Monday, March 23, 2009

MAJLIS QIAMULAIL UNTUK JEMAAH DAN PELAJAR.

TARIKH : 17 MAC 2009 / 20 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAJLIS QIAMULAIL UNTUK JEMAAH DAN PELAJAR.






Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama jemaah pusat tarbiyah akan menganjurkan majlis qiamulail. Majlis ini julung-julung kali diadakan. Ini bersempena dengan yang mulia ini.
Majlis ini akan bermula pada jam 11:00 malam. Dimaklumkan juga, program mingguan dilaksanakan seperti biasa iaitu bacaan yassin, tahlil dan bacaan kita. Pelajar-pelajar dan jemaah dinasihat untuk tidur bersama-sama di pusat tarbiyah bagi memudahkan program.program ini akan disertai bersama ustaz daripada sungai jagung sebagai imam dan tunjuk ajar. Program ini berakhir subuh iaitu selepas kuliah subuh.
Sekian untuk makluman.

MAKLUMAN HERBA: KHASIAT DUKUNG ANAK

Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruri Linn dari keluarga "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok Dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.

Pokok Dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Daun pokok Dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok Dukung anak kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.


Batang Dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga Dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang. Keseluruhan herba Dukung anak digunakan dalam perubatan.

PENANAMAN POKOK DUKUNG ANAK UNTUK KAJIAN.


TARIKH : 15 MAC 2009 / 18 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENANAMAN POKOK DUKUNG ANAK UNTUK KAJIAN.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama pelajar pusat giat ilmu Kampung Belau Merbok akan memulakan pencarian dan penanam pokok herba jenis dukung anak. Pokok ini ditanam untuk kajian kesesuaian tanah serta bagaimana cara untuk membiakannya.
Ini berikutan kajian daripada pihak Farmasi USM yang menyatakan bahawa pokok ini boleh dijadikan penawar bagi penyakit kencing manis dan penyakit hati. Maka pihak kelab mengambil langkah permulaan untuk memulakan kerja penanaman pokok tersebut. Ini merupakan langkah permulaan dan sokongan kepada kajian tersebut.
Sekian untuk makluman.

FOTO:MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT MINANGKABAU

foto memaparkan suasana semasa upacara perasmian pembukaan gelanggang silat minangkabau bagi cawangan kampung belau di bawah pengurusan kelab belau. alhamdulillah, penyertaan yang agak ramai pada malam tersebut. lebih daripada 200 orang memenuhi ruangan dan sekeliling gelanggang tersebut termasuk dewasa, belia dan kanak-kanak dari kampung belau, simpang tiga, merbok serta pesilat dan pasukan gendang daripada alor setar/ guar chempedak. daripada kampung bujang dan sungai batu besi. wujud seperti muafakat antara kampung.

majlis tersebut dirasmikan oleh ketua polis balai p[ekan merbok S.I Ellias. penyampaian cenderahati oleh MKK kampung belau en. sarip bin mat. disini juga dimaklumkan, latihan silat telah dimulakan sejak sebulan yang lalu. disini juga, sesiapa yang berminat untuk sama-sama menyertai boleh datang terus pada malam latihan tersebut iaitu pada jumaat malam sabtu dab selasa malam rabu setiap minggu.























































JEMPUTAN KE PERASMIAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.

TARIKH : 09 MAC 2009 / 12 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN KE PERASMIAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama pelajar pusat giat ilmu Kampung Belau Merbok akan menganjurkan majlis perasmian pembukaan gelanggang silat minangkabau. Sehubungan dengan itu, anda dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. Butirannya adalah seperti berikut:

HARI : RABU MALAM KHAMIS
TARIKH: 11 MAC 2009 / 14 RABIULAWAL 1430 HIJRAH
JAM: 9.30 MALAM
TEMPAT: GELANGGANG SILAT KAMPUNG BELAU MERBOK
Sekian untuk makluman.


