Saturday, August 23, 2008

PROJEK KAIN RENTANG HIJAU-KUNING









Sehubungan dengan perkara di atas, Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau Merbok akan melaksanakan kempen kibar bendera hijau-kuning. Ini adalah bersempena dengan kejayaan KFA ( Persatuan Bolasepak Kedah) telah berjaya merangkul Piala Super didalam Liga Super Malaysia & Piala FA.









KFA juga memburu piala seterusnya iaitu Piala Malaysia dengan perlawanan akhir bersama Selangor FC. Pada ketika ini, KFA sedang melangkah seterusnya ke suku akhir Piala AFC. Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau menyokong sepenuhnya usaha KFA memburu kejayaan tersebut.





Sebagai memberi sokongan, pihak kelab KPSDK akan berusaha untuk mengibarkan beberapa bendera hijau-kuning di sekitar jalan Kampong Belau umumnya. Di harap usaha ini dapat meningkatkan semangat kesukanan di kalangan belia dan remaja Kampung Belau Merbok.

“BIAR JASA JADI KENANGAN”




0 comments: