program yang julung-julung kali didaakan mendapat sambutan yang menggalakkan. kebanyakkan jemaah tidur di sini. program yang secara tidak langsung ini berjaya di laksanakan dalam suasana yang nyaman di kala dingin pagi.
tahniah untuk pelajar tuisyen yang sama-sama menyerjakan sulat sunat dan malan lain semasa program tersebut. semoiga kita mendapat keredhaan Allah swt. amin...