Tuesday, January 20, 2009

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BERSAMA KEICARMANIA.COM MALAYSIA CAWANGAN UTARA DI BUKIT AIR PERLIS.

TARIKH : 18 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BERSAMA KEICARMANIA.COM MALAYSIA CAWANGAN UTARA DI BUKIT AIR PERLIS.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah di jemput dan mnyertai program bersama kelab keicarmania.com Malaysia bagi cawangan utara. Konvoi bermula dari stesen bas Guar Chempedak pada awal pagi. Kemudiannya konvoi membuat perjalanan ke Alor Star untuk berkumpul disana.
Seterusnya konvoi ini meneruskan perjalanan Kangar, Perlis. Disini kesemua peserta di kumpulkan di kawasan parking di taman berdekatan Hospital Tunku Fauziah Kangar. Lebih daripada 50 buah kenderaan kompak di kumpulkan disini bersama jawatankuadsa keicarmania dan marshall.
Seterusnya kelab membuat konvoi ke pusat rekreasi bukit air perlis. Konvoi di iringi oleh bahagian keselamatan marshall kelab. Sampai di bukit air, semua kenderaan di susun di lot parking secara susunan pameran. Pelbagai aktiviti dijalankan....

0 comments: