Tuesday, September 2, 2008

MERDEKA 51 & PUASA


SAMBUTAN MERDEKA & RAMADHAN AL-MUBARAK......

KEMPEN SOLAT TERAWIH.....

kelab menjemput ahli/biro dan jawatankuasa serta ahli majlis mesyuarat kelab untuk sama-sama mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak ini. di sini juga dialu-alukan untuk sama-sama bersolat sunat terawih.
setiap malam, solat terawih juga diadakan di pusat tarbiyah kampung belau yang diiamkan oleh ustaz berdekatan. moreh juga diadakan untuk menarik minat kanak-kanak dan pelajar untuk sama-sama beribadah di bulan ramadhan yang mulia ini.

TAMAN HERBA DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU





Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau membuat dan melaksanakan taman herba di pusat giat ilmu kampung belau. Taman herba ini mengandungi pokok dan tanaman herba hampir 30 jenis, seperti jarum tujuh bilah, lemban, sireh, tunjuk langit dan pelbagai lagi.
Taman herba berdekatan dengan pusat giat ilmu bangunan ke-2. Tujuan taman herba ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan pokok herba tersebut kepada pelajar. Tanaman ini juga akan dipertunjukkan kepada pelawat khususnya bagi mereka yang berminat dengan pokok herba tersebut.


***KENALI POKOK HERBA. SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA.
***SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBERI SUMBANGAN POKOK HERBA BOLEH LAH DISAMPAIKAN KEPADA PIHAK KELAB KPSDK KG BELAU MERBOK.

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM AUDIO KERETA DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN


















Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau memberi sokongan moral kepada salah seorang biro kelab (biro social dan kegiatan belia) yang menyertai pertandingan speaker audio kereta di village mall sungai petani.
Pihak kelab akan secara beramai-ramai akan ke tapak program tersebut (seperti gambar). Sementara itu juga, sambutan kemedekaan ke-51 di lakukan oleh pihak penganjur melalui demo bunga api.

BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:
HARI : SABTU ( 10.00 MALAM)
TARIKH: 30 OGOS 2008
TEMPAT : PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.


***KIBARKAN JALUR GEMILANG
***PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Bimbingan muet siri ke-2


Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau memaklumkan telah melaksanakan program bimbingan muet (Malaysia university English test) untuk siri kedua di pusat giat ilmu. Ianya adalah sambungan daripada siri pertama dahulu.
Bimbingan muet ini khas di laksanakan untuk pelajar dari sekolah menegah agama sungai limau yan yang berminat berkaitan subjek berkenaan. Kelas tersebut diadakan secara dua sesi, iaitu pagi dan petang. Diharapkan usaha ini dapat member manfaat dan faedah kepada pelajar untuk menhadapi peperiksaan tersebut.

BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:
HARI : AHAD ( 10.00 PAGI & 3.OO PTG)
TARIKH: 31 OGOS 2008
TEMPAT : PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.


***TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAT

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DI SEKITAR KG BELAU



Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau melaksanakan PROJEK KIBAR BENDERA JALUR GEMILANG DI SEKITAR JALAN KAMPUNG BELAU MERBOK. Pemasangan bendera tersebut akan berselang-seli dengan bendera hijau-kuning.
Bendera tersebut diperolehi dari PKWR pecan merbok sebanyak sepuluh helai. Selebihnya adalah bendera kelab. Sesiapa yang ada kelapangan adalah dialu-alukan untuk menyertai program dan kerja-kerja tersebut.

BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:
HARI : RABU ( 9.00 MALAM)
TARIKH: 29 OGOS 2008
TEMPAT : PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK.


***KIBARKAN JALUR GEMILANG
***PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

PROGRAM sambutan ramadhan al-mubarak




Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau di alu-alukan untuk bersama-sama menyertai program sambutan bulan ramadhan al-mubarak dan pembukaan bangunan baru. Sambutan tersebut akan di lakukan di bangunan baru 2 tingkat di pinggir jalan kampung belau merbok.
Di fahamkan bangunan tersebut telah di namakan sebagai pusat tarbiyah kampung belau. Program yang dirancangkan ialah solat maghrib, bacaan yassin, tahlil, solat tarawih dan jamuan. Ahli/ biro/ajk adalah dialu-alukan untuk menyertai program tersebut. Seluruh ahli juga diharapkan untuk sama-sama berjemaah solat sunat terawih sepanjang bulan ramadhan di bangunan tersebut.

BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:
HARI : AHAD ( 07.30 MALAM & SEPANJANG RAMADHAN)
TARIKH: 31 OGOS 2008
TEMPAT : PUSAT TARBIYAH KG BELAU MERBOK.

***PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
***HAYATILAH BULAN RAMADHAN YANG HANYA DATANG SEKALI SETAHUN.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”