Sunday, July 17, 2011

laporan akhbar : Tunku Intan Safinaz rasmi Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum

ALOR SETAR - Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz baru-baru ini merasmikan Program Cintai Sungai Kita dan Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum yang diadakan di Sungai Batu Besi (Sungai Merbok), Sungai Petani.

Program itu dianjurkan oleh pihak pengurusan Menara Alor Setar dengan kerjasama Pertubuhan Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak serta badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir, program itu dianjurkan secara permuafakatan di antara agensi-agensi, badan-badan sukarela, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).

“Oleh itu, Menara Alor Setar mengambil inisiatif ini sebagai salah satu langkah mewujudkan suatu suasana yang sesubur mungkin agar semangat kasih sayang di antara kita dapat disemai dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, agama dan budaya,” katanya.

Beliau memberitahu, program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memupuk minat di kalangan masyarakat agar dapat berinteraksi dengan ikatan persahabatan dan perpaduan.

Hariyati menjelaskan, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menekankan penghayatan dan cinta kepada alam sekitar, khususnya untuk memelihara Sungai Merbok dan hutan bakau.

“Selain itu, program ini juga diharap mampu menyemai dan memupuk semangat kasih sayang serta toleransi di antara kaum melalui suatu program perkhemahan bagi kanak-kanak antara kaum dan antarabangsa,” ujarnya.

Tambahnya, antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah sukan air, perlumbaan perahu tangkul dan kayak serta aktiviti menanam anak-anak bakau di pinggir sungai.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib.

(akhbar sinar harian, berita harian dan the star)
-berita rtm tv1,tv3 dan tv9 jam 8.00 malam

PROJEK BARU KELAB: MEMBINA PONDOK GENDANG IRAMA PUNCAK BELAU DI SEBELAH GELANGGANG SILAT ...

kerja gotong royong di laksanakan di sertai olah AJK kelab serta tukang kayu


membuat binaan asas bangunan gendang. di mana binaan di buat menyeberangi anak sungai



di bawah pohon rambutan dan langsat didirikan bangunan traditional tersebut













cadangan binaan bumbung jenis minangkabau. ini kerana silat yang di pelajari adalah silat minangkabau.




latihan gendang di cadangkan di adakan di sini sempena malam latihan silat iaitu jumaat malam sabtu



LATIHAN SILAT MINANGKABAU DI BELAU ...

di kelolakan oleh guru silat pak lang abdul hamid dan pelajar lama silat.



ramai pelajar baru berdaftar masuk di gelanggang baru di pusat giat ilmu kampung belau


pelajar perempuan juga ada seramai enam orang di mana di asing ke gelanggang sebelah





di tempat ini juga di jadikan untuk latihan jika mana ada demontrasi dan jemputan persembahan







setiap jumaat malam sabtu jam 9.00 malam selepas solat isyak..








Saturday, July 16, 2011

Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Dato` Seri Tunku Puteri Intan Syafinaz Binti Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Kedah

lawatan ke tapak pameran dan rawatan


di khemah Cimb Sungai petani


ketibaan YTM dengan kenderaan rasmi Yayasan Sultanah Bahiyah














tetamu vip dan konvoi polis menyambut ketibaan YTM Tunku Puteri








SUASANA SEKITAR PROGRAM PEKHEMAHAN ANTARABANGSA...

pameran oleh Sahabat Alam Malaysia


khemah untuk CIMB Cawangan Kg Baru sungai Petani, kedah.









khemah-khemah lain berkaitan alam sekitar







gambar bersama peserta luar negara





gambaran khemah di waktu tengahari


Wednesday, July 13, 2011

PERSEMBAHAN GAMELAN OLEH USM

di persembahkan kepada penonton di bangunan rumah kelab.

turut di sertai oleh pelajar luar negara.










penonton yang memberi sokongan






penantian dengan penuh minat.
penonton menanti sehingga tengah malam








PELAJAR ANTARABANGSA MENCUBA BELAJAR SILAT MINANGKABAU

seramai lebih 20 0rang pelajar antarabangsa yang menyertai perkhemahan berminat untuk belajar selok belok silat minangkabau.

ramai yang berminat untuk belajar. pelbagai gaya dan cara mereka cuba.



















di tunjuk ajar oleh jurulatih rozaimi sambil di bantu oleh ahli silat yang lain.
tahniah kepada pelajar-pelajar tersebut yang mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan tari kuda-kuda yang baik.






PERSEMBAHAN SILAT - PROGRAM CINTAI SUNGAI KITA

penonton yang melihat demontrasi silat minangkabau titi batang di bawah kelolaan pak lang abdul hamid osman.

seramai hampir 500 orang yang hadir
menyaksikan demontrasi silat tersebut termasuk pelajar luar negara.



seramai 50 lebih kanak-kanak dan pasukan silat membuat persembahan di iringi pasukan gendang puncak belau













persembahan di hadapan pentas perasmian




pelbagai lagu dan irama di mainkan



MASAKAN TRADISIONAL BERSAMA PELAJAR ANTARABANGSA ...

pelajar antarabangsa turut berkongsi belajar membuat masakan/makanan tradisional melayu.

antara masakan menu tersebut ialah lemang, wajik (pulut kacau) dan rendang serta ketupat.



para pelajar tersebut amat ramah dan berminat dengan kerja-kerja gotong royong tersebut.















kerjasama penduduk kampung, AJK penganjur, urusetia serta pelajar antarabangsa amat menggalakan dan membanggakan.





DEWAN MAKAN DI TAPAK PERKHEMAHAN SEMPENA PROGRAM ...

tok su romli sedang mencuba gambus yang bakal di persembahkan kepada YTM Tunku Intan.

suasana di dewan makan sempena program.










kanak-kanak mengambil makanan di bahagian masakan di sebelah tapak program.






TUGU KENANGAN : PENYERTAAN PELAJAR ANTARABANGSA/ASEAN

tugu untuk di tandatangan oleh pelajar antarabangsa dari 47 buah negara. seramai 60 penyertaan.


di bina di sebelah tapak perkhemahan. untuk kenangan bersama.









di bantu oleh jawatankuasa kelab puncak dn urusetia uitm merbok bersama care ipgtb.



siap di bina sebelum ketibaan pelajar antarabangsa.


SEKILAS PANDANG PROGRAM CINTAI SUNGAI DAN ALAM SEKITAR ..

program di dewan bersebelahan tapak program. di bantu oleh kakitangan jabatan alam sekitar dan pelajar care dari Univesiti Islam Antarabangsa (UIA).


terima kasih diucapkan kepada pelajar Care Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPGTB) atas kerja tungkus lumus dalam usaha menjayakan program ini.










begitu juga dengan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM Merbok) yang bertindak sebagai urusetia kem.








tahniah juga di ucapkan kepada staff dan pelajar dari Universiti Sains Malaysia yang memastikan program ini berjalan lancar dan mengikut jadual.






pemandangan perkhemahan di sekitar kawasan program. hampir 40 buah khemah iglu dn tiga buah khemah besar didirikan.