Saturday, February 13, 2010

SEPINTAS LALU: KEHADIRAN TUISYEN SESI 2010

TARIKH :29 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SEPINTAS LALU: KEHADIRAN TUISYEN SESI 2010

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau merbok telah dengan rasminya membuka kelas tuiyen semula bagi sesi tahun 2010 pada 15/01/2010. Walaupun telah diumumkan di akhbar sinar harian di buka pada 22/01/2010, namun kehadiran para pelajar yang ramai menyebakan kelas tuisyen di buka lebih awal seminggu.


Kehadiran hampir 100 orang pelajar, mencatatkan rekod sejarah baru pusat giat ilmu di kampung belau merbok. Ini kerana, merujuk rekod lalu, pada awal pembukaan tuisyen kehadiran hanyalah sekitar 50 orang dan meningkat kemudiannya secara berkala. Namun pembukaan kali ini adalah secara drastik dan mendadak. Namun pihak kelab akan cuba sebaik mungkin bagi menhadapi perkara seperti itu.

Tahniah di ucapkan kepada para pelajar tuisyen. Selamat kembali kepada para pelajar tusiyen lama, dan selamat datang kepada para pelajar baru ke pondon pusat giat ilmu disini. Semoga mendapat manfaat dari aktivit yang berfaedah ini.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

RAKAMAN DAN DOKUMENTARI OLEH RTM

TARIKH :23 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
RAKAMAN DAN DOKUMENTARI OLEH RTM


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini menyambut kehadiran para wartawan dan fotograf dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) kedah di atas kesudian mereka ke kelab puncak bagi mengadakan sesi rakaman dan dokumentari berkaitan kelab puncak.

Rakaman ini di buat di kampung sungai batu besi, iaitu cawangan kelab puncak dan juga
merupakan tapak summer camp bagi kelab. Oleh kerana rakaman ini di buat pada hari sabtu dan oleh sebab ,asalah yang tidak dapat dielakkan,maka rakaman ringkas sahaja dapat di buat. Ini kerana, secara kebetulan pada hari tersebut sekolah di seluruh kawasan merbok di byka bagi menggantikan cuti hari raya cina yang akan datang. Oelh itu, rakaman tuisyen penuh bagi tahap 1 dan 2 tidak dapat di buat. Namun, pihak kelab puncak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pihak RTM.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN KEPULANGAN DARI CHINA DAN SAMBUTAN PELAJAR “MUALAF” KE KAMPUNG BELAU.

TARIKH :17 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAJLIS KENDURI KESYUKURAN KEPULANGAN DARI CHINA DAN SAMBUTAN PELAJAR “MUALAF” KE KAMPUNG BELAU.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau merbok telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran yang di anjurkan oleh mereka yang pergi bekerja di sien zien, China 5 bulan yang lalu. Kenduri ini adalah kesyukuran kerana selamat pergi dan pulang dengan jayanya.

Selain itu, kenduri ini juga bagi menyambut kedatangan para pelajar “mualaf” dari negeri sabah seramai 11 orang. Pelajar ini akan bermastautin di sini kemungkinan selama tiga tahun dalam mencari ilmu pendidikan islam di bawah pimpinan ustaz abdul halim abas dan di bawah didikan tuan guru haji abdul majid. Pelajar ini di tempatkan di rumah sementara di kampung bukit aceh dan belajar di pusat tarbiyah islam kampung belau merbok.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MESYUARAT AGONG KELAB PUNCAK KALI KE 7 - BAGI TAHUN 2010/2011

TARIKH :16 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MESYUARAT AGONG KELAB PUNCAK KALI KE
7


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini mengadakan mesyuarat agong kali ke 7. Mesyuarat di laksanakan di rumah pengasas tuan hj romli bakar. Mesyuarat di hadiri oleh seluruh ahli kelab puncak dari ketiga-tiga cawangan iaitu kampung bujang, kampung sungai batu besi dan kampung belau.

Pelbagai perkara di bincangkan. Termasuk pembubaran jawatankuasa kelab puncak dan perlantikan baru AJK. Termasuk penubuhan biro-biro lain yang di fikirkan sesuai. Pembentangan belanjawan kewangan juga di buat. Majlis berlangsung dengan lancarnya. Terima kasih bagi semua pihak yang hadir dan menjayakannya.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN RUMAH AHLI MPSP

TARIKH :16 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN KENDURI KAHWIN RUMAH AHLI MPSP


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini telah menghadiri jemputan majlis perkahwinan di rumah ahli majlis mesyuarat majlis perbandaran sungai petani kedah (MPSPK). Seluruh jawatankuasa utama kelab menghadiri majlis tersebut termasuk pengasas kelab.
Majlis ini bagi meraikan perkahwinan anak lelaki tuan hj ilias Ibrahim. Majlis berlangsung dengan meriah. Tahniah kepada pengantin baru.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

GOTONG ROYONG MEMBERSIH PUSAT TARBIYAH/SURAU

TARIKH :11 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
GOTONG ROYONG MEMBERSIH PUSAT TARBIYAH/SURAU


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau dengan kerjasama pelajar tuisyen telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan pusat tarbiyah/surau di perkarangannya. Segala pasir dan batu-bata terpakai di sekitarnya bagi mencerahkan kembali kawsannya selepas kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf di jalankan.

Ini juga berikutan cadangan pihak perbadanan perpustakaan awam negeri kedah untuk menjadikan bangunan tersebut di tingkat 2 sebagai perpustakaan desa kampung belau merbok. Persetujuan telah di capai dan pihak perpustakaan akan menghantar bekalan buku dan perabut bila-bila masa sahaja dari tarikh pembersihan ini.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MENGECAT MAKAM SULTAN MUZAFFAR SHAH

TARIKH :09 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MENGECAT MAKAM SULTAN MUZAFFAR SHAH


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama penduduk kampung pengkalan langgar bersama-sama mengecat makam sultan muzaffar shah. Ini berikutan keadaan makam tersebut kelihatan agak usang kerana terbiar sekian lama.
Ini merupakan kerja amal dan sampingan bagi kelab puncak memberi khidmat kepada masyarakat. Makam ini merupakan sultan pertama negeri kedah darulaman. Tempat ini juga menjadi daya tarikan pelong dalam dan luar negeri kerana di kategorikan sebagai tempat bersejarah.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PERINGATAN : AWAS BALA ALLAH ...

“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai bala (cubaan), dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
(al-Anbia’: 35)

Dari pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa bala itu datang tidak kira masa dan tempatnya dan ia memusnahkan segalanya. Bala juga merupakan ujian dari Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran iman umat Islam kepadaNya. Agama Islam sering mengingatkan manusia kepada Allah dan segala suruhan Allah, kerana ditakuti berlakunya musibah bala kepada manusia tanpa mereka beriman kepada Allah. Maka kehidupan mereka di dunia ini hanya sia-sia sahaja.
15 perkara penyebab berlakunya bala sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini":
Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
Amanat dianggap ghanimah.
Membayar zakat dianggap merugikan.
Suami tunduk pada isterinya.
Derhaka terhadap ibu.
Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.
Menbenci ayah.
Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.
Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.
Minum arak berleluasa.
Semakin ramai(lelaki) memakai sutera.
Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.
Permainan muzik merata rata.
Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi'in dan para imam muktabar.