Saturday, April 10, 2010

PERARAKAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA MRSM, JEMAAH MASJID AL MUTAQIN DAN PENDUDUK

TARIKH :28 FEBRUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERARAKAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA MRSM, JEMAAH MASJID AL MUTAQIN DAN PENDUDUK


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini telah di jemput bersama-sama memeriahkan majlis sambutan maulidur rasul. Majlis perarakan turut di sertai olah kakitangan, guru dan pelajar maktab rendah sains mara merbok, ahli kelab puncak, jemaah masjid al mutaqin mukim bujang, penduduk kampung dan taman di lembah bujang.
Penyertaan melebihi 1000 orang memenuhi perkarangan mrsm merbok. Perarakan bermula dari pintu masuk mrsm sehingga ke perkarangan masjid al mutaqin mukim bujang. Perarakan turut dilengkapi sistem audio speaker dan dikawal lalu lintas oleh polis merbok.
Majlis di akhiri di masjid al mutaqin dengan ceramah maulidur rasul. Marhaban dan jamuan makan. Seekor lembu di tumbangkan dalam majlis sambutan kali ini.


Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM PENANAMAN BAKAU DAN PERASMIAN BENIH BERSAMA AKTIVIS CARE USM DAN SAHABAT ALAM MALAYSIA.

TARIKH :27 FEBRUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM PENANAMAN BAKAU DAN PERASMIAN BENIH BERSAMA AKTIVIS CARE USM DAN SAHABAT ALAM MALAYSIA.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama aktivis care usm dan sahabat alam Malaysia dengan ini melaksanakan program penanaman bakau dan perasmian benih bakau di sungai merbok berdekatan
pusat giat ilmu kampung batu besi.

Program ini disertai oleh 42 aktivis usm. Program di pantau oleh wakil sahabat alam Malaysia dan di bantu oleh ahli kelab puncak. Turut serta ialah kakitangan persatuan kebajikan nelayan pantai (PIFWA) sungai acheh,pulau pinang dan wartawan.

Program di laksanakan sepanjang hari bermula 9 pagi dan berakhir pada 5 petang.
Penanam bakau di buat di sebarang sungai dengan menaiki bot. manakala pembenihan bakau di buat di tapak semaian bakau berdekatan dengan jeti di tapak perkgemaham summer camp kelab puncak.


Majlis berjalan lancar. Terima kasih bagi semua yang terlibat.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG BELAU

TARIKH :26 FEBRUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG BELAU

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau dengan kerjasama jemaah pusat tarbiyah islam kampung belau dengan ini menganjurkan majlis sambutan maulidur rasul. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada tengahhari.
Majlis juga di meriahkan dengan penyertaan pelajar tuisyen yang membuat perarakan maulidur rasul. Perjalanan sejauh lebih 3 kilometer mengelilingi kampung sehingga ke sekolah kebangsaan merbok pusat. Pada masa yang sama ceramah agama diadakan di pusat tarbiyah bagi golongan dewasa.
Majlis berakhir dengan berzanji dan marhaban dan jamuan makan. Majlis kali ini lebih istimewa dan kelainan dari sebelum ini kerana turut di sertai oleh pelajar mualaf dari sabah yang turut serta dalam perarakan dan marhaban di sini.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM PERKHEMAHAN ANGKATAN REMAJA ALAM SEKITAR (ARAS) OLEH INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN.

TARIKH :19 FEBRUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM PERKHEMAHAN ANGKATAN REMAJA ALAM SEKITAR (ARAS) OLEH INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN.

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama ahli angkatan remaja alam sekitar (ARAS) dari CARE institute perguruan tuanku bainun pulau pinang. ARAS / CARE merupakan cabang kepada sahabat alam Malaysia (SAM).
Program ini diadakan perkhemahan selama satu hari sahaja. Tentative program termasuk penekanan berkaitan alam sekitar kepada pelajar serta pendidikan agama. Seramai 15 orang fasilitator/motivator terlibat dengan penyertaan 40 orang pelajar.

Program diadakan di perkarangan pusat giat ilmu kampung bujang. Ini kerana tapak summer camp kelab dalam proses naik taraf. Selain itu, musim kemarau kini yang terlalu panas di tepi sungai selain masalah bekalan air. Walau bagaimanapun program berjalan lancar.


Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”