Wednesday, August 27, 2008

TUISYEN MINGGUAN KITA...










tuisyen mingguan tetap diteruskan setiap minggu seperti biasa walaupun pelbagai aktiviti dijalankan. sehingga kini, jadual yang di keluarkan mengikut perlaksanaan. tiada perubahan yang dikeluarkan samada penukaran masa atau waktu kelas.


dengan penambahan pelajar sehingga 200 lebih ini, kelab telah telah berbincang dengan tenaga bimbingan lain untuk sama-sama membantu aktiviti tuisyen tersebut. tenega bimbingan tersebut juga bertindak sebagai back-up sekiranya berlaku pertindihan kelas atau penukaran tenaga bimbingan lain.

ROMBONGAN/LAWATAN KE PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK DARI USM & KUALA LUMPUR



















Sehubungan dengan perkara di atas, Kelab Pendidikan Dan Kebajikan Puncak Lembah Bujang bersama Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau Merbok bersama ahli majlis mesyuarat kelab dengan ini merancang untuk menyambut dan meraikan kehadiran tetamu tersebut. Dengan ini juga sedikit jamuan diadakan untuk meraikan kehadiran bulan ramadhan.
Maka dengan ini kelab menjemput ahli/biro/seluruh penasihat kelab/para waris dan pelajar untuk memeriahkan majlis tersebut.

BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HARI : SABTU
TARIKH : 23/08/2008 (10.00 PAGI)
TEMPAT : DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MEMBANTU MENYIAPKAN BANGUNAN 2 TINGKAT...










ahli/biro kelab KPSDK adalah dialu-alukan untuk membantu usaha membangunkan & menyiapkan bangunan 2 tingkat di pinggir jalan masuk kampung berdekatan dengan sempadan kampung bukit hj omar.
tujuan bangunan tersebut di bina adalah untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sekitar kampung belau yangh boleh memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. nama rasmi bangunan tersebut akan di cadangkan kemudian oleh pihak terbabit.
pihak kelab dengan ini akan membantu usaha penduduk dalam membina bangunan tersebut. bangunan tersebut di fahamkan akan disiapkan sebelum bulan ramadhan ini.
sekian untuk makluman.

Saturday, August 23, 2008

PROJEK KAIN RENTANG HIJAU-KUNING









Sehubungan dengan perkara di atas, Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau Merbok akan melaksanakan kempen kibar bendera hijau-kuning. Ini adalah bersempena dengan kejayaan KFA ( Persatuan Bolasepak Kedah) telah berjaya merangkul Piala Super didalam Liga Super Malaysia & Piala FA.









KFA juga memburu piala seterusnya iaitu Piala Malaysia dengan perlawanan akhir bersama Selangor FC. Pada ketika ini, KFA sedang melangkah seterusnya ke suku akhir Piala AFC. Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau menyokong sepenuhnya usaha KFA memburu kejayaan tersebut.





Sebagai memberi sokongan, pihak kelab KPSDK akan berusaha untuk mengibarkan beberapa bendera hijau-kuning di sekitar jalan Kampong Belau umumnya. Di harap usaha ini dapat meningkatkan semangat kesukanan di kalangan belia dan remaja Kampung Belau Merbok.

“BIAR JASA JADI KENANGAN”




LINK Berita/surat khabar DI BLOGGER KELAB









Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau melancarkan LINK akhbar/berita di blogger kelab. LINK akhbar/berita ini mengandungi function akhbar/berita yang terdapat dalam laman web berkaitan.
LINK akhbar/berita di blogger kelab adalah bertujuan untuk rujukan para pelajar dan ahli kelab yang melayari blogger kelab. Logo/nama link tersebut adalah seperti yang di paparkan dibawah ini.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Berita harian
- Harian metro
- Utusan malaysia
- Karang kraf Malaysia/mastika
- Malaysia kini

*** berita/akhbar/maklumat lain sedang mendapatkan makluman dan akan di beritahu di maklumkan kemudian.

“ILMU SULUH PENGHIDUPAN”

LINK UNIVERSITI DI BLOGGER KELAB


Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau melancarkan LINK UNIVERSITI di blogger kelab. LINK UNIVERSITI ini mengandungi function DALAM universiti yang terdapat dalam blog kelab mengandungi maklumat university.
Link universiti di blogger kelab adalah bertujuan untuk rujukan para pelajar dan ahli kelab yang melayari blogger kelab. Logo link tersebut adalah seperti yang di paparkan dibawah ini.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Teknologi MARA
*** Universiti lain sedang mendapatkan makluman dan akan di beri tahu kemudian.

TAHNIAH KEDAH.....


Sekali lagi pasukan kedah (KFA) melakar sejarah apabila menang di stadium bukit jalil dengan membenamkan selangor dengan jaringan 3 - 2 di hadapan 50,000 lebih penonton. Kedah melakar sejarah baru tanah air apabila membuat "Double Treble" dengan mengekalkan kemenangan 3 piala (piala malaysia, piala FA dan piala super) untuk dua musim berturut-turut.

Pihak Kelab KPSDK kg belau hanya menghantar wakil ke stadium melalui biro pembangunan dan perlaksanaan program untuk memeriahkan suasana dan sebagai wakil kelab. ini kerana pihak kelab terlibat dalam penganjuran projek bantuan buku dan pakaian di pusat giat ilmu kampung belau merbok bersama rombongan kakitangan dan staff daripada Universiti Sains Malaysia dan Universiti Of California, San Diego.

Thursday, August 21, 2008

SOUND SPEAKER DI BANGUNAN TUISYEN....

di maklumkan bahawa kedua-dua bangunan tuisyen di pusat giat ilmu kampung belau merbok telah mempunyai sistem sound speaker sendiri. pemasangan speaker tersebut adalh jenis sub woofer. pemasangan ini bertujuan untuk mendendang nasyid atau lagu-lagu lain yang berfaedah kepada pelajar pada setiap pagi sbelum kelas bermula dan setiap kali tamaty kelas. ini kerana ada di kalangan pelajar yang datang awal pagi, buat masa ini alternatif ini dilaksanakan, pembinaan mini perpustakaan adalah masih dalam perlaksanaan.
p/s : dah maju setapak nie. bangsal tuisyen pun ada speaker. tapi set karaoke tidak disediakan. harap maklum...

Saturday, August 16, 2008

WIKIMAPIA DI BLOG KELAB


dengan ini pihak kelab telah memasukkan link wikimapia di blog kelab. wikimapia tersebut memaparkan peta sebenar (pandangan atas) peta dunia. tujuan wikimapia ini di link bersama blog kelab adalah bertujuan bagi ahli kelab dan pelajar yang melayari blog untuk menggunakan wikimapia tersebut.
wikimapia juga dapat menunjukan secara jelas plan, jalan ataupun bentuk geografi muka bumi secara detail. logo link tersebut seperti yang di paparkan pada gambar diatas dan pada blog kelab.

sekian untuk makluman.

LAWATAN KE PUSAT GIAT ILMU KG BELAU




Satu rombongan daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan kuala lumpur akan mengadakan lawatan ke pusat giat ilmu lembah bujang, pusat motivasi batu besi dan pusat giat ilmu kampung belau merbok. rombongan tersebut terdiri daripada sebuah bas dan di sertai oleh bekas kakitangan USM dan swasta yang telah bersara. tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat aktiviti kelab sekitar kawasan merok.
Rombongan tersebut juga akan mengadakan program bantuan buku dan pakaian di pusat giat ilmu kampung belau merbok.
butiran adalah seperti berikut :
hari : sabtu
tarikh : 23/08/2008
waktu : tengahhari
tempat: pusat giat ilmu kampung belau merbok
pihak kelab & ahli penasihat kelab mengalu-alukan lawatan tersebut

Sunday, August 10, 2008

TENGOK AUDIO DI TJG DAWAI

demo audio kereta di pantai tanjung dawai




Ahli-ahli kelab telah melawat dan melihat demo audio kereta di tanjung dawai. penyertaan adalah lebih kurang 30 buah kereta. Salah seorang biro juga turut juga menyertai demo tersebut (biro sosial & kegiatan belia). demo tersebut berlangsung dari jam 9.00 malam hingga 12 tengah malam di tanjung dawai.
kelab nak antaq wakil kereta tak dak. pi tengok pun jadi laaa......