Sunday, July 17, 2011

laporan akhbar : Tunku Intan Safinaz rasmi Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum

ALOR SETAR - Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz baru-baru ini merasmikan Program Cintai Sungai Kita dan Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum yang diadakan di Sungai Batu Besi (Sungai Merbok), Sungai Petani.

Program itu dianjurkan oleh pihak pengurusan Menara Alor Setar dengan kerjasama Pertubuhan Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak serta badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir, program itu dianjurkan secara permuafakatan di antara agensi-agensi, badan-badan sukarela, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).

“Oleh itu, Menara Alor Setar mengambil inisiatif ini sebagai salah satu langkah mewujudkan suatu suasana yang sesubur mungkin agar semangat kasih sayang di antara kita dapat disemai dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, agama dan budaya,” katanya.

Beliau memberitahu, program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memupuk minat di kalangan masyarakat agar dapat berinteraksi dengan ikatan persahabatan dan perpaduan.

Hariyati menjelaskan, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menekankan penghayatan dan cinta kepada alam sekitar, khususnya untuk memelihara Sungai Merbok dan hutan bakau.

“Selain itu, program ini juga diharap mampu menyemai dan memupuk semangat kasih sayang serta toleransi di antara kaum melalui suatu program perkhemahan bagi kanak-kanak antara kaum dan antarabangsa,” ujarnya.

Tambahnya, antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah sukan air, perlumbaan perahu tangkul dan kayak serta aktiviti menanam anak-anak bakau di pinggir sungai.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib.

(akhbar sinar harian, berita harian dan the star)
-berita rtm tv1,tv3 dan tv9 jam 8.00 malam

PROJEK BARU KELAB: MEMBINA PONDOK GENDANG IRAMA PUNCAK BELAU DI SEBELAH GELANGGANG SILAT ...

kerja gotong royong di laksanakan di sertai olah AJK kelab serta tukang kayu


membuat binaan asas bangunan gendang. di mana binaan di buat menyeberangi anak sungai



di bawah pohon rambutan dan langsat didirikan bangunan traditional tersebut













cadangan binaan bumbung jenis minangkabau. ini kerana silat yang di pelajari adalah silat minangkabau.




latihan gendang di cadangkan di adakan di sini sempena malam latihan silat iaitu jumaat malam sabtu



LATIHAN SILAT MINANGKABAU DI BELAU ...

di kelolakan oleh guru silat pak lang abdul hamid dan pelajar lama silat.



ramai pelajar baru berdaftar masuk di gelanggang baru di pusat giat ilmu kampung belau


pelajar perempuan juga ada seramai enam orang di mana di asing ke gelanggang sebelah





di tempat ini juga di jadikan untuk latihan jika mana ada demontrasi dan jemputan persembahan







setiap jumaat malam sabtu jam 9.00 malam selepas solat isyak..