Saturday, March 26, 2011

KETEKUNAN BELAJAR ...



alhamdulillah, pada sesi kali ini pelajar tuisyen mula datang lebih awal. kelas yang bermula jam 9.45, tapi pelajar telah mula memenuhi bangunan tusiyen seawal jam 8.30 pagi, bagi kelas bahasa inggeris upsr. aktiviti tuisyen percuma pada tahun ini telah bermula pada minggu ketiga bulan january lalu.

LATIH TUBI : SEPAK TERAJANG ...


atas inisiatif untuk mengadakan tempat latih tubi untuk latihan sepak terajang, maka cara berikut diambil...

pokok pinang di jadikan tempat untuk melatih tubi tumbuk dan terajang. makanya, kalau patah pokok pinang itu maka kuatlah kai-kaki pesilat ini ...

PROJEK BARU : MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN PANTRY


melalui mesyuarat jawatankuasa kecil kelab puncak, telah meluluskan pembinaan bangunan pantry bagi cawangan kampung belau merbok. bangunan ini di gunakan sebagai mini dapur untuk kegunaan ahlu kelab dan pelajar di cawangan belau...

bangunan ini berukuran 10 x 10 kaki. didirikan di sebelah bangunan mini perpustakaan. pantry ini juga akan di gunakan untuk penyediaan minuman kepada pemain silat dan gendang yang mana aktiviti di jalankan setiap malam jumaat.

Friday, March 25, 2011

GELANGGANG SILAT MINANGKABAU DI TAPAK BARU - PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.




gelanggang silat minangkabau di pindah ke gelanggang baru bertempat di pusat giat ilmu kampung belau.

perbincangan bersama pengasas kelab puncak, maka budget khas di kelurkan bagi merealisasikan gelanggang baru. ini kerana gelanggang lama telah di jual hak milik tanahnya.
projek di laksanakan secara gotong royong oleh ahli kelab dan pelajar silat. dalam masa seminggu, gelanggang baru berjaya di siapkan.