Sunday, October 26, 2008

REHATKAN MINDA SEKEJAP....

kreativiti dan inovasi mencari kelainan dalam seni.

rihatkan minda dan rilexkan minda............

Thursday, October 16, 2008

VIDEO KELAS TUISYEN PERCUMA KPSDK KG BELAU....

video paparan adalah ketika suasana kelas tuisyen percuma anjuran kelab pendidikan sukan dan kebajikan kampung belau merbok. kehadiran di luar jangkaan menyebabkan keadaan sesak. walau bagaimanapun, sebuah lagi bangunan telah di bina untuk memberi keselesaan pada pelajar untuk tujuan tersebut. video menunjukkan suasana tuisyen sekitar awal pembukaan kelas tuisyen yang lalu.

minat para pelajar kampung harus di penuhi walau dengan apa cara sekali pun agar mereka tidak patah semangat untuk terus berjuang mengubah nasib keluarga. pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak sehingga wujudnya sebuah pusat tuisyen percuma untuk pelajar di kampung belau merbok serta kawasan sekitarnya dan diuruskan oleh pihak kelab pendidikan, sukan dan kebajikan kampung belau.


Wednesday, October 15, 2008

SUARA HIDAYAH...

suara hidayah:-

akhil hayy & nazrey johani (raihan)

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI








TARIKH : 8 OKTOBER 2008
KEPADA: AJK/BIRO/AHLI/AHLI MAJLIS MESYUARAT BERSAMA/MAKLUMAN/SESIAPA YG BERKENAAN
MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI
Dimaklumkan satu jamuan hari raya aidilfitri telah diadakan pada 9 0ktober 2008 yang lalu bertempat di gelanggang bola keranjang bersebalahan dengan balai polis merbok di pekan merbok.
kelab dijemput dan telah menghadiri majlis tersebut. majlis tersebut dianjurkan oleh PKWR dan disempurnakan oleh Y.B Exco Kerajaan Negeri Kedah, Y.b Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib serta Exco kerajaan yang lain beserta ahli-ahli kehormat. majlis tersebut sempena hari raya dan merapatkan hubungan antara pihak kerajaan negeri, PKWR dengan penduduk kawasan.

Sunday, October 12, 2008

PROGRAM MARHABAN DAN BERZANJI .

TARIKH : O7 OKTOBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN













PROGRAM MARHABAN DAN BERZANJI .
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama jemaah pusat tarbiyah islam kampung belau merbok akan menganjurkan program MARHABAN DAN BERZANJI. Program tersebut akan disertai oleh kanak-kanak dan jemaah pusat tarbiyah tersebut. Program tersebut akan di ketuai oleh tuan guru hj abdul majid, imam masjid berdekatan.
Majlis tersebut akan berlangsung selepas maghrib sehingga isyak. Program tersebut juga di cadangkan diadakan secara mingguan.

Butiran:
HARI : JUMAAT
TARIKH : 10/10/2008 (SELEPAS SOLAT MAGHRIB)
TEMPAT : PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK


SEMUA DI JEMPUT HADIR.......
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM BACAAN KITAB/TAJWID .





TARIKH : O5 OKTOBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM BACAAN KITAB/TAJWID .

Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama jemaah pusat tarbiyah islam kampung belau merbok akan menganjurkan program bacaan kitab/tajwid. 6 kitab akan dibacakan berkaiatn dengan perkara ilmiah dan sirah nabi. Bacaan kitab tersebut akan di sampaikan oleh tuan guru hj abdul majib, imam masjid berdekatan.
Majlis tersebut akan berlangsung selepas maghrib sehingga isyak. Program tersebut juga di cadangkan diadakan secara mingguan.

Butiran:
HARI : KHAMIS
TARIKH : 09/10/2008 (SELEPAS SOLAT MAGHRIB)
TEMPAT : PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK


SEMUA DI JEMPUT HADIR.......
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM JAMUAN BBQ DAN TAKBIR RAYA.

TARIKH : 28 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM JAMUAN BBQ DAN TAKBIR RAYA.





























Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama jemaah pusat tarbiyah islam kampung belau merbok akan menganjurkan program bbq dan takbir raya pada malam hari raya aidilfitri. Program tersebuta dalah terbuka kepada seluruh jemaah kampung belau dan sekitarnya bersama ahli kelab.
Pada malam tersebut 15 ekor ayam diediakan, 10 kilo kerang mentah serta makan ringan/jajan yang lain. Majlis akan bermula selepas solat maghrib. Sumber kewangan adalah diperolehi daripada derma individu perseorangan untuk majlis tersebut. Pemuda dan belia akan menguruskan proses dan kerja-kerja berkaitan jamuan bbq manakala kanak-kanak akan menyertai program takbir raya beramai-ramai.

