TARIKH : 14 june 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN OLEH UNDP KE KELAB PUNCAK.
Lawatan tersebut mendapat penerangan awal berkaitan kelab, dasar kelab, pejuangan kelab dan hala tuju kelab daripada pengasas kelab di pelantar tuisyen di pusat giat ilmu kg sg batu besi. Kemudiannya lawatan tersebut ke pusat tuisyen kg belau, dimana di perkenalkan pusat giat ilmu didalam dusun sambil menjamu buah-buahan tempatan. Kemudiannya lawatan tersebut ke pusat giat ilmu kg bujang di mana dapat melihat tempat asas penubuhan pusat giat ilmu pertama yang penuh sejarah sejak di usahakan pada 14 tahun yang lalu. Seterusnya lawatan kembali ke kg sg batu besi melibat panaurama hutan paya bakau dan ekosistem serta projek ketam dan pembuatan perahu. Lawatan berakhir dengan jamuan ala kampung nelayan.
Pihak kelab puncak mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas lawatan tersebut. Pelbagai perkara di bincangkan bersama demi memantapkan perjuangan ini.
Sekian untuk makluman.
0 comments:
Post a Comment