Sunday, September 14, 2008

PROJEK PAPAN TANDA/SIGN-BOARD DI PUSAT TUISYEN


Ingin di maklumkan bahawa pada pagi 12 september 2008, satu projek tidak rasmi telah dilaksanakan iaitu merekabentuk dan menyiapkan PAPAN SIGN-BOARD berdekatan bangunan pusat tuisyen kedua (teratak buluh) di pusat giat ilmu kampung belau merbok.
Dengan kerjasama pelajar-pelajar tuisyen, projek sign-board dilaksanakan pada pagi dan petang tersebut, sign-board ini di bina bagi menunjukkan arah kedudukan beberapa tempat atau projek disekitar kawasan pusat giat ilmu ini.
Antara SIGN-BOARD yang bina/buat adalah seperti tanda arah ke teratak buluh, taman herba, kolam mini ikan air tawar, pangkin rehat, toilet dan teratak huzamir. Diharapkan papan tanda/ signboard ini dapat menaikkan lagi seri kawasan pusat giat ilmu ini.

PROJEK KOLAM MINI IKAN AIR TAWAR DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.


Ingin di maklumkan bahawa pada pagi 11 september 2008, satu projek tidak rasmi telah dilaksanakan iaitu merekabentuk dan menyiapkan kolam mini ikan air tawar di sebelah bangunan pusat tuisyen kedua (teratak buluh) di pusat giat ilmu kampung belau merbok.
Dengan kerjasama pelajar-pelajar tuisyen, kolam mini tersebut Berjaya disiapkan sepenuhnya pada petang tersebut, kolam mini ini di bina kerana ada minat di kalangan pelajar pusat tuisyen untuk memancing. Oleh kerana tiada tempat untuk pemeliharaan, maka mini kolam tersebut di bina untuk mereka.
Antara jenis ikan air tawar/darat yang Berjaya dipancing dan diternak oleh pelajar terbabit adalah jenis sepsis haruan (curut/kedak), keli , puyu dan sepat (kedah/benua). Kolam mini ini direkabentuk (sangkar) didalam tali air/parit berdekatan pusat tuisyen.

KEMPEN TADARUS AL-QURAN SELEPAS TARAWIH

TARIKH : 08 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN


Ingin di maklumkan bahawa mulai pada 3 september 2008 yang lalu setiap malam telah diadakan majlis tadarus al-quran pada setiap kali selepas selesai solat sunat tarawih/ moreh. Majlis tersebut diadakan di pusat tarbiyah.
Majlis dan aktiviti tersebut diadakan bertujuan untuk mengimarahkan lagi suasana ramadhan al-mubarak ini. Majlis berlangsung setengah jam atau sejam setiap kali sesi. Majlis ini juga disertai oleh mereka yang arif dalam tajwid dan taranum bidang berkenaan (pelajar bidang arab dan al-quran).
Sementara itu, pihak kelab di alu-alukan untuk menambah ahli tadarus serta menyertai aktiviti tersebut. Sesiapa yang berminat dan kelapangan bolehlah sama-sama menghadiri majlis tersebut.

Monday, September 8, 2008

SELAMAT BERJUANG.......





SELAMAT BERJUANG & MENGHADAPI PEPERIKSAAN.........
kepada pelajar-pelajar bimbingan di pusat giat ilmu kampung belau merbok & pusat giat ilmu lembah bujang ....

pihak kelab mendoakan kejayaan anda dalam menghadapi peperiksaan ini...
Semoga dapat menjawab soalan dengan yakin dan dengan jayanya. doa kami bersama anda semua. hadapilah dengan tenang.................

Selamat menghadapi peperiksaan UPSR, PMR & SPM!!!

selamat berjaya.........

LAWATAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN NEGERI


terima kasih & penghargaan atas lawatan oleh pegawai perumahan kerajaan negeri kedah darulaman ke pusat tuisyen /pusat giat ilmu kampung belau merbok (kelab pendidikan,sukan dan kebajikan kg belau) & pusat giat ilmu lembah bujang (kelab pendidikan dan kebajikan puncak) pada pagi isnin (08/09/2008).

lawatan tersebut di sambut oleh Tn. Hj. Romli Abu Bakar selaku penaung kelab. lawatan tersebut juga turut mengunjungi pusat motivasi di tepi sungai batu besi (dengan kerjasama universiti sains malaysia, pulau penang). diharapkan lawatan tersebut dapat memberi makluman berkaitan aktiviti kelab kepada kerajaan negeri.

Sunday, September 7, 2008

LAWATAN TIDAK RASMI DARI USM DAN PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR ASING (HOLLAND) KE PUSAT GIAT ILMU DI KG BELAU MERBOK.

Ingin di maklumkan bahawa pada 6 september 2008 iaitu pada hari sabtu pagi yang lalu, satu lawatan tidak rasmi dari USM bersama program pertukaran pelajar asing dari Holland ke pusat giat ilmu kampung belau merbok. Kelas bahasa inggeris berjalan seperti biasa pada hari tersebut. Pihak pusat giat ilmu/ kelab KPSDK kg belau amat berbesar hati menerima kunjungan tersebut.






