Sunday, January 24, 2010

FOTO : PENANAMAN BAKAU SEMPENA MEMPERINGATI PERISTIWA TSUNAMI ...

SEPINTAS LALU...

bersama Sahabat Alam Malaysia menjayakan program penanaman semula bakau di pesisir sungai merbok. ini sebagai simbolik memperingati peristiwa tsunami pada 26 disember 2006 yang lalu di mana di kawasan ini, seperti tanjung dawai dan kota kuala muda turut di landa musibah... pelajar tusiyen turut serta dalam program ini...
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menhayakan program seperti ini. diharapkan kerjasama ini berterusan untuk masa akan datang...

FOTO : TAHNIAH PARA PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG.

SEPINTAS LALU...

tahniah kepada pelajar pusat giat ilmu di bawah kelolaan kelab puncak yang berjaya dan menunjukkan pretasi yang cemerlang didalam peperiksaan. semoga hal ini berterusan pada masa depan. berikut beberapa foto lagi yang sempat di rakamkan sebelaum kehabisan bateri...
para pelajar menunjukkan peningakatan yang positif dalam pembelajaran kini. dengan minat yang tinggi dan daya usaha yang berterusan...kita sama-sama berdoa agar mereka semua terus maju jaya dalam impian mengejar cita-cita mereka...amin

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN PENANAMAN SEMULA BAKAU SEMPENA MEMPERINGATI TRAGEDI TSUNAMI

TARIKH :26 DISEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN PENANAMAN SEMULA BAKAU SEMPENA MEMPERINGATI TRAGEDI TSUNAMI


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama Sahabat Alam Malaysia dengan ini menganjurkan perkhemahan serta projek penanaman semula bakau di sungai merbok. Perkhemahan diadakan di tepi sungai merbok, manakala projek tanaman semula bakau di seberang sungai dengan menaiki bot.

Selain itu,pada hari kedua diadakan majlis anugerah cemerlang bagi pelajar tuisyen yang mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan. Hadiah disampaikan oleh Dato`Dr Shahrum dan Datin Fakitah, bekas penaihat Universiti Of Brunei Darussalam diiringi oleh tuan haji romli.

Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bagi semua yang terlibat termasuk agensi kerajaan dan agensi NGO yang terlibat secar langsung dn tidak langsung dalam program ini.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMINDAHAN BANGUNAN GENDANG SILAT KE TAPAK BARU

TARIKH :18 DISEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMINDAHAN BANGUNAN GENDANG SILAT KE TAPAK BARU


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kg Belau/Kelab Belau dengan ini bersama pelajar silat telah bersama-sama memindahkan bangunan gendang silat.pasukan gendang silat ini memindahkan bangunan tersebut lebih dekat dengan rumah untuk kemudahan.

Bangunan ini pada asalnya terletak bersebelahan dengan gelanggang silat telah di pindahkan ke belakang. Ini kerana latihan silat di buat 2 kali seminggu, manakala gendang adalah setiap malam.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBINAAN MERCU TANDA TUGU KELAB BELAU

TARIKH :12 DISEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMBINAAN MERCU TANDA TUGU KELAB BELAU



DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kg Belau/Kelab Belau dengan ini bersama pelajar tuisyen disini membina dan menyiapkan tugu yang juga model mercu tanfda kelab belau. Dimana setiap binaan mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Ianya di bina menyerupai gunung yang diletakkan model artifak dan patung burung merbok.
Disitu juga dibina tiang konkrit yang mempunyai symbol al quran dan pedang serta tulisan ikrak...

AL-QURAN – KITAB YANG DI ANGKAT TINGGI DAN DI JUNJUNG OLEH SEMUA UMAT ISLAM DAN PERLU DIPERTAHANKAN
BULAN & BINTANG – MELAMBANGKAN ISLAM DAN 5 RUKUN ISLAM YANG WAJIB BAGI SETIAP UMAT ISLAM SELURUHNYA.
TULISAN IKRAK – AYAT PERTAMA DI TURUNKAN BERMAKNA “BACALAH”. SETIAP UMAT ISLAM WAJIB BELAJAR
PEDANG- MELAMBANGKAN ORANG MELAYU DAN PERJUANGAN ORANG-ORANG MELAYU DAN KEDAULATANNYA.
ARTIFAK- MELAMBANGKAN KAWASAN LEMBAH BUJANG MERBOK INI PENUH DENGAN SEJARAH SEJAK KURUN KE -5.
BUNGA BONGOR- MELAMBANGKAN NAMA ASAL BAGI KAMPUNG INI YANG DAHULUNYA DI KENALI SEBAGAI “BONGOR SEKAWAN”
LONGGOKKAN TANAH- MELAMBANGKAN GUNUNG JERAI YANG MENJADI TANDA ASAS NEGERI KEDAH DAN KG BELAU DIKAKINYA.
BURUNG- MELAMBANGKAN BURUNG MERBOK, NAMA BAGI KAWASAN INI YANG DI KENALI SEBAGAI “MERBOK”.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBERSIHAN GELANGGANG SILAT MINANGKABAU BELAU

TARIKH :11 DISEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMBERSIHAN GELANGGANG SILAT MINANGKABAU BELAU


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kg Belau/Kelab Belau dengan ini bersama pelajar silat di sini sama-sama membersihkan kawasan silat. Ini kerana terlalu banyak daun kering dan juga kulit getah yang tajam.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

NAIK TARAF JAMBATAN BARU DI MAKMAL DAN SEKITARNYA

TARIKH :11 DISEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
NAIK TARAF JAMBATAN BARU DI MAKMAL DAN SEKITARNYA


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kg Belau/Kelab Belau dengan ini melaksanakan kerja-kerja baru pembangunan titi/jambatan di sekitar bangunan tuisyen. Disini, beberapa titi baru di bina bagi menghubungkan bangunan tuisyen 1 dan 2. Titi ke tandas juga di bina. Ini berikutan lebihan kayu pallet di pusat tuisyen.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PENGUMUMAN CUTI SEMENTARA TUISYEN PERCUMA

TARIKH :05 DISEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENGUMUMAN CUTI SEMENTARA TUISYEN PERCUMA


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kg Belau/Kelab Belau dengan ini mengumumkan cuti sementara tusiyen percuma bagi sesi 2009. Ini kerana ketika ini musim cuti sekolah. Maka, peperiksaan telah pun selesai. Maka ketika ini pihak kelab bependapat cuti sementara untuk semua pelajar. Pembukaan kelas baru akan di maklumkan kemudian. Sila rujuk akhbar sinar pada tahun 2010.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PENANANAM POKOK BUNGA DURI HIASAN SEKITAR TUISYEN

TARIKH :05 DISEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENANANAM POKOK BUNGA DURI HIASAN SEKITAR TUISYEN


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kg Belau/Kelab Belau dengan ini bersama pelajar tuisyen melaksanakan kerja-kerja menanam dan menyemai pokok bunga jenis berduri. Dikenali sebagai utopia. Pokok ini bertujuan menghias sekitar bangunan tuisyen. Selain mudah di jaga, ia juga tidak perlu kerap di siram air

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

TEMPAHAN BAJU KELAB PUNCAK

TARIKH :01 januari 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
TEMPAHAN BAJU KELAB PUNCAK
TEMPAHAN BAJU KELAB PUNCAK UNTUK SELURUH CAWANGAN
(KAMPUNG BELAU, KAMPUNG BUJANG DAN SG BATU BESI)


HARGA DAN JENIS SEPERTI BERIKUT:
1. BAJU KEMEJA KORPORAT – SEMUA SAIZ -HARGA RM 52.00
2. BAJU T-SHIRT BERKOLAR-SEMUA SAIZ -HARGA RM 27.00
3. BAJU JACKET –SEMUA SAIZ – AKAN DATANG/COMING SOON

(DALAM PROSES )
***SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH ORDER TERUS MELALUI WAKIL KELAB. MAT PIH @ AMIN. SERTAKAN NAMA DAN SAIZ BAJU & DUIT.
***HANYA UNTUK AHLI PUNCAK SAHAJA. BUKAN AHLI ADALAH TIDAK DI JUAL SAMA SEKALI. SEBARANG TEMPAHAN AKAN DI BUAT TERUS KE KILANG.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MELUKIS MURAL DI PERPUSTAKAAN & MAKMAL KOMPUTER MINI.

TARIKH :04 DISEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MELUKIS MURAL DI PERPUSTAKAAN & MAKMAL KOMPUTER MINI.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kg Belau/Kelab Belau dengan ini bersama pelajar tuisyen melaksanakan contengan dan tulisan mural di dinding bangunan perpustakaan mini dan makmal computer mini.
Ini bagi mencantikkan bangunan tersebut disamping dapat mendedahlan para pelajat berkaitan kerja berkenaan.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Saturday, January 2, 2010

NOTIS : MESYUARAT AGONG TAHUAN 2010 PERINGKAT INDUK...



PERTUBUHAN KELAB PENDIDIKAN & KEBAJIKAN PUNCAK MERBOK DENGAN INI AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN. BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HARI: SABTU
TARIKH: 16 JANUARI 2010
TEMPAT: PUSAT GITA ILMU KG BUJANG (RUMAH TOK SU ROMLI)
JAM: 3.00 PETANG

MAKA DENGAN INI, SELURUH AHLI DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRINYA. AHLI-AHLI DARI KETIGA-TIGA CAWANGAN BERIKUT ADALAH DI JEMPUT:

PUSAT GIAT ILMU KG BUJANG
PUSAT GIAT ILMU KG SUNGAI BATU BESI
PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU

SEGALA AGENDA DAN BUTIR MESYUARAT BOLEH DI RUJUK DI CAWANGAN MASING-MASING. SEBARANG KETIDAK HADIRAN ADALAH DIANGGAP BERSETUJU DENGAN JAWATAN KUASA BARU YANG AKAN DI PILIH DAN DILANTIK DALAM MESYUARAT INI. SEBARANG CADANGAN LAIN AKAN DIUSULKAN DALAM MESYUARAT INI.
NOTA: MOHON SERAHKAN MAKLUMAN DAN JAWATANKUASA BARU BAGI SETIAP CAWANGAN DIATAS KEPADA SETIUASAHA SECEPAT MUNGKIN. INI ADALAH BERTUJUAN BAGI MENGEMASKINIKAN DATA KELAB BAGI TAHUN 2010/2010.
TERIMA KASIH...