Saturday, January 29, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM "CINTAI SUNGAI KITA & PERKHEMAHAN PERPADUAN KANAK-KANAK ANTARA KAUM"

HARI : SABTU
TARIKH: 29/01/2011
TEMPAT: TERATAK SUNGAI, PUSAT GIAT ILMU KG SG BATU BESI




perbincangan berkaitan program yang bakal di anjurkan oleh kelab puncak bersama penganjur lain merangkap ahli besekutu kelab puncak. ini merupakan mesyuarat kali ketiga yang diadakan bagi memutuskan program yang bakal di anjurkan.

program yang bakal di anjurkan ialah "cintai sungai kita dan perkhemahan kanak-kanak antara kaum". di jangka akan di adakan pada bulan mac 2011. di mana di sini di gariskan perkara jutama dalam program tersebut serta rancangan terperinci.
di jangka akan di rasmikan oleh YTM Dato` Seri Tengku Panglima Besar Tunku Intan Shafinaz Binti Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

GEMPAR : PASUKAN BOLA SEPAK BELAU JUNIOR FC ...


tu dia ... tertubuhnya sebuah pasukan bola sepak bagi kelab puncak cawangan kampung belau. dengan nama belau junior fc. siap dengan jersi sekali. semuanya pelajar tuisyen di pusat giat ilmu di sini.
note : dah ada pasukan bola dah. bila ada tournament bleh join. janji masuk, kalah menang kira lain laa...

GOTONG-ROYONG MENAIK TARAF TITI DI SEKITAR PUSAT GIAT ILMU KG BELAU ...


kerja-kerja menaik taraf titi-titi di sekitar bangunan pusat giat ilmu kg belau...
di mana titi ini di naik taraf daripada kayu dan papan terpakai kepada kok dan bata
kerja ini turut di bantu oleh pelajar-pelajar tuisyen di sini. sebayak 4 titi berjaya di naik taraf dalam tempoh sebulan.






parit sekitar juga di korek bagi menambah baik titi baru tersebut..
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kerja sukarela ini..



PROGRAM PENANAMAN BENIH BAKAU BERSAMA CIMB ISLAMIC BANK CARE ...


lawatan terkini di program projek penanaman benih anak bakau

projek penanaman benih bakau. pemberian projek oleh cimb islamic bank cawangan kampung baru sungai petani., kedah.






projek ini di luluskan oleh pihak cimb islamic. di mana ianya di beri kepada pihak kelab pendidikan dan kebajikan puncak dengan nilai geran rm 72,500.00. ini bagi meyediakan pokok bakau sebanyak 60,000 ribu unit.




di laksanakan di tapak semaian benih di kampung sungai batu besi. di beri kepada 5 orang yang terpilih dan di selia oleh kelab puncak. di mana di bawah perjanjian perlu siapkan mulai september 2010 hingga mac 2011. terima kasih kepada pihak cimb.
nota : gambar perlancaran dan majlis penyerahan geran projek tersebut oleh cimb kepada kelab puncak akan di update secepat mungkin.

PERJUMPAAN & MESYUARAT BERSAMA AHLI DAN AHLI BERSEKUTU KELAB PUNCAK ...


mesyuarat menghimpunkan seluruh ahli dan ahli bersekutu kelab puncak
banyak jabatan dan NGO bersama - sama menyertai mesyuarat ini
mesyusrat berkisar tentang program akan datang yang di beri penerangan oleh tuan hj romli bakar. program berkaitan sungai dan perkhemahan pada awal tahun ini..









namun program yang di rancangkan perlu mendapat kelulusan dan pertimbangan semua ahli mesyuarat. terima kasih atas semua yang hadir.

perlawanan persahabatan : MRSM MERBOK VS PUNCAK BELAU ...


perlawanan persahabatan bola sepak antara mrsm merbok dengan pasukan junior belau.

perlawanan berlangsung di padang tanah merah. kira ok la tu ada juga padang....






penyokong mrsm ramai betoi. 8 kali ramai dari penyokong belau junior...




geng belau veteran turun juga. tapi kalah. sama dengan geng junior...

terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam lawatan dan permainan suka ria ini...

UPDATE PIC : KENDURI KESYUKURAN DI PUSAT TUISYEN BELAU ...


sedikti kenduri kesyukuran di buat sempena manjlis korban lalu...

sedikit daging korban dan tulang di peruntukkan untuk majlis kenduri tersebut...


orang kampung bergotong royong memasak untuk makan bersama di sertai pelajar tuisyen




majlis berjalan lancar hingga selesai. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis lalu...



OLD PIC : PROGRAM IBADAH KORBAN DI KELAB BELAU ...


majlis ibadah korban lalu. tak sempat update. gambaq lama. ibadah korban seekor lembu yang di sumbangkan oleh yayasan amal malaysia cawangan kedah.




daging korban berjaya di agihkan hampir 80% seluruh kampung belau. majlis berlangsung dengan meriah.



majlis sembelihan dis empurnakan oleh tuan guru hj abdul majid taib.




terima kasih kepada wakil yayasan yang menghantar wakil ketika majlis berlangsung. setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan tersebut.