Sunday, July 12, 2009

MAIN FUTSAL DI BILLION SUNGAI PETANI

TARIKH : 04 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAIN FUTSAL DI BILLION SUNGAI PETANI

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU telah mengadakan satu aktiviti minggu ini iaitu bertempat di pasaraya billion sungai petani. Aktivit yang di rancang secara mengejut ini berjalan dengan lancarnya.
Permainan bermula pada jam 10.00 malam dan tamat sejam setengah kemudian. Aktiviti secara berkala ini akan dijadikan aktiviti secara berterusan oleh kelab. Ini bagi memupuk semangat kesukanan diantara ahli kelab. Selain dapat menyihatkan badan, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli.

Pada amnya, aktiviti ini boleh dilaksanakan pada hari minggu yang terluang. Tetapi disebabkan masalah budget yang tidak mengizinkan, maka aktiviti ini dilaksanakan secara berkala dengan perbincangan dan perjumpaan kelab secara tidak langsung.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBINAAN BANGUNAN BUMBUNG PERPUSTAKAAN MINI.

TARIKH : 02 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMBINAAN BANGUNAN BUMBUNG PERPUSTAKAAN MINI.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK bersetuju untuk mengeluarkan sedikit peruntukkan yang ada untuk membina bumbung bangunan perpustakaan mini. Ini bagi menggantikan bumbung kanvas yang sedia ada kerana telah reput.


Selain itu, bumbung ini juga bagi melindungi barang-barang muzium mini padi yang ada. Kebanyakkan barang lama ini adalah besi dan tembaga. Jika tidak dilindungi, ia akan berkarat apabila terkena air hujan.

Bumbung zink yang di gantikan ini juga akan akan menyelamatkan buku-buku rujukan yang ada. Buku-buku ini juga amat bernilai bagi kanak-kanak di pusat giat ilmu ini. Bagi lantai, projek ini akan dilaksanakan apabila mendapat apa-apa peruntukkan kelak.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

JEMPUTAN SILAT KE RUMAH KENDURI, SUNGAI PETANI.

TARIKH : 27 june 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN SILAT KE RUMAH KENDURI, SUNGAI PETANI.


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama pasukan silat telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan silat di rumah kenduri di taman Bandar baru, sungai lalang sungai petani kedah.
Jemputan itu dipenuhi dengan menhantar 5 pasukan silat. Disertai juga dengan silat gayung satu pasangan. Silat tersebut juga diiringi dengan pasukan gendang dari sidam.
Sekian untuk makluman.

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”