FOTO: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430 HIJRAH PERINGKAT KAMPUNG BELAU


foto menunjukkan suasana sambutan maulidur rasul di kampung belau merbok. hampir 200 oarng menghadiri majlis tersebut. program yang dilaksanakan sempenan sambutan maulidur rasul tersebut adalah perarakkan yang dilaksanakan bersama pelajar-pelajar tuisyen sekitar kampung belau sehingga sempadan pekan merbok, seterusnya ceramah dan tazkirah maulidur rasul disampaikan oleh tuan guru hj abdul majid, selawat beramai-ramai, alunan nasyid serta jamuan makan





















































JEMPUTAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1430 HIJRAH.

TARIKH : 06 MAC 2009 / 09 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1430 HIJRAH.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama jemaah Pusat Tarbiyah Islam Kampung Belau Merbok akan menganjurkan majlis sambutan maulidul rasul bagi tahun 1430 hijrah. Sehubungan dengan itu, anda dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. Butirannya adalah seperti berikut:

HARI : ISNIN
TARIKH: 09 MAC 2009 / 12 RABIULAWAL 1430 HIJRAH
JAM: 10: 00 PAGI
TEMPAT: PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK

Sekian untuk makluman.

“Bersama-sama kita memperingati hari bersejarah kelahiran rasul mulia junjungan kita”
“Segarnya Dalam Ingatan, Tika Kau Baru dilahirkan, Bersama Selawat Di Dendang, Itulah Tanda Kesyukuran”

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Wednesday, March 4, 2009

ISU PPSMI ...




Pada asasnya pihak kelab belau menyokong usaha Gerakan Mansuhkan PPSMI berdasarkan beberapa tuntutan utama tersebut. Diharapkan usaha ini mendatangkan hasil positif. diharapkan juga tidak menimbulkan sebarang provokasi dan kontroversi.

Berdasarkan pemerhatian pihak kelab kepada tuntutan keempat Gerakan PPSMI ada asasnya iaitu "Selamatkan Pelajar Luar Bandar". ini kerana, melalui kelas tuiyen percuma yng dijalankan dan dilaksanakoleh pihak kelab, tidak di nafikan penurunan mendadak kualiti dan keputusan pelajar-pelajar luar bandar khususnya di kampung. Oleh kerana kurangnya bimbingan, tuisyen serta faktor kewangan, perkara ini amat membimbangkan.


bagaimana kanak-kanak dan pelajar-pelajar ini akan terus mengharungi hari akan datang? hanya pelajaran sahaja yang boleh membantu mereka mengubah corak hidup diri, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan bangsa mereka. sedangkan mereka sudah hampir terkandas pada peringkat awal saringan pembelajaran lagi. malah ada yang hilang minat terhadap subjek-subjek tersebut yang kelihatan agak asing bagi mereka.

melalui tinjauan juga menunjukkan kelulusan pelajar kampung turun mendadak. Jika dahulunya pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan umum agak membanggakan, namun kini menjunam. Jika dululunya UPSR bagi pelajar kampung sekitar sini mencecah 7 @ 8 orang setiap tahun yang mendapat 8A dab UPSR yang mencecah hampir 10 orang. Kini hanya tinggal kenangan oleh kerana dasar PPSMI tersebut.

Ini merupakan pandangan ikhlas dari kami pihak kelab yang mengkaji dan mendampingi kanak-kanak pelajar terbabit. Bukan niat membantah, bukan menyangkal, tetapi kami tidak sanggup memperjudikan masa depan mereka dan tidak mampu kami melihat kanak-kanak ini menderita, menangis dan merempat suatu hari nanti di bumi sendiri oleh sebab kesilapan kita bersama. renungkanlah .....

Tuesday, March 3, 2009

PROGRAM TERDEKAT Kelab Belau.....


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL .....
pihak Kelab Belau bersama Jemaah Pusat Tarbiyah akan menganjurkan sambutan maulidur rasul di pusat tarbiyah islam kampung belau merbok. semua di jemput hadir untuk memeriahkan program tersebut. butirannya seperti berikut:
Hari : Isnin

Tarikh: 9 mac 2009/12 rabiulawal 1430h
Jam : 10:00 pagi
Tempat : Pusat Tarbiyah
Aktiviti: bacaan kitab sejarah nabi/maulidur rasul & jamuan makan

PEMBUKAAN GELANGGANG
Pihak Kelab Belau akan menganjurkan majlis perasmian dan pembukaan gelanggang di kampung belau merbok. gelanggang ini menjadi tempat aktiviti belia dan kanak-kanak untuk belajar sebi silat minangkabau.
Hari : Rabu malam khamis
Jam: 9.30 Malam

Tarikh : 11 mac 2009
Tempat : Gelanggang Kelab Belau
Aktiviti: bacaan doa, demontrasi silat dan jamuan makan

KULIAH MAGHRIB

KULIAH MAGHRIB

HARI : AHAD MALAM ISNIN
WAKTU : SETIAP MINGGU 1 DAN 4 (SETIAP BULAN)
MULAI : 01 HB MAC 2009
JAM: SELEPAS MAGHRIB
OLEH : USTAZ KHAIRUDDIN SAAD

SEMUA DI JEMPUT HADIR......










Monday, March 2, 2009

AIRMATA IBU BAPA ......

KPSDK Kg Belau

Mari-mari kita sejenak mengingat Kasih ibu bapa yang tiada terkira Walaupun dirinya letih dan penat Namun di wajahnya tetap bergembira Cubalah bayangkan kasih ibu bapa Yang mengasuh kita petang dan pagi Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa Setelah dewasa tak terkenang lagi Wahai rang muda janganlah lupa Taatlah kepada dua ibu bapa

Jangan-jangan andakan menjadi Anak yang derhaka pada ibu bapa Balasan di dunia dah banyak terjadi Berbagai derita yang datang menimpa Bila ibu bapa dah dibawa pergi Menuju pusara meninggalkan kita Baginya permata tak berguna lagi Selain doa dari anak yang bertaqwa

LAWATAN SYARIKAT SWASTA DARI GURUN.

TARIKH : 27 FebruarI 2009 / 29 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN SYARIKAT SWASTA DARI GURUN.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK menerima kunjungan daripada syarikat swasta/properties Gurun Kedah. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih rapat dan jelas berkaitan projek dan aktiviti tuisyen yang dijalankan.


Kunjungan dan lawatan ini juga di sertai oleh jawatan kuasa Kelab Puncak iaitu pengurusan induk kelab. Turut serta wakil daripada pusat giat ilmu kampung bujang dan pusat giat ilmu sungai batu besi. Lawatan tersebut dipimpin oleh penaung kelan iaitu tuan hj romli abu bakar.

Sekian untuk makluman.

PEMBERSIHAN PARIT/ANAK SUNGAI/SALIRAN.

TARIKH : 25 FebruarI 2009 / 27 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMBERSIHAN PARIT/ANAK SUNGAI/SALIRAN.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK akan menjalankan kerja-kerja pembersihan parit dan saliran di sekeliling kawasan bangunan tuisyen. Ini kerana pada waktu ini musim hujan telah tiba.
Selain itu, ini juga bertujuan untuk melancarkan pengaliran air. Tanah yang di korek akan ditimbus di bangunan mini perpustakaan. Sesiapa yang kelapangan adalah di alu-alukan untuk tujuan tersebut.

Sekian untuk makluman.

PERTAHANAN DIRI - SENI SILAT MINANGKABAU.

TARIKH : 27 FebruarI 2009 / 29 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERTAHANAN DIRI - SENI SILAT MINANGKABAU.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK akan menganjurkan latihan seni silat minangkabau (Titi Batang) di Kampung Belau. Latihan ini akan di pimpin oleh Pak lang Abdul Hamid dan anak muridnya yang berpengalaman.
Untuk aktivti ini, sesiapa yang berminat boleh mendaftar nama serta bayaran kepada nama yang disertakan di bawah. Bayaran yang dikenakan hanya RM 10.25 (Sepuluh Ringgit Suku). Hanya sekali bayar dan tiada bayaran bulanan. Aktiviti akan dimulakan dalam masa terdekat. Acara perasmian pembukaan gelanggang akan di beritahu kemudian.

AKTIVITI/PROGRAM DIJALANKAN 2 KALI SEMINGGU IAITU PADA SETIAP:
JUMAAT MALAM SABTU & SELASA MALAM RABU
Nama dan bayaran boleh disampaikan kepada:
1- MAT PIH (017 7008589)
2- MOHD AMIN (012 5837165)

Sekian untuk makluman.

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”