Tuesday, February 10, 2009

MEMBINA DAN MEWUJUDKAN MINI MUZIUM PADI DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK

TARIKH : 07 FebruarI 2009 / 11 SAFAR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MEMBINA DAN MEWUJUDKAN MINI MUZIUM PADI DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK

-----------
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama AJK kelab dan pelajar –pelajar tuisyen telah sama-sama bergotong-royong untuk mewujudkan sebuah Mini Muzium Padi di Pusat Giat Ilmu Kampung Belau Merbok. Tempatnya terletak bersebelahan tapak mini perpustakaan kelab.
Mini muzium padi ini menempatkan barang-barang dan bahan yang di gunakan untuk kerja-kerja sawah. Antaranya sisir besi, penggiling sawah, basikal tua, basikal mini lama, sangkar burung buluh, tempayan lama, periuk tanah, tempayan air lama, batu penumbuk, kukur kelapa, cupak beras,kok kerbau dan lain-lain.
-----------
Ini bertujuan untuk pameran kepada anak-anak dan pelajar tuisyen tentang latar belakang kelurga serta pekerjaan utama masyarakat disini yang nbergantung kepada penanaman padi. Ini kerana peralatan tersebut kian pupus dan di lupakan kesan perkembangan teknologi semasa yang lebih moden

0 comments: