Monday, July 26, 2010

LAWATAN OLEH PENASIHAT KELAB PUNCAK YAB TUN DAIM ZAINUDDIN DAN PENASIHAT BERSAMA YANG LAIN.

TARIKH : 31 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN OLEH PENASIHAT KELAB PUNCAK YAB TUN DAIM ZAINUDDIN DAN PENASIHAT BERSAMA YANG LAIN.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan rendah diri menerima kunjungan Yang Amat Berhormat Tun Daim Zainuddin dan isteri bersama rombongan keluarga ke Summer Camp Pusat Giat Ilmu Kampung Sungai Batu Besi. Rombongan ini bertujuan melihat dengan lebih dekat lagi berkaitan aktiviti dan kedudukan kelab puncak di merbok.

Rombongan ini juga turut membawa bantuan pakaian sebanyak sebuah loro satu tan. Lawatan juga turut melawat bangunan rumah kelab yang di ubah suai di tebing sungai merbok. Turut hadir Dato` Dr Sharom Ahmad, Dr. Imran Khalid, Prof. Dr Md Dan, Jawatan kuasa Lions Club, Club sungai petani dan lain-lain persatuan ahli bersekutu kelb puncak.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

KENDURI DAN JAMUAN KESYUKURAN DI KELAB PUNCAK PUSAT GIAT ILMU CAWANGAN KAMPUNG BELAU.

TARIKH : 23 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KENDURI DAN JAMUAN KESYUKURAN DI KELAB PUNCAK PUSAT GIAT ILMU CAWANGAN KAMPUNG BELAU.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kampung Belau. Kenduri atau jamuan ini dianjurkan oleh salah seorang ibu bapa pelajar. Kenduri ini adalah sebagai kesyukuran oleh ibu bapa pelajar terbabit.

Kenduri nasi ayam tersebut mengggunakan tapau sebanyak 70 bungkus. Makanan ini di edarkan selepas kelas tuisyen percuma tamat. Ianya di edarkan kepada semua pelajar yang hadir. Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan kenduri tersebut.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

JEMPUTAN PERSEMBAHAN SILAT DI RUMAH KENDURI.

TARIKH : 18 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN PERSEMBAHAN SILAT DI RUMAH KENDURI.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK Cawangan Belau bersama pertubuhan silat minangkabau di rumah kenduri. Jemputan ini hanya kadang-kadang sempat di rakamkan. Ini kerana terlalu kerap di jemput membuat persembahan di mana-mana kenduri kahwen yang diadakan.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

LAWATAN KE PUSAT TUISYEN CAWANGAN KELAB PUNCAK OLEH PENSYARAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

TARIKH : 13 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN KE PUSAT TUISYEN CAWANGAN KELAB PUNCAK OLEH PENSYARAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini bersama-sama mengiringi pensyarah dan kakitangan Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi berkaitan aktiviti kelab.

Melalui lawatan ini didedahkan dengan aktiviti setempat setiap cawangan kelab puncak. Dengan ini, makluman dengan lebih tepat dapat di ketahui. Lawatan ini berakhir pada tengahari di kampong belau dan singgah makan dan berbincang di Gerai makan berhadapan dengan hutan lipur rekreasi tupah.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”