Tuesday, July 21, 2009

MALAM SIREH PINANG SENI SILAT MINANGKABAU TITI BATANG CAWANGAN KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 18 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MALAM SIREH PINANG SENI SILAT MINANGKABAU TITI BATANG CAWANGAN KAMPUNG BELAU MERBOK.











DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dengan ini telah menganjurkan malam sireh pinang silat minangkabau titi batang untuk cawangan kampung belau. Jumlah pelajar silat disini adalah lebih dari 40 orang. Latihan silat telah bermula sejak 3 bulan yang lalau, namum sireh pinang belum dibuat. Maka, kelab menganjurkan majlis tersebut pada malam 17 hb julai 2009.





Majlis tersebut dirasmikan oleh Y.B Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah. Simbolik perasmian adalah dengan ketukan tiga kali gong. Majlis tersebut di hadiri lebih 200 orang. Sireh pinang di laksanakan oleh tok guru silat, Pak Lang Abdul Hamid dan di bantu oleh anak muridnya yang berpengalaman. Persembahan silat dan permainan gendang juga di persembahkan. Majlis berjalan dengan lancarnya.

Sekian untuk makluman.

PENGUMUMAM TERKINI TUISYEN DI KELAB BELAU

TARIKH : 15 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENGUMUMAM TERKINI TUISYEN DI KELAB BELAU








DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dengan ini mengeluarkan kenyataan dan memo terkini berkaitan tuisyen di kelab belau. Suka cita di maklumkan bahawa, pada ketika ini sekolah-sekolah rendah sekitar sini juga mengadakan tuisyen untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Maka, dengan ini di maklumkan pusat tuisyen di kelab belau di teruskan seperti biasa seperti jadual lalu. Bagi pelajar yang terpilih mengikuti tuisyen di sekolah pada hari sabtu, di galakkan menghadiri tuisyen tersebut. Bagi pelajar lain, pusat giat ilmu kampung belau meneruskan tuisyen seperti biasa setiap minggu seperti sebelum ini.

Sekian untuk makluman.

SESI PERJUMPAAN SELURUH AHLI SILAT MINANGKABAU MERBOK

TARIKH : 10 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SESI PERJUMPAAN SELURUH AHLI SILAT MINANGKABAU MERBOK

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama kumpulan seni silat minangkabau titi batang akan mengadakan perjumpaan. Perjumpaan ini diadalan pada malam hari adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab serta tuan guru silat. Jamuan makan dan permainan gendang silat juga diadakan.

Hampir 200 orang menghadiri majlis tersebut. Walaupun hujan lebat, namun majlis di teruskan seperti biasa. Ini merupakan majlis julung-julung kali diadakan di rumah guru silat minangkabau titi batang diadakan. Majlis berjalan dengan lancar.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PERJUMPAAN BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT

TARIKH : 09 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
ERJUMPAAN BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT














DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pemimpin masyarakat setempat. Pemimpin tersebut ialah Dato`Hj. Zubir, pemilik Zuffa Pharmacy merangkap Ketua Penerangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Bahagian Merbok.
Perbincangan ini akan berkisar tentang orang melayu serta perkara lain yang berkaitan dengannya. Butiran adalah seperti berikut:

HARI : JUMAAT
JAM : 5.00 PETANG
TEMPAT : KELAB CINTA SAYANG SUNGAI PETANI

Sekian untuk makluman.