Tuesday, August 3, 2010

SUMBANGAN & CENDERAHATI DARI YAB TUN DAIM ZAINUDDIN ...


lawatan yab tun daim turut membawa sumbangan pelbagai jenis pakaian dan alatan.

sumbangan ini di tempatkan di bangunan bawah rumah kelab puncak di tebing sungai merbok dan akan di agihkan kepada ke tiga-tiga cawangan kelan puncak.


sumbangan terdiri daripada pakaian kemeja, pakaian sukan, alatan sukan dan pelbagai cenderamata yang lain.



pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. atas sumbangan tersebut.




LAWATAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA PENASIHAT BERSAMA DAN TETAMU KEHORMAT KELAB PUNCAK ...


SEMASA lawatan YAB Tun Daim Zainuddin selaku penasihat kelab, kelab puncak juga menerima kunjungan penasihat bersama dan tetamu kehormat yang lain.
antara yang turut hadir ialah Yg. Bhg. Dato` Dr. Shahrom Ahmat dan isteri Datin Fakitah, Yg Bhg. Prof. Dr. Md Dan Md Palil, Yg. Bhg Dr. Imrah Khalid.
ahli-ahli bersekutu kelab lain yang hadir ialah lions club sungai petani, sungap petani sport club, hospital metro dan lain-lain.


lawatan diadakan di sekitar summer camp kampung sungai batu besi pada 31/07/2010 jam 11.00 pagi. lawatan juga di buat di pusat tuisyen terapung.
di sini perbincangan lanjut diadakan. perbincangan berkisar tentang dasar kelab, dasar pertubuhan dan lain-lain.


selain itu perbincangan mengenai masa depan kelab dan halatuju turut di sentuh termasuk hutan paya bakau. pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas lawatan dan kunjungan hormat tersebut.




GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN RUMAH KELAB PUNCAK & HOMESTAY ...


gambaran dalam bangunan kelab puncak. terdiri daripada dua tingkat. di mana homestay di cadangkan pada tingkat atas.

ibu bapa dan AJK kelab puncak bergotong royong menyipakan lantai bangunan tingkat bawah pada 31 june 2010, jam 10.00 pagi.


terjalin hubungan silaturahim yang amat akrab antara waris pelajar tuisyen, AJK kelab puncak dan orang kampung sungai batu besi.