Butiran:
HARI : RABU
TARIKH : 01/10/2008 (SELEPAS SOLAT MAGHRIB)
TEMPAT : PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK

SEMUA DI JEMPUT HADIR.......
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Saturday, October 4, 2008

PERLAKSANAAN KELAS TUISYEN PADA BULAN PUASA DAN CUTI HARI RAYA DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN














foto 1 : tingkatan 3 : kehadiran 80% - yg lain tolong buat kuih raya di rumah kot











foto 2 : pelajar tahap 2 : kehadiran 70% - yg lain semangat kurang bulan posa









foto 3 : pelajar tahap 1 - kehadiran bulan puasa 55 %-letih posa kot

PERLAKSANAAN KELAS TUISYEN PADA BULAN PUASA DAN CUTI HARI RAYA DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah meneruskan kelas tuisyen seperti biasa yang termaktub dalam jadual ketika dan sepanjang bulan ramadhan ini. Kelas – kelas tersebut di laksanakan seperti biasa tanpa ada apa-apa perubahan waktu dan jadual sehingga minggu ketiga (3).
Ini berikutan permintaan ibu bapa pelajar terbabit sebagi mengisi masa lapang cuti sekolah. Walau bagaimanapun ada kelas yang di tamatkan awal sedikit (sebelah petang) kerana penyediaan waktu berbuka. Kehadiran pelajar agak kurang mungkin di sebabkan keletihan berpuasa terutamnya bagi pelajar/murid tahap 1 (darjah 1 hingga darjah 3). Walaubagaimana pun kejadiran kelas lain memuaskan.
Suasana kelas tuisyen terbabit di albumkan dalam dalam gambar. Boleh rujuk kepada album kelab atau blogger kelab.

CUTI HARI RAYA BAGI KELAS TUISYEN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TAHAP 1: CUTI BERMULA 26/09/2008 SEHINGGA 10/10/2008
TAHAP 2: CUTI BERMULA 26/09/2008 SEHINGGA 10/10/2008
KELAS PMR: CUTI SEHINNGA RAYA KE-4(KECUALI TINGKATAN 3)
KELAS SPM: CUTI SEHINGGA RAYA KE-4(KECUALI TINGKATAN 5)
Sekian, untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS DI SEKITAR PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.

TARIKH : 23 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN











foto 1 : home love bird & teratak huzamir










foto 2 : pangkin 1 & sign-board











foto 3 : teratak buluh & meja rehat









foto 4 : pangkin rehat 2 & titi berpangkin









foto 5: titi & pangkin 3













foto 6 : kolam air tawar & buaian kanak-kanak










foto 7 : telaga air tawar & jelapang padi/mini perpustakaan








foto 8 : taman herba/ kebun herba dalam proses

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS DI SEKITAR PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah membangunkan infrastruktur / kemudahan di sekitar bangunan tuisyen pusat giat ilmu kampung belau merbok. Gerak kerja ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memudahkan pelajar untuk berehat dan berborak bersama kawan-kawan. Terutamanya sebelum memulakan kelas dan beakhirnya kelas tuisyen bagi sesi pagi dan petang. Dengan tidak langsung dapat mengelakkan mereka bermain di tepi jalan raya semasa menunggu kehadiran ibu bapa mereka.
Antara yang dibangunkan ialah seperti berikut:

-dua baNgunan utama pusat tuisyen (teratak huzamir & teratak buluh)
-meja / kerusi rehat (bersama permainan chess)
-pangkin rehat 1 dan pangkin rehat 2(menggunakan buluh)
-jambatan/titi merengtangi parit bersama pangkin rehat (kreativiti buluh)
-taman/kebun herba perubatan (pokok-pokok ubatan tradisional)
-landskap puding/pokok orkid sekitar pusat tuisyen
-telaga/perigi/kolam mini ikan air tawar (ikan darat/sungai/sawah)
-toilet/tandas sedia ada untuk kemudahan
-mini perpustakaan/muzium/smart study space(sedang dibangunkan)

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MAJLIS TAHLIL DAN DOA DI PUSAT TARBIYAH KG BELAU.

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN







MAJLIS TAHLIL DAN DOA DI PUSAT TARBIYAH KG BELAU.
Ingin di maklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah dijemput untuk menghadiri majlis tahlil, berbuka puasa dan terawih bersama masyarakat kampung serta ahli majlis mesyuarat kelab . Pihak penganjur dengan ini telah menjemput ahli kelab untuk sama-sama menyertai majlis tersebut.
Majlis tersebut di laksanakan di Pusat Tarbiyah Kampung Belau Merbok. Dengan ini, ahli/biro/Ajk/ahli majlis mesyuarat bersama kelab telah dijemput menghadiri majlis tersebut yang bermula pada pukul 6.30 petang. Majlis tahlil ini dihafdiahkan kepada tuan empunya tanah yang mewakafkan untuk pembinaan bangunan tersebut.
Sesiapa yang ada kelapangan adalah dialu-alukan ke majlis tersebut untuk sama-sama meriahkan suasana bulan ramadhan al Mubarak yang mulia ini.
Sekian, untuk makluman.