Saturday, January 10, 2009

MAKLUMAN "FESTIVAL MASYARAKAT LESTARI"


"FESTIVAL MSYARAKAT LESTARIANJURAN BERSAMA PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN TANJUNG DAWAI, PEJABAT DAERAH KUALA MUDA DAN PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG SUNGAI BATU BESI, MERBOK, KEDAH

DIADAKAN PADA:
tarikh: 10 januari 2008
hari : sabtu
masa: 8.30 pagi hingga 6.30 petang
tempat: perkarangan sungai kampung batu besi
-pelbagai acara sukan sungai dipertandingkan
-pelbagai pameran agensi kerajaan
-pemeriksaan kesihatan percuma
-pameran kereta solek/keicarmania
-pelbagai gerai jualan

FORUM PERDANA MAAL HIJRAH


---------- ---------- Di maklumkan bahawa satu ceramah perdana sempena tahun baru maal hijrah telah di adakan di perkarangan madrasah zubaidiyah, balai islam merbok kedah berdekatan kampung belau merbok.
FORUM : MAAL HIJRAH-MENGHADAPI CABARAN 1420 HIJRAH.
AHLI PANEL:
-PROF. MADYA DR. ABDUL AZIZ B, HANAFI (DEKAN FAKULTI SYARIAH KUIN)
-DATO` SHEIKH MUHAMMAD BADERUDIN B. HJ. AHMAD (DEKAN FAKULTI USULUDIN KUIN)
PENGERUSI:
-SHEIKH AHMAD FISOL B. HJ.OMAR (PEGAWAI AGAMA DAERAH KUBANG PASU)
QARI JEMPUTAN:
-USTAZ MUHAMMAD FAKHRU RAZI B. KAMARUDIN (JOHAN AKADEMI AL-QURAN TV 9)

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS PROGRAM DWI-BAHASA JUST DO IT OLEH GPMS UUM...


-------------SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK JAWANKUASA / URUSETIA GPMS CAWANGAN KHAS UUM ATAS USAHA GIGIH DALAM MENJAYAKAN PROGRAM DWI-BAHASA JUST DO IT KEPADA PELAJAR TUISYEN DARI PUSAT GIAT ILMU KG BUJANG, PUSAT GIAT ILMU SG BATU BESI DAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU.
DI HARAPKAN KERJASAMA INI TERUS TERJALAIN UNTUK PROGRAM AKAN DATANG. TAHNIAH ATAS KEJAYAAN INI.........













LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) YANG DI LAKSANAKAN SEMASA PROGRAM TERSEBUT.




















SEKITAR PROGRAM JUST DO IT ANJURAN GPMS UUM...


----------PROGRAM PERASMIAN...






----------CAMPING DI TAPAK PROGRAM......













-----------WAKIL GPMS SEDANG BERUCAP













GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN LANTAI PUSAT PROSES AYAM MILIK AHLI/BIRO KELAB DI KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 02 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN LANTAI PUSAT PROSES AYAM MILIK AHLI/BIRO KELAB DI KAMPUNG BELAU MERBOK.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dengan kerjasama ahli telah memberi bantuan secara gotong royong kepada seorang ahli/biro kelab yang sedang mengusahakan sebuah tapak memproses ayam di kampung belau merbok.

Pusat tersebut akan meNyediakan kerja asas pemprosesan ayam seperti pemyembelihan. Pusat ini di bina di tempat yang strategic. Diharapkan usaha ini akan member impak positif kepada semangat belia untuk menjadi usahawan.

Sekian untuk makluman.


PROGRAM “JUST DO IT” UNTUK PELAJAR TUISYEN.


TARIKH : 30 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM “JUST DO IT” UNTUK PELAJAR TUISYEN.
Dimaklumkan satu program motivasi cuti sekolah untuk pelajar tuisyen akan diadakan bertajuk “JUST DO IT” anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semalaysia cawangan Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Pusat Giat Ilmu Kampung Bujang, Pusat Giat ilmu Kampung Sungai Batu Besi dan Kampung Belau Merbok.
Program tersebut diadakan di Kampung Bujang. Pelbagai aktiviti bakal di anjurkan seperti edaran. Program tersebut diadakan selama 3 hari bermula 1 januari sehingga 3 januari 2009. Perasmiannya akan di sempurnakan oleh Yg. Bhg. Prof. Madya Dato` Dr. Faiz Ahmad, Timbalan Naib Canselor UUM dan Y.B Dr. Hj. Hamdan Mohammed Khalib, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Program tersebut bertujuan untuk menanam sifat semangat untuk belajar dikalangan pelajar luar Bandar. Ini kerana dengan pelajarannya sahaja yang boleh mengubah corak masa depan mereka dan keluarga pada masa akan datang. Rata-rata pelajar di kawasan ini berasal dari keluarga sudsah dan miskin. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah nelayan, penoreh getah, pesawah dan bekerja sendiri.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

JEMPUTAN KE JAMBORI UNIT AMAL PERINGKAT NEGERI KEDAH.

TARIKH : 19 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN KE JAMBORI UNIT AMAL PERINGKAT NEGERI KEDAH.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah mendapat jemputan unit amal kawasan merbok yang mengadakan jambori tahunan di Challet Sungai Merbok berdekatan dengan muzium arkeology lembah bujang batu pahat merbok dan pusat latihan khidmat Negara.










Beberapa ahli kelab (6 orang) dan ahli majlis mesyuarat kelab turut melawat tapak program jambori tersebut pada hari pembukaan dan pendaftaran. Program jambori tersebut di sertai oleh ahli unit amal diseluruh bahagian dan daerah negeri kedah darul aman.
Majlis perasmian pula di rasmikan oleh Y.B Dr. Hj. Hamdan Mohammed Khalib, ahli Exco kerajaan negeri kedah. Majlis tersebut diadakan setiap tahun pada mana-mana tempat tertentu, dan tahun ini diadakan di merbok. Unit amal adalah sebuah petubuhan yang menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan semasa berlakunya kecemasan seperti bencana alam, contohnya tanah runtuh, banjir, tsunami dan sebagainya...

Beramal kerana Allah.............

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

AUDIO SPEAKER KERETA DI CARNIVAL KELAB CINTA SAYANG SUNGAI PETANI.


TARIKH : 18 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
AUDIO SPEAKER KERETA DI CARNIVAL KELAB CINTA SAYANG SUNGAI PETANI.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah mendapat jemputan dari uti-audio sound track sungai petani untuk sama-sama memeriahkan program audio kereta di carnival kelab cinta saying sungai petani.