Wednesday, July 23, 2008

KEMPEN KIBAR BENDERA HIJAU-KUNING

PIHAK KELAB TELAH MELAKSANAKAN KEMPEN KIBAR BENDERA HIJAU-KUNING DI SELURUH JALAN UTAMA KAMPUNG BELAU....
















PERKARA: KEMPEN KIBAR BENDERA HIJAU-KUNING


Sehubungan dengan perkara di atas, Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau Merbok akan melaksanakan kempen kibar bendera hijau-kuning. Ini adalah bersempena dengan kejayaan KFA ( Persatuan Bolasepak Kedah) telah berjaya merangkul Piala Super didalam Liga Super Malaysia.

Pada ketika ini, KFA sedang melangkah seterusnya ke Piala AFC. KFA juga memburu piala seterusnya iaitu Piala Malaysia dan Piala FA untuk tahun kedua berturut-turut. Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau menyokong sepenuhnya usaha KFA memburu kejayaan tersebut.

Sebagai memberi sokongan, pihak kelab KPSDK akan berusaha untuk mengibarkan beberapa bendera hijau-kuning di sekitar jalan Kampong Belau umumnya. Di harap usaha ini dapat meningkatkan semangat kesukanan di kalangan belia dan remaja Kampung Belau Merbok.

0 comments: