Thursday, October 16, 2008

VIDEO KELAS TUISYEN PERCUMA KPSDK KG BELAU....

video paparan adalah ketika suasana kelas tuisyen percuma anjuran kelab pendidikan sukan dan kebajikan kampung belau merbok. kehadiran di luar jangkaan menyebabkan keadaan sesak. walau bagaimanapun, sebuah lagi bangunan telah di bina untuk memberi keselesaan pada pelajar untuk tujuan tersebut. video menunjukkan suasana tuisyen sekitar awal pembukaan kelas tuisyen yang lalu.

minat para pelajar kampung harus di penuhi walau dengan apa cara sekali pun agar mereka tidak patah semangat untuk terus berjuang mengubah nasib keluarga. pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak sehingga wujudnya sebuah pusat tuisyen percuma untuk pelajar di kampung belau merbok serta kawasan sekitarnya dan diuruskan oleh pihak kelab pendidikan, sukan dan kebajikan kampung belau.


video

0 comments: