(al-Anbia’: 35)
Dari pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa bala itu datang tidak kira masa dan tempatnya dan ia memusnahkan segalanya. Bala juga merupakan ujian dari Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran iman umat Islam kepadaNya. Agama Islam sering mengingatkan manusia kepada Allah dan segala suruhan Allah, kerana ditakuti berlakunya musibah bala kepada manusia tanpa mereka beriman kepada Allah. Maka kehidupan mereka di dunia ini hanya sia-sia sahaja.
Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
Amanat dianggap ghanimah.
Membayar zakat dianggap merugikan.
Suami tunduk pada isterinya.
Derhaka terhadap ibu.
Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.
Menbenci ayah.
Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.
Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.
Minum arak berleluasa.
Semakin ramai(lelaki) memakai sutera.
Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.
Permainan muzik merata rata.
Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi'in dan para imam muktabar.
0 comments:
Post a Comment