Kunjungan dan lawatan tersebut adalah Dr. Habibah bersama 2 pelajar PHD dari USM. Lawatan tersebut juga di ikuti bersama seorang pelajar (program pertukaran) daripada Holland/Belanda. Kunjunagn tersebut ditemani bersama Tn. Hj. Romli dan 2 pelajar dari lembah bujang. Lawatan tersebut turut member sedikit motivasi dan pengalaman kepada pelajar di pusat giat ilmu kg belau.
Sementara itu, pihak kelab juga menunjukkan projek baru iaitu taman herba dan mini perpustakaan.pihak kunjungan turut menyampai sumbangan untuk tujuan tersebut. Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

TUISYEN BULAN PUASA PUSAT GIAT ILMU DI KG BELAU

tuisyen dibulan puasa tetap diteruskan seperti biasa walaupun ada permintaan untuk cuti. atas menimbangkan keperluan semasa dan hari peperiksaan yang hampir, maka kelas tuisyen ditruskan seperti biasa. kehadiran agak kurang sedikit kerana hujan lebat sejak 2,3 hari.




Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau memaklumkan AKAN melaksanakan program bimbingan kelas tuisyen mingguan (bahasa inggeris & matematik) seperti BIASA pada bulan RAMADHAN ini pusat giat ilmu kg belau merbok.
Sukacita dimaklumkan Kelas Bimbingan tuisyen ini tiada perubahan dari segi jadual atau waktu kelas bermula. Ianya adalah sama sehingga hari raya. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
Terima kasih.
p/s : sila rujuk jadual edaran seperti biasa

***TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAT

SEPINTAS LALU PROGRAM BERSAMA KELAB JASA BUDI USM....

berikut di paparkan album gambar semasa program bersama kelab jasa budi universiti sains malaysia pulau pinang................


















program tersebut juga merupakan projek bantuan buku dan pakaian untuk pusat tuisyen cawangan kampung belau merbok. program disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Omar Osman. turut hadir adalah Prof. Dato` Dr. Amir dan Dr. Habibah. Kunjungan ini adalah bersama dengan jawatankuasa dan ahli kelab jasa budi USM bersama sebuah bas. program ini juga disertai oleh pelajar-pelajar dari universiti of california , san diego.
pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas lawatan dan kunjungan tersebut dan pihak kelab memohon maaf atas kekurangan yang ada semasa program tersebut berlangsung.

SEPINTAS LALU JALUR GEMILANG

sepintas lalu aktiviti yang di jalankan oleh kelab menyibarkan jalur gemilang di sekitar kampung belau













berikut dipaparkan beberapa gambar semasa program mengibarkan jalur gemilang di sekitar jalan kampung belau. program ini tamat pada pukul 12:30 pagi. hujan lebat turun pada permulaan program hingga akhir menyebabkan ahli kelab bertebaran. tapi semua bendera jalur gemilang berjaya di naikkan keseluruhannya.




Wednesday, September 3, 2008

pantun mufti.....


Tuesday, September 2, 2008

MERDEKA 51 & PUASA


SAMBUTAN MERDEKA & RAMADHAN AL-MUBARAK......

KEMPEN SOLAT TERAWIH.....

kelab menjemput ahli/biro dan jawatankuasa serta ahli majlis mesyuarat kelab untuk sama-sama mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak ini. di sini juga dialu-alukan untuk sama-sama bersolat sunat terawih.
setiap malam, solat terawih juga diadakan di pusat tarbiyah kampung belau yang diiamkan oleh ustaz berdekatan. moreh juga diadakan untuk menarik minat kanak-kanak dan pelajar untuk sama-sama beribadah di bulan ramadhan yang mulia ini.

TAMAN HERBA DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU





Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau membuat dan melaksanakan taman herba di pusat giat ilmu kampung belau. Taman herba ini mengandungi pokok dan tanaman herba hampir 30 jenis, seperti jarum tujuh bilah, lemban, sireh, tunjuk langit dan pelbagai lagi.
Taman herba berdekatan dengan pusat giat ilmu bangunan ke-2. Tujuan taman herba ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan pokok herba tersebut kepada pelajar. Tanaman ini juga akan dipertunjukkan kepada pelawat khususnya bagi mereka yang berminat dengan pokok herba tersebut.


***KENALI POKOK HERBA. SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA.
***SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBERI SUMBANGAN POKOK HERBA BOLEH LAH DISAMPAIKAN KEPADA PIHAK KELAB KPSDK KG BELAU MERBOK.

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM AUDIO KERETA DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN


















Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau memberi sokongan moral kepada salah seorang biro kelab (biro social dan kegiatan belia) yang menyertai pertandingan speaker audio kereta di village mall sungai petani.
Pihak kelab akan secara beramai-ramai akan ke tapak program tersebut (seperti gambar). Sementara itu juga, sambutan kemedekaan ke-51 di lakukan oleh pihak penganjur melalui demo bunga api.

BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:
HARI : SABTU ( 10.00 MALAM)
TARIKH: 30 OGOS 2008
TEMPAT : PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.


***KIBARKAN JALUR GEMILANG
***PERPADUAN TERAS KEJAYAAN