TARIKH : 14 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CADANGAN PROJEK NAIK TARAF (FASA) DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama penaung kelab dan ahli kelab puncak berkaitan untuk menaik taraf pusat tuisyen kampung belau merbok. Ini adalah kerana bangunan tuisyen yang di bina sejak bulan april yang lalu perlu di baiki.
Ini adalah kerana bumbung kanvas sudah kelihatan rosak dan bocor. Selain itu alang buluh yang di gunakan juga menunjukkan tanda-tanda reput. Maka, perbincangan tersebut telah membuat ketetapan untuk mengendalikan kertas kerja berperingkat (FASA) untuk membangunkan secara teratur.
FASA 1 – tandas pusat tuisyen
FASA 2 –bangunan perpustakaan dan ruang perbincangan
FASA 3-menaik taraf bangunan tuisyen ke 2 (teratak buluh)
FASA 4-menaik taraf bangunan tusiyen 1 (teratak huzamir)
***SEMOGA USAHA KITA DI BERKATI..........
Sunday, December 21, 2008
CADANGAN PROJEK NAIK TARAF (FASA) DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, December 21, 2008 0 comments
IRINGAN SAMBUTAN KAWAD TAMAT LATIHAN DI PORT DICKSON
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
IRINGAN SAMBUTAN KAWAD TAMAT LATIHAN DI PD.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama wakil telah sama-sama ke port Dickson, negeri Sembilan. Ini adalah mengiringi pak lang abdul hamid (tunas harapan-persatuan seni silat minagkabau) ke kem sri rusa sempena perbarisan tamat latihan perajurid muda sesi 2008. 5 orang telah kesana dan pulang dengan selamat.
Diharapkan perkara seperti ini akan diteruskan untuk sama-sama mengeratkan silaturrahim disamping dapat menjalankan aktiviti konvoi/rombongan berfaedah.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, December 21, 2008 0 comments
LAWATAN TIDAK RASMI KE PUSAT TUISYEN KAMPUNG BATU BESI.
TARIKH : 11 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN TIDAK RASMI KE PUSAT TUISYEN KAMPUNG BATU BESI.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama wakil telah sama-sama ke pusat tuisyen kampung sungai batu besi di pengkalan bujang. Lawatan ini sempena majlis korban yang diadakan disini.
Disini juga lawatan turut melihat pusat tuisyen terapung, surau, kolam ikan dan jeti bot. Disini tuisyen percuma juga dijalankan. 3 pusat tuisyen utama dimerbok ini bergabung sama-sama untuk memberi sumbangan terbaik kepada warga kampung.
Diharapkan perkara seperti ini akan diteruskan untuk sama-sama mengeratkan silaturrahim disamping dapat menjalankan aktiviti konvoi/rombongan berfaedah.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, December 21, 2008 0 comments
Saturday, December 20, 2008
CADANGAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CADANGAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah berbincang mengenai untuk melaksanakan aktiviti silat di kampung belau merbok. Program ini akan di laksanakan pada waktu malam. Cadangan ini berikutan timbul rasa minat di kalangan ahli kelab melalui program kerjasama yang di laksanakan ketika program kesihatan dan sains bulan lalu.
Program tersebut telah menjemput pasukan seni silat minangkabau di bawah pimpinan pak lang abdul hamid. Perbincangan awal telah di laksanakan. Perbincangan susulan akan dilakukan selepas mesyuarat kelab dalam tempoh terdekat.
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan demi memupuk semangat di kalangan ahli kelab dan belia kampung seterusnya mengembalikan kegemilangan silat di dalam jiwa orang melayu khususnya remaja dan penduduk kampung amnya.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, December 20, 2008 0 comments
ROMBONGAN RAYA KE RUMAH PENGANTIN BARU.
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
ROMBONGAN RAYA KE RUMAH PENGANTIN BARU.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah mengadakan rombongan raya ke rumah pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan pada minggu lalu.
Rombongan ini disertai sebahagian besar ajk/biro dan ahli-ahli majlis penasihat kelab. Rombongan ini sebagai memeriahkan majlis hari raya dan rumah terbuka di rumah pengantin.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, December 20, 2008 0 comments
PROGRAM KORBAN BERSAMA KELAB PUNCAK.
TARIKH : 09 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM KORBAN BERSAMA KELAB PUNCAK.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah sama-sama menyertai dan memeriahkan majlis program ibadah korban di kampung sungai batu besi merbok bersama orang kampung tersebut. Program tersbut anjuran pihak kelab puncak bujang bersama pusat giat ilmu kampung bujang.
Tetamu istimewa juga di jemput iaitu dari university sains Malaysia serta wakil kerajaan negeri kedah. Program tersebut dilaksanakan di pusat giat ilmu kampung batu besi berdekatan dengan surau.
Program tersebut berjalan dengan lancar dan meriah hasil kerjasama penduduk kampung setempat dan para jemputan yang lain. Sekor lembu di korbankan pada hari tersebut.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, December 20, 2008 0 comments
SANA SINI IBADAH KORBAN
TARIKH : 08 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM IBADAH KORBAN DI KAMPUNG BELAU MERBOK.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah sama-sama menyertai dan memeriahkan majlis program ibadah korban di kampung belau merbok bersama orang kampung. Pada tahun ini, banyak program korban serta banyak lembu di tumbangkan. Diantaranya:
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, December 20, 2008 0 comments
PERUTUSAN HARI RAYA KORBAN
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERUTUSAN HARI RAYA KORBAN.
PIHAK KELAB PENDIDIKAN,SUKAN DAN KEBAJIKAN KAMPUNG BELAU MERBOK DENGAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA AHLI, BIRO DAN AJK KELAB. TIDAK DI LUPAKAN JUGA KEPADA AHLI MAJLIS MESYUARAT KELAB, PENYOKONG DAN SELURUH PENDUDUK KAMPUNG BELAU MERBOK.
SEMOGA IBADAH KORBAN KITA DI BERKATI ALLAH S.W.T
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, December 20, 2008 0 comments
SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT...
***”Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya di cintai”
"wahai manusia, sembahlah tuhan yang menjadikan kamu, dan orang sebelum kamu agar akamu bertaqwa"
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, December 20, 2008 0 comments
MAJLIS KENDURI KAHWIN AHLI/BIRO KELAB.
TARIKH : 06 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAJLIS KENDURI KAHWIN AHLI/BIRO KELAB.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah sama-sama menyertai dan memeriahkan majlis perkahwinan ahli/biro kelab yang Melangsungkan perkahwinan pada 06/12/2008 di kampung hilir merbok. Majlis perkahwinan tersebut aadalah diantara wardi dan ejA.
Perarakkan pengantin bermula di semeling sehingga ke rumah pengantin di kampung hilir. Pengantin kemudiannya berjalan kira-kira 30 meter sambil diiringi oleh pengapit dan alunan kompang kereta audio. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan majlis dan kelancaran majlis tersebut.
***Pihak kelab KPSDK Kg Belau mengucapkan selamat pengantin baru Disoakan semoga bahagia sehingga ke anak cucu. Amin.....
***Ya Allah, Ya Rahim...dari setinggi dan seluas kasih sayangmu, kepada pengantin suami isteri, berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirannya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinmu. Mudah-mudahan perkongsian hidupnyang dibina berkekalan hingga ke akhir usia. Dengan taufik dan hidayahmu. Beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Amin ya rabbal al amin...
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, December 20, 2008 0 comments
Wednesday, December 17, 2008
FOTO: KEDAH FC DI MRSM MERBOK
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, December 17, 2008 0 comments
Tuesday, December 9, 2008
KEMPEN MEMBACA...
"ILMU PELITA HIDUP"
sesungguhnya ilmu itu bertambah dengan bacaan. bangsa di hormati kerana ilmu. hidup bahagia kerana ilmu. ilmu perlu di cari dan di kaji. "apabila kita ketahui sesuatu hal yang baru, ini bermakna lebih banyak lagi yang kita tidak ketahui".
jangan segan membaca. jangan baloq belek buku. jangan dok buat dek jek. bacalah....
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, December 09, 2008 0 comments
BERSAMA MERENTASI MASA....
Di waktu zaman kini, iaitu zaman yang kian mencabar dari pelbagai aspek, kita mesti sama-sama bersaing mengikuti peredaran zaman. Adalah tidak wajar bagi kita membiarkan zaman itu merentasi kita. maknanya disini, kita harus berusaha dari semasa ke semasaa membuat perubahan diri demi agama, bangsa dan negara...
jangan biarkan diri kita terus dalam ketinggalan dan dilema. tiada yang misteri di waktu kini. belajarlah sentiasa. "tuntulah ilmu hingga ke liang lahat"
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, December 09, 2008 0 comments
CUTI KELAS TUISYEN SESI 2008
DIMAKLUMKAN BAHAWA KELAS TUISYEN PERCUMA ANJURAN KELAB KAMPUNG BELAU DENGAN INI MENGUMUMKAN CUTI SELAMA SEBULAN UNTUK TUISYEN PERCUMA ANJURAN KELAB.
CUTI INI SEMPENA CUTI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.KELAS TUISYEN MUSIM BARU AKAN BERMULA PADA TAHUN DEPAN IAITU (BULAN 1) JANUARI 2009.
(CUTI TUISYEN: 01/12/2008 – 01/01/2009)
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN...............
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, December 09, 2008 0 comments
Thursday, November 27, 2008
BIAR JASA JADI KENANGAN....
kempen pertahan juara double treble piala berprestij. piala malaysia, liga super dan piala FA. selamat maju jaya untuk pasukan kenari kita -hijau kuning kedah...
semoga kenari terbang lebih tinggi.......!!!!!!!!
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Thursday, November 27, 2008 0 comments
Wednesday, November 26, 2008
KEDAH FC DI MERBOK...
perlawanan persahabatan tersebut merupakan persediaan awal kempen liga super akan akan bemula pada bulan 12 ini. oleh itu, pihak Kelab akan berkempen untuk ahli/biro/AMK untuk bersama memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan yang akan berlangsung itu.
butirannya seperti berikut:
HARI: SABTU
TARIKH: 29 HB NOVEMBER 2008
TEMPAT: PADANG MRSAM MERBOK...
SEMUA DI JEMPUT HADIR
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, November 26, 2008 0 comments
PENYERAHAN SUMBANGAN PAKAIAN DARI USM.
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENYERAHAN SUMBANGAN PAKAIAN DARI USM.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah mengasingkan kotak-kotak pakaian yang di sumbangkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia ketika program kesihatan dan sains yang lalu. Pengasingan ini di laksanakan mengikut kesesuian sebelum penyerahan.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, November 26, 2008 0 comments
MULUT KITA KENA JAGA....
"CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR, CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG"
mulut kita kena jaga, jangan silap cakap tak tentu hala...
orang kata "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". orang tua-tua la kata........
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, November 26, 2008 0 comments
KULIAH AGAMA SETIAP PAGI SABTU....
HARI: SETIAP PAGI SABTU
TARIKH: SETIAP MINGGU
JAM : 9.00 PAGI.
TEMPAT: PUSAT TARBIYAH ISLAM
KAMPUNG BELAU MERBOK.
OLEH : USTAZ ROSLI JAMALUDDIN
(PENCERAMAH RTM-RADIO KEDAH FM)
*** SEMUA DI JEMPUT HADIR ................
ANJURAN BERSAMA:
PENDUDUK KAMPUNG BELAU MERBOK
&
KELAB PENDIDIKAN,SUKAN & KEBAJIKAN KG BELAU
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, November 26, 2008 0 comments
BAHASA KITA.....LOGHAT KITA....
loghat kita, tak lapuk dek hujan...tak lekang dek panas. pi dok tang mana pun...balik mai jadi lagu tue jugak. nak buat macam mana. dah memang lagu tue.....
"BAHASA JIWA BANGSA"
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, November 26, 2008 0 comments
KULIAH AGAMA PAGI SABTU (SETIAP MINGGU) DI PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK.
TARIKH : 19 NOVEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KULIAH AGAMA PAGI SABTU (SETIAP MINGGU) DI PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama Jawatan Pusat Tarbiyah Islam Kampung Belau akan menganjurkan Kuliah Agama di Pusat Tarbiyah setiap 2 minggu sekali. Kuliah ini khasnya untuk kaum wanita dan penduduk kampung belau amnya. Kuliah adalah berkisar tentang sirah dan fikah.
Butiran adalah seperti berikut:
HARI: SETIAP PAGI SABTU
TARIKH: MULAI 22 NOVEMBER 2008
JAM : 9.00 PAGI.
TEMPAT: PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MEBOK.
OLEH : USTAZ ROSLI JAMALUDDIN (PENCERAMAH RTM-RADIO KEDAH FM)
SAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM KITA BERSAMA..................
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, November 26, 2008 0 comments
SELAMAT TINGGAL DUNIA.......
masalah remaja kian meruncing. ada yang berani tak takut mati. mat rempit pun makin ramai. dah lah jahil, tak reti pulak. ramai kawan depa mati eksiden, tapi dok jadi lagu tue jugak. sudah-sudah la tue... enjoy-enjoy jugak....nun mati dok tunggu nun......
"apabila datang ajal Allah, maka tidak akan diambil nyawanya walaupun secepat sesaat atau selambat sesaat"
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, November 26, 2008 0 comments
KEAJAIBAN DUNIA CIPATAAN ALLAH SWT...
Dunia semetara ciptaan Allah swt ini mempunyai pelbagai keunikkan dan kepelikan tersendiri yang tidak mampu di tahkik oleh akal fikiran yang waras. sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali...
"Wahai manusia, sembahlah tuhan yang menjadikan kamu dan orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" surah al-baqarah ayat 121.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, November 26, 2008 0 comments
Tuesday, November 25, 2008
KONVOI HANTAR ROMBONGAN BAKAL HAJI.
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KONVOI HANTAR ROMBONGAN BAKAL HAJI.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah menyertai konvoi menghantar rombongan bakal haji ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang. Bakal Haji tersebut ialah Safar B. Saad (Cik Ad) dan isteri dari Kampung Belau. Konvoi tersebut bermula jam 5.00 petang iaitu selepas Asar bersama dengan ahli keluarga terdekatnya.
Konvoi tersebut singgah di Masjid Bayan Baru untuk bersolat maghrib. Konvoi tersebut berada di Kompleks Tabung Haji sehingga jam 11:00 malam. Kemudiaannya bertolak pulang dan tiba pada jam 12:30 malam.
Semoga beroleh Haji yang mabrur. Amin....
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, November 25, 2008 0 comments
Sunday, November 23, 2008
PENYAMPAIAN CENDERAHATI DAN SIJIL- PROGRAM KESIHATAN DAN SAINS ANJURAN USM,KPSDK KG BELAU DAN PKWR TJG DAWAI PADA 15/11/2008 DI KG BELAU MERBOK.
pihak penganjur (USM,kelabbelau dan PKWR) menyampaikan cenderahati dan hamper kepada para jemputan yang turut serta memeriahkan program ini. disempurnakan oleh Dr. Nurul ain Abdullah Bayanuddin dari Pusat Sejahtera USM. terima kasih untuk semua.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, November 23, 2008 0 comments
FOTO ALBUM-PROGRAM KESIHATAN DAN SAINS ANJURAN USM,KPSDK KG BELAU DAN PKWR TJG DAWAI PADA 15/11/2008 DI KG BELAU MERBOK.
AUDIO SPEAKER KERETA-UTI AUDIO SUNGAI PETANI
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, November 23, 2008 0